Epidural Analgesia Semasa Melahirkan Anak
Ramai
yang keliru dan berasa ngeri apabila membayangkan suntikan jarum di tulang
belakang (termasuk la saya sendiri ngeri jer dengar). Ketiga-tiga anak saya Alhamdulillah bersalin
secara normal tanpa Epidural analgesia. Perkataan epidural biasa digunakan oleh
doktor dan orang awam bagi merujuk kepada epidural analgesia iaitu satu teknik
memasukkan ubat bius yang disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang
epidural pada tulang belakang.
Alatan untuk epidural analgesia
Suntikan
bius ini akan menyebabkan kehilang deria rasa (kebas) dan dapat menghilangkan
rasa sakit, dengan menghalang pergerakan isyarat saraf pada saraf tunjang. Jadi
ia adalah teknik bius yang sesuai digunakan untuk menghilangkan rasa sakit
ketika proses kelahiran secara normal atau ketika pembedahan cesarean.
Kawasan suntikan dilakukan dan cara suntikan.
Suntikan
bius /epidural analgesia secara amnya selamat dan sangat berkesan. Ia
menghalang kesakitan ketika melahirkan apabila rahim yang mula mengecut dan secara
perlahan-lahan pangkal rahim mengembang bagi membuka jalan bagi kelahiran bayi.
Antara
calon yang sesuai diberikan /epidural analgesia/ ialah
- wanita yang pertama kali melahirkan anak
- wanita hamil yang telah diberikan induksi Pitocin untuk mempercepatkan kelahiran bayi
- wanita hamil yang masih muda dan tidak berpengalaman serta takut dengan rasa sakit
- wanita hamil yang sering mengalami sakit senggugut yang teruk ketika haids sebelum hamil.
Namun ada
beberapa kumpulan wanita yang hamil tidak boleh diberikan epidural analgesia antaranya
iala:
- wanita hamil yang tidak mahu epidural analgesia,
- wanita hamil yang mengalami jangkitan di belakang sekitar tempat yang harus diberikan suntikan.
- wanita mempunyai sejarah pendarahan yang cair
Apa yang
menjadi kerisauan ibu yang bakal menggunakan teknik ini ialah kesan jangka
panjang. Komplikasi yang biasa berlaku bagi suntikan epidural ialah hypotension
(iaitu tekanan darah systolic kurang <100 mm Hg) dan rasa sukar mahu kencing
.Selain itu komplikasi jangka masa yang panjang ialah sakit kepala.
Walaupun
selamat dan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit, teknik epidural analgesia ini
selalunya menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lebih panjang,
kadangkala menyebabkan proses kelahiran terpaksa menggunakan teknik pembedahn
cesarean.
Oleh kerana kemudahan ini semakin popular, wanita yang hamil dan
berhasrat untuk mendapatkannya haruslah berbincang dengan doktor yang merawat
sebelum melahirkan lagi. Ini kerana kebaikan dan kemudaratannya haruslah
diketahui oleh wanita yang ingin menggunakan teknik bius ini.
Namum begitu ada yang boleh memilih dan ada yang tidak boleh membuat pilihan. Apapun pilihan yang dibuat yang penting ibu dan anak selamat. Amin.
Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza2...bagi saya cara cucuk tu sangat ngeri..
BalasPadamJom baca:
Kesuburan
Sy amik epidural masa 1st baby, tak sakit masa cucuk. Tp stil rasa juga sakit nak bsalin tu. Alhamdulillah smua ok.
BalasPadamBolehkah 'Bohong Sunat' pada si manja?
Dulu masa melahirkan anak kedua. Sya dapat suntikan ini. Rasa mengantuk sangat. Tapi memang tak rasa sakit masa bersalin tu..hnya memulas sahaja.
BalasPadambibir , kulit dan kuku akan menjadi pucat bila ibu mengandung mengalami masalah ini
Belum pernah cuba epidural lagi. Sebenarnya takut juga nak ambil sebab takut akan kesannya.
BalasPadamKetahui Bahaya Sardin dalam Tin
Tengok pun dh ngeri...apatah lagi kalo kena cucuk...?alhamdulillah, sepanjang pengalaman melahirkan 3 anak tidak perlu mengambil epidural..
BalasPadammakanan pintar untuk si manja
Saya besalin cazer.. memang berkesan... dlm bpe saat lepas suntik terus kebas.. mase doktor suntik,terasa ubat masuk saraf tunjang., dan baru saya tahu kenapa saya sering sakit kepala... dan mudah kena bisa badan...
BalasPadamSy x da pnglaman ag...hihi..bgos info ni...
BalasPadamAlhamdulillah bersalin dua2 hero normal..seram pula mendengarnya epidural ni..
BalasPadamNebulizer Dengan MyImam
Dengar je pun dah ngeri tapi kalau itu jalan terbaik untuk kedua-dua pihak ibu dan anak, saya redha je.
BalasPadamngeri jer dengar, tp saya x de pengalaman ambil epidural lagi, alhamdulillah 2 kali bersalin semua yer secara normal.
BalasPadamTak pernah lagi kena cucuk epidural. Tapi dengar cerita dari adik ipar (sebab kena cucuk masa bersalin anak sulung) memang ngeri..
BalasPadamJommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET
Saya ni memang penakut dengan jarum. Dari kecik sampai ke besar. dari mengandung sampaila ke bersalin, tengok jarum tu ngeri betul. Kalau doktor or nurse nak cucuk cepat-cepat tutup mata.Epidural ni saya xde pengalaman lagi sebab semuanya x nyempat nak keluar...hihihi
BalasPadamWanita resah bakal suami terkejut ada masalah kepala botak
Sy masih menunggu kehadiran cahayamata..bila dengar bab jarum ni, serius rasa ngilu.tp bagusnya sy dpat pendedahan awal bila dapat info mcm ni
BalasPadamResipi Puding Roti untuk Teatime or Supper
Belum pernah lagi menggunakan bius epidural ni. Selalu tak sempat, sampai hospital tak sampai sejam dah masuk labour room dan bersalin
BalasPadamSaya pun tak pernah ambil suntikan ni. Sakit untuk melahirkan tu tersa sangat singkat... Sakit sikit2 memang tak pergi ke hospital terus. Lepak2 je dulu di rumah. Bila dah tak tahan tu baru segera ke hospital....
BalasPadamTips Supaya Anak Cepat Bercakap
macam takut je..apa2 pun minta nasihat dr doktor anda :D
BalasPadam:: anmashealthcare.blogspot.com ::
xberani kalau bab cucuk2 nie..alhamdulillah..ketiga-tiga anak bersalin normal tanpa epidural
BalasPadamTips Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin
Saya takut jarum..alhamdulillah saya juga tak ambil epidural ketiga3 anak bersalin normal
BalasPadamJemput baca: Atasi Suami Isteri Gaduh Besar Dengan 5 Langkah Mudah
Gd info.. walaupun dah 3 kali amik epidural ni untuk ketiga2 kelahiran, tapi tak tau detail about it.. redha je.. hahaha..
BalasPadamMemang seram tang nak cucuk epidural tu... ada rasa macam karen sikit..
BalasPadamRahsia Anak Jarang Sakit
Masa nak cucuk tu dah tak ingat apa dah.. rasanya macam sama je walaupun dah dicucuk epidural.. masih lagi rasa sakit tu, sehingga doktor suruh sedut gas oksigen tu pulak then masukkan ubat suh cepat bersalin..
BalasPadam10 SEBAB MENGAPA MEALSHAKE PENTING KEPADA KANAK-KANAK
Alhamdulillah...selama melahirkan 3 orang anak ni tak pernah lagi dapat suntik yang macam ni...jadi tak boleh nak cerita macam mana sakitnya.
BalasPadamBsalin anak pertama shida tpaksa mengaku kalah sebab tak tahan sakit sgt2..ambik epi ni..sakit tau epi ni..masa cucuk tu memang sakit tapi selepas 5 minit bsalin nomal tak rasa apa..alhamdulillah..
BalasPadamSaya belum pernah rasa kesakitan akibat epidural. Alhamdulillah waktu bersalin dulu Allah bagi rezeki sangat mudah. Apapun, rezeki masing-masing. Setiap langkah waktu kelahiran tu mesti doktor juga fikir baik dan buruk untuk ibu dan anak juga dah kan semestinya..^_^
BalasPadamPetua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi
Tak tahu lah rasanya macam mana..nampak mcm sakit..tapi respon dr ibu2 yg pernah amik epidural ni tak sakit katanya..huhu
BalasPadamNgeri fikir Kena cucur smpai tulang belakang.. Tapi mnurut pmbacaan Sy, tak sakit kata mereka.. Tak tau la kan..
BalasPadamCARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
ngeri dengar sampai nak cucuk belakang,dah la saya ni penakut tgk jarum doktor..
BalasPadamSetakat ni alhamdulillah.. Ok je bersalin ketiga-tiga anak..tapi kesan jangka panjang sakit kepala tu..semoga yang terbaik buat si ibu dan bayi
BalasPadamTips Elakkan Migrain Waktu Pantang
saya dengar pun mcm takut aja.alhamdulilah..sya bersalin normal.
BalasPadam