Setiap ibu bapa mesti teruja untuk memberi makanan pejal untuk bayi bilamana usia bayi mereka menginjak usia 6 bulan. Bayi berusia enam bulan sudah sepatutnya diperkenalkan dengan makanan pejal. Namun begitu ada sesetengah bayi yang masih belum bersedia untuk menerima makanan tersebut. Ibu bapa tak perlu risau jika menghadapi masalah seprti ini. Tunggu sehingga bayi anda bersedia.
Sebaiknya ibu masak sendiri makanan bayi daripada bahan yang berkhasiat. Selain menyihatkan kebersihan dan keselamatan makanan lebih terjamin.
Pada peringkat permulaan, ibu mungkin pening kepala apa makanan yang patut diperkenalkan terlebih dahulu. Namun begitu makanan ini juga perlu mengikut kesesuaian umur bayi. dibawah ini saya lampirkan carta makanan bayi mengikut kesesuaian umur.
Sebaiknya ibu masak sendiri makanan bayi daripada bahan yang berkhasiat. Selain menyihatkan kebersihan dan keselamatan makanan lebih terjamin.
Pada peringkat permulaan, ibu mungkin pening kepala apa makanan yang patut diperkenalkan terlebih dahulu. Namun begitu makanan ini juga perlu mengikut kesesuaian umur bayi. dibawah ini saya lampirkan carta makanan bayi mengikut kesesuaian umur.
carta makanan bayi mengikut umur |
Memang ada banyak cadangan bahan
makanan yang patut diperkenalkan tetapi senarai makanan berikut adalah
yang paling berkhasiat dan boleh diberi kepada bayi dalam bentuk puri.
Kentang
Kentang
Bagi bayi berusia enam bulan yang baharu mengenal makanan pertama, ibu boleh beri puri kentang. Tekstur kentang yang lembut membantu anak mudah memakannya. Kentang juga kaya dengan karbohidrat, vitamin C dan B kompleks yang membantu penyerapan karbohidrat. Kentang mudah dihadam dan ini dapat mengelakkan bayi menghadapi masalah penghadaman.
Ubi juga boleh menjadi makanan pertama bayi kerana mengandungi khasiat yang diperlukan badan seperti vitamin A, beta karoten dan potasium yang tinggi. Bahkan ia juga kaya dengan vitamin E, kalsium, serat yang baik untuk proses penghadaman. Rasanya yang lemak manis juga pasti digemari oleh si comel anda.
Jagung juga terkenal sebagai bahan makanan kaya dengan karbohidrat. Ibu boleh membuat bubur jagung manis atau dikisar sebagai puri. Jagung juga mengandungi kalsium dan fosfor yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi, kaya vitamin A dan B1 yang diperlukan oleh badan. Maka sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata bayi bukan hanya diperoleh daripada lobak merah sahaja.
Keenakan lemak manis pisang pasti digemari oleh bayi. Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pisang lebih baik dibandingkan dengan buah dan sayur lain. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat dan lima kali lebih banyak vitamin A dan zat besi.
Labu disarankan diberi sebagai makanan pejal pertama bayi kerana ia kaya dengan serat baik untuk penghadaman dan memiliki tekstur yang lembut. Ia mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, B, C, beta karoten, kalsium, zat besi, folat dan protein.
Semua makanan diatas memang saya beri kepada anak saya, kecuali jagung sebbab pada pandangan saya susah untuk diberi kepada bayi sebab sedikit keras(perlu masak lama sikit untuk lembut).
Apabila umur anak anda mencapai usia setahun, ibubapa boleh cuba Mealshake Shaklee dimana ianya mengandungi 19 vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semua makanan diatas memang saya beri kepada anak saya, kecuali jagung sebbab pada pandangan saya susah untuk diberi kepada bayi sebab sedikit keras(perlu masak lama sikit untuk lembut).
Apabila umur anak anda mencapai usia setahun, ibubapa boleh cuba Mealshake Shaklee dimana ianya mengandungi 19 vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??
Cara Jadi Ahli Shaklee
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??
Cara Jadi Ahli Shaklee
masa ank dah berusia 6 bulan mmg hari-hari google menu untuk si anak....hihi
BalasPadamRINGANKAN KESAKITAN AKIBAT GOUT
sama la sampai la jumpa satu group kat FB memeng mmebnatu saya masak untuk bayi...
PadamAnak mmg patut diajar makan puri supaya dorang biasa dengan pelbagai jenis makanan.try and error kan.ada budak x lalu nak makan sesuatu hidangan.mcm kawan sy,anak dia x selera makan puri kentang
BalasPadamaa kena ajar supaya lidah anak2 bias adengan rasa..
PadamAnak saya ada 3. Semuanya berselera makan dengan menu yang berlainan. jenuh jugaklah nak masak... hehehe
BalasPadamanak saya pun 3 juga..lain anak lain kegemarannya..
PadamMasa time anak2 baru nk blajaq makan, huda suka buat moi kurma. sedap. manis2 gitu..
BalasPadamJommSihatDanCantik -> GLA SHAKLEE
anak yang no 3 saya pun suka lau buat yang berasaskan kurma
PadamKalau tengok makanan bayi kita pula yang jdi selera. :)
BalasPadamada jenis2 maknan yang ibunya pun selera nak makan..
PadamAnak-anak ila pula suka makan puree pisang dan apple. Yang labu dan keledek memang tak berani bagi sebab mereka mudah kembung.
BalasPadam6 Kebaikan ESP Yang Buat Hati Tertawan
lain budak..lain penerimaan ibu kena tahu..
PadamInfo yang menarik.
BalasPadamSatu Tips Istimewa Kelihatan Awet Muda
:)
Padambestnyer sekarang dah banyak resepi utk bayi dalam internet..dulu mati kutu je, takut-takut hahaha
BalasPadambetul dulu cm depa bagi bubur nasi jer kat bayi..sekarng boleh pelbagaikan ibu pun tak boring..
Padam