Salam semua entry dipagi hari ni saya nak cerita pasal keje saya siang tadi...
Setelah 6 tahun lebih saya bekerja tahun merupakan pertama kali saya terlibat dalam pembelian dan pembaikan yang melibatkan tender...
Saya jadi jakun sikit bila terlibat dengan semua ni sebab ini adalah pertama kali...26 Mei 2014 terima panggilan dari EO menyatakan saya perlu sediakan data mengenai kontraktor yang telah menghantar sebut harga. Maklumat tu saya perlu dapatkan dari seorang kerani..Maklumat tu saya dapat pagi 27 Mei 2014 jadi tergopoh gapah la buat kerja sebab mesyuarat akan berlangsung pada 2.30petang.
Dengan bantuan seorang kawan yang terlibat sama untuk urusan tersebut saya berjaya menyiapkan maklumat yang diperlukan disini pada jam 12.40pm sebelum pegi makan tengahari...
Apa yang saya nak cite kat sini..dari urusan ni banyak jugak yang saya dapat tahu dimana untuk kategori G1 bagi kontraktor adalah projek bawah RM200kKdan G2 adalah antar RM200K -RM500K.Selain dari itu ada jugak kod-kod seperti B,CE dan ME dimana ianya merangkumi kerja-kerja yang tertentu. Mesyuarat petang tu berlangsung dgn jayanya dimana kami berjaya memilih 2 penyebut harga dari 12 penyertaan.
Saja saya nak ingatkan kat sini..walaupun sesuatu kerja tu kita tak pernah buat tak semestinya kita tak boleh buat..mencuba itu tidak salah ok...jangan mudah mengalah kepada sesuatu keadaan yang jarang kita lalui..
Ok..setakat tu jer...holaaa...bye