Sabtu, 31 Mei 2014

Panduan & Cara Simpanan Susu Perahan Ibu



Panduan & Cara Simpan Susu Perahan Ibu.
 

Susu ibu mengandungi spesifikasi biologi. Amaun nutrien yang tekandung di dalam susu ibu akan berubah-ubah mengikut keperluan tubuh badan bayi. Bakteria yang ada di persekitaran bayi dan ibu akan menyebabkan ibu menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut. 

Antibodi yang dihasilkan kemudiannya dipindahkan kepada bayi melalui proses penyusuan. Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai kadar antibodi yang lebih tinggi daripada bayi yang menyusu susu formula.

Tips & Panduan Ibu Bekerja Yang Menyusukan Anak, Cara Simpan Susu Ibu

Bayi berumur 0-6 bulan yang diberi susu ibu kurang berisiko mendapat penyakit kronik dan akut termasuk cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan telinga, alahan dan sebagainya.

Label simpanan susu dengan tarikh Label simpanan susu dengan tarikh. Memandangkan susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi, cara penyimpanan susu tidak boleh diambil ringan. Tambahan pula susu ibu bersifat sensitif dan perlu pengurusan yang rapi sebelum, semasa dan selepas menyusu. 


Sebagai ibu, anda mesti sentiasa ingat untuk membersihkan tangan dan payudara anda sebelum memerah susu. Jika memerah susu menggunakan pam, pastikan pam yang akan digunakan itu sudah dicuci dan dikeringkan terlebih dahulu. 

Semasa memerah susu, anda seharusnya tidak melakukan perkara lain yang melibatkan sentuhan tangan yang boleh mendatangkan kotoran. 

Kemudian, semasa proses penyimpanan susu, pastikan botol yang digunakan untuk menyimpan susu berada dalam keadaan bersih. Jika menggunakan plastik, pastikan ianya baru. Plastik simpanan susu tidak boleh dikitar semula. Simpan dan susun 'breast milk' elok-elok dalam peti sejuk .



Terdapat beberapa tempat yang boleh djadikan sebagai stor menyimpan susu.

 

· Yang pertama ialah peti sejukbeku (deepfreezer). Peti sejukbeku ini dicipta hanya untuk bahan-bahan yang boleh atau perlu disimpan beku sahaja seperti daging, ayam, ikan, serta makanan beku yang lain. Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejukbeku ini boleh bertahan selama lebih kurang 6 bulan. 


· Selain itu, peti ais juga boleh dijadikan tempat untuk menyimpan susu perahan. Lebih besar kapasiti muatan peti ais tersebut, lebih banyak susu yang boleh disimpan.


Namun begitu, cara penyimpanan adalah berbeza mengikut jenis peti ais. Untuk peti ais satu pintu, susu perahan boleh bertahan selama lebih kurang 2 minggu di dalam peti sejukbeku yang biasanya di sebelah atas. Manakala jika peti ais anda mempunyai bahagian sejukbeku yang berasingan pintunya, susu perahan dapat disimpan Antara 3 hingga 4 bulan. 

Shaklee ada menawarkan produk yang membantu menambahkan susu badan..



@