Ahad, 21 Disember 2014

Cara Dukung Pengaruhi Perkembangan Anak

Ihsan Google
Setiap ibu bapa mesti teruja jika ada anak, tambahan lagi jika anak sulung. Mesti rasa nak dukung jer sepanjang masa. Satu lagi perangai bayi ni suka menangis, dan bila menangis kebiasaanya ibubapa atau sesiapa yang ada berdekatan mesti akan mendukung bayi tersebut untuk tujuan memujuk.  Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayahnya.
Tahukah anda, sebenarnya ketika mendukung anak, kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tenang dan rilek.
Jadi cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak. Antara sebab tersebut adalah:
1.    Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.
2.    Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.
3.    Mendukung bayi secara vertical boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)

Tip Mendukung Bayi
  • Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, pastikan tali dan pendukungnya cukup ketat.
  • Pastikan ibu boleh memeluk dan mencium bayi.
  • Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.
  • Pastikan anda boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.
  • Pastikan wajah bayi juga melihat ke atas bukan ke bawah.
  • Pastikan kepala bayi hampir dengan dagu ibu. Jika terlalu bawah ia bermakna salah posisi.
  • Pastikan juga jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.
  • Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.
  • Pastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.


Ihsan Google

Bagi sesiapa yang suka guna penggendong berhati-hati memilih dan  menggunakanya, agar ianya adalah yang sesuai untuk bayi anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

18 ulasan:

  1. Saya memang tak pernah menggunakan baby carier dan hanya menggendong bayi seperti biasa sahaja. Terima kasih atas info ini dear ...sangat bermanfaat kepada saya.


    Sekurang kurangnya 400 mcg Asid Folik Yang Diperlukan Untuk Ibu Hamil

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak suka guna penggendong..rasa macam susah..

      Padam
  2. Saya anak dah tiga orang tak pernah lagi guna penggendong macam ni...info yang sangat berguna untuk ibu-ibu yang ada baby ingin menggunakan penggendong ni.

    merawat kesakitan sendi dan lutut dengan supplement

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun anak dah 3 tapi tak pernh guna sebba rasa tak sesuai..ada kawan bagi hubby pernah gun asekali..

      Padam
  3. Thanks Niny. Perkongsian yang bermanfaat. Saya tak tahu pula cara dukungan boleh mempengaruhi pertumbuhan anak.

    Jom layari blog Aju@VitaSyopz untuk entriKenapa tidur perlu ikut jadual

    BalasPadam
  4. Guna carrier ni memang bagus sebab ada kajian yang dibuat ianya dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan bayi. Tapi, saya pun memang tak pandai guna carrier, hihi.
    Tengok orang lain guna, nampak mudah sangat.
    Tabungan Pertama Bayi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau orang yang tahu dan pandai guna bagus untuk bayi tapi kena pandai pilih yang bersesuai kalu tak kesian kat bayi..

      Padam
  5. Jarang guna baby carrier ni. Selalu guna stroller je. Badan kecil, xlarat nak dukung lama-lama. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun lebih suka guna stroller..tapi bila dah besar sikt baby dah tak nak duduk stroller..semua tiga2 anak cmtu..stroller masih nampak baru walaupun dah 3 orang anak guna..

      Padam
  6. Selalu jugak guna carrier..tapi tengok keadaan..sebab baby agak berat, so nak elak lenguh,,guna carrier...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. say tengok oarng guan tapi lau say try emmang rasa susah..

      Padam
  7. anak pertama guna carrier..yang kemudian semua dukung tangan je, sebab guna carrier berpeluh-peluh selain tudung ayik tertarik hihihi pendek kata, tak terror pakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo macam tu yer lia..pengalman masing2 yang guna tak sma..lain ornag lain pandangn..

      Padam
  8. Saya suka guna kain mengendong bayi saya.lebih selamat..Cuba bayangkan..kalau kita silap langkah,silap2 boleh terlepas bayi dari tangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zoe biasa guna penggendong yer..lau orang yang mahir penggendong memang senag..

      Padam
  9. hmm kena betul2 mahir dlm guna carrier nie. masa anak sulung guna jugak benda alah nie..tapi kejap je.huhuu

    JommSihatDanCantik -> TAK GAMAK NAK TENGOK

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu huda..say setuju..kena betul2 mahir..

      Padam