Bayi Jaundis (kuning)
Penyebab dan Cara untuk Mencegah.
Biasa
kita dengar bayi baru lahir kena sakit kuning kan? Kulit bayi akan berubah
menjadi warna seakan pucat kekuningan. Penyebabnya adalah kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu,
hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses
tersebut diambil alih oleh hati bayi.Jaundis akan terjadi kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari
ke 2 atau 3 selepas dilahirkan.
APA YANG MENYEBABKAN JAUNDIS?
Bilirubin
merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan
bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui
proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.
ADAKAH JAUNDIS BAHAYA?
Kebanyakan
jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat
sementara. Namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu
tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda
jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
PUNCA-PUNCA JAUNDIS YANG LAIN
1.
Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2.
Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau
ABO.
3.
Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4.
Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5.
Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6.
Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism,
jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu,
anak yang tidak menyusu secukupnya.
7.
"Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi
di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin
mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan
pemprosesan bilirubin.
BAGAIMANA MENCEGAH JAUNDIS?
Jaundis
berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir. Tiada cara yang khusus untuk mengelakkan
tapi mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu mengelakkannya
menjadi lebih teruk.
1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran.
2.Bertanyalah
pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara
yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.
3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang
khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia
perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali
sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.
4.Susukan
bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak
proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.
Shaklee
ada menyediakan set menyusu asas bagi menambah susu badan...