Pernah dengar
pasal garam Epsom tak??Tahu tak apa kegunaanya??
Pertama kali saya
tengok dan dengar pasal garam Epsom setahun yang lepas. Masa tu sibuk dok
follow group kat FB Solid and Semisolid Food For Baby. Ada seorang kawan dalam
group ni mandikan anak dia guna garam Epsom ni.
Dua bulan lepas En
Suami ada beli katanya nak guna untuk letak dalam bateri kereta (rasanya betul
dah..lau tak silap). Tiba-tiba terfikir banyak jugak kegunaan garam Epsom ni rupanya.
Jadi saya pun google untuk tau lebih lanjut.
Garam Epsom adalah
sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh
memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul. Ianya
seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.
Kajian telah
menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua-dua mineral ini mudah diserap ke
dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan
meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.
Magnesium
memainkan beberapa peranan:
1. Termasuk
mengawal selia aktiviti2 enzim,
2. Mengurangkan
radang,
3. Merehatkan
sistem saraf,
4. Melegakan
sakit anggota badan,
5. Mengurangkan
ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri.
Manakala sulfat
pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
Cara menggunakan
garam epsom ialah dengan berendam:
- 2 cawan garam epsom + 15 gallon air
- 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit
Ianya boleh
memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’,melegakan
sakit kepala dan ‘stress’
ATAU
Larutkan 1/2 cawan
garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki
selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali
membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas
badan dengan air biasa.
Untuk Bayi boleh guna sukatan ini.
Untuk Bayi boleh guna sukatan ini.
Ambil setengah
sudu makan garam epsom larutkan air suam yg diletakkn dalam besen. Mandikan
bayi dalam 10min. Siap, selepas mandi sapu pulak Palestine Extra Virgin Olive
Oil (pevoo). Bagi bayi seminggu sekali sudah memadai.
Garam ni juga dipercayai boleh mengurangkan gejala pre-eclampsia.
PRE-ECLAMPSIA
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
nginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??

