Memaparkan catatan dengan label Set Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Mengandung. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Januari 2017

Pengalaman Keguguran




Tahun 2014 pengalaman yang perit bagi saya untuk melupakan. Dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri saya keguguran anak ke 4. Tanda-tanda awal keguguran keluar darah (stain) tapi saya tak perasan sebab takde pengalaman. Masuk hari kedua keluar darah (stain) dan saya pun dah balik kampung untuk menyambut Hari Raya, saya terus ke klinik untuk mengesahkan kenapa ada darah. Doktor kata denyutan jantung bayi dah takde (masa tu ALLAH saje yang tau apa perasaan saya). Doktor bagi 2 pilihan nak cucuk ubat untuk cepat turun atau nak ianya kuar natural. Tapi doktor suggest natural sebab lagi 2 hari nak raya. Esoknya saya mula rasa contraction seperti nak bersalin (memang sakit macam bayi nak kuar). Selepas janin kuar (sempat tengok sambil nangis),  berlaku pendarahan yang banyak sehingga saya terpaksa dibawa ke Hospital dengan bantuan ambulan sebab risau kesesakan jalan raya musim nak raya ni. Sampai hospital dah cuci bagai sebelum buka puasa Doktor bagi kebenaran balik. Jadi tahun tu tak Raya sangat sebab macam-macam nak kena pantang. Satu pengalaman yang takkan saya lupa. Jika masih hidup bayi saya umur sekarang dah 2 tahun lebih.

Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Adakah tempoh berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin? 

Sebenarnya mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang keguguran termasuk bab pemakanan dan gaya hidup seharian.

Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran.  Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.

Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.

Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.

Macam saya tempoh hari berpantang sama seperti bersalin cuma tak sampai 44 hari. Lebih kurang 2 minggu saya berpantang. Shaklee yang saya ambil semasa mengadung saya sambung makan untuk tempoh berpantang. 

Alhamdulillah selepas setahun menuggu untuk hamil lagi saya di sahkan hamil anak ke 5. Memang berhati-hati untuk anak yang ke 5. Yang no 5 pun ada ceritanya. Nanti next entry saya cerita pengalaman hamil no 5.

CoQhealth outstok
GLA complex saya makan untuk kesuburan sebelum hamil anak yang ke 5


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
Page: Gallery DR NF 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka

Rabu, 15 April 2015

Keju yang dilarang semasa Hamil



Siapa antara pembaca blog ni adalah penggemar keju?


Jika anda penngemar keju, anda harus berhati-hati semasa memilih untuk menikmati keju ketika diri sedang hamil. Ini kerana ada beberapa jenis keju yang tidak selamat dimakan oleh ibu hamil.

Antara jenis keju yang tidak selamat dimakan oleh wanita hamil adalah keju jenis lembut (soft cheese) yang memiliki lapisan putih pada luarnya seperti berikut:-


*Keju brie


*Feta
 


*Camembert
 



*Keju dari susu kambing
 



* Danish blue (keju biru)


*Gorgonzola
 


*Roquefort


Keju-keju tersebut tidak selamat dimakan oleh ibu hamil kerana ia mempunyai paras keasidan yang lebih rendah dan mengandungi kadar air yang lebih tinggi daripada keju jenis keras (hard cheese). Faktor tersebut membuatkan bakteria berbahaya sangat mudah untuk membiak seperti bakteria Listeria.

Bakteria Listeria boleh menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan. Bahkan ia juga boleh mengakibatkan keguguran janin, kematian bayi dalam kandungan hingga menimbulkan penyakit yang boleh membawa maut kepada bayi.

Sedikit sahaja jangkitan daripada bakteria Listeria ini boleh mengakibatkan kematian kepada bayi dalam kandungan. Oleh itu ibu hamil juga dinasihatkan agar mengelakkan daripada makan/minum susu atau produk susu yang belum dipastur.

Tetapi jangan risau wahai penggemar keju kerana bukan bermakna anda tidak boleh makan keju ketika hamil. Ada beberapa jenis keju yang sudah diproses terlebih dahulu atau dibuat daripada susu yang sudah dipastur selamat dinikmati oleh ibu berbadan dua.

Keju tersebut adalah seperti cottage cheese, mozzarella, keju krim, paneer serta ricotta. Keju cheddar dan parmesan selamat dimakan kerana ia merupakan jenis keju yang keras dan memiliki keasidan yang tinggi dengan kadar air yang rendah.

Namun jika tidak dapat mengelakkan daripada makan keju lembut, pastikan keju tersebut sudah dimasak dalam suhu tepat seperti membakar untuk memastikan bakteria yang ada dalam keju benar-benar sudah mati.

Ibu-ibu yang sedang hamil perlu bijak memilih keju yang boleh dimakan semasa hamil.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh

Ahad, 12 April 2015

Selamatkah Minum Kopi ketika hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Pagi ni saya teringin sangat nak minum kopi jadi masak air dan buat kopi, satu untuk en suami dan satu untuk saya. Sebenarnya saya dalam usaha nak mengurangkan pengambilan caffien. Dalam seminggu ambil sekali atau dua kali sahaja.Jika anda adalah seorang peminum kopi yang tegar tentu sukar meninggalkannya walaupun setelah disahkan hamil.

Kopi merupakan minuman yang kaya dengan kafein. Seperti diketahui kafein bersifat diuretik yang mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh yang amat diperlukan oleh ibu hamil. Ini bukan bermakna ibu hamil langsung tidak boleh minum air kopi cuma jika sebelum ini anda mengambilnya empat hingga lima cawan sehari, cuba secra berasur-ansur kurangkan kuantiti pengambilan. Ini kerana berhenti serta merta pengambilan kopi bagi peminum tegar akan membuatkan tubuh menjadi tidak selesa dan mengganggu keseimbangan diri. 

Apa kata ambil langkah-langkah berikut bagi mengawal pengambilan kopi demi kesihatan diri sendiri dan anak dalam kandungan.

*Kawal pengambilan
Sebenarnya minum kopi sebanyak dua cawan sehari dengan jumlah kafein lebih kurang 200mg adalah selamat untuk ibu hamil. Tetapi semakin sedikit kafein yang terserap dalam badan ketika hamil adalah lebih baik. Apa kata, anda kurangkan kuantiti kopi yang diminum dengan menukar saiz cawan yang digunakan. Jika sebelum ini anda menggunakan cawan yang besar, tukarkan kepada cawan paling kecil. Anda juga boleh lebih mencairkan kopi tersebut. Perlahan-lahan kurangkan kekerapan minum daripada sehari  empat cawan kepada tiga, dua, secawan dan berhenti sepenuhnya. Mungkin juga anda boleh minum kopi seminggu sekali (tetapi hanya secawan kecil sahaja) bagi melepaskan ketagihan terhadap kopi.

*Bertukar kepada teh




Teh juga mengandungi kafein namun jumlah kurang berbanding kopi. Sebaiknya minum teh hijau yang tinggi kandungan vitamin C dan antioksidan. Lebih elok jika anda buat minuman teh menggunakan daun teh sebenar. Caranya didihkan daun teh dalam air mendidih selama 30 saat dan terus tuang ke dalam cawan. Dengan cara ini, kandungan kefein dalam teh tidak terlalu banyak. Elakkan daripada minum teh herba yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan.

*Sentiasa ingat tujuan
Biarpun sudah menanamkan niat untuk berhenti minum kopi sepanjang hamil tetapi kadang kala keinginan tersebut sukar dikawal apatah lagi jika anda sememangnya peminum kopi tegar. Tetapkan azam dan sentiasa ingat tujuan anda berhenti minum kopi adalah untuk memastikan anak dalam kandungan sihat dan bebas daripada sebarang masalah dan kesan buruk ketagihan kafein.

*Cara pengganti
Mengapa agaknya anda terlalu gemar minum kopi? Adakah kerana aromanya atau rasanya yang pahit manis atau juga kesan yang diperoleh selepas menikmati secawan kopi iaitu menjadi lebih bertenaga? Dengan cara ini anda dapat mencari pengganti bahan lain yang boleh memberikan anda rasa yang sama seperti kopi.  Misalnya anda boleh mencuba minuman lain yang memberikan kemanisan dan aroma yang sama. Sekiranya kopi sebagai sumber tenaga anda, apa kata ubah ia dengan mengambil snek yang kaya karbohidrat kompleks dan protein atau membuat aktiviti ringan seperti berjalan kaki selama 10 minit dan pastikan anda mendapat tidur berkualiti yang cukup.



SET HAMIL 
KANDUNGAN KAFFIEN DALAM MINUMAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee  ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
 SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Selasa, 7 April 2015

Makanan Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Hamil




Mengandung adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bagi yang menghadapi alahan diawal kehamilan mesti semua makanan rasa susah nak telan tapi bila tempoh alahan berlalu seronoknya makan, tambah lagi tak kisah dengan kenaikan berat badan sebab ada alasan yang munasabah jika ada yang menegur. Walau bagaimanapun, harus diingat, ibu perlu memastikan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan. Ini kerana apa sahaja yang diambil oelh ibu juga akan di serap oleh bayi dalam kandungan.

Tiga nutrien penting yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya adalah vitamin C, asid folik dan kalsium. Cara paling mudah untuk mendapatkan kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan adalah mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian. Antara yang paling baik adalah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien lengkap bagi bakal ibu.


Antara khasiat yang terkandung dalam buah berwarna hijau atau kuning keemasan yang bersaiz kecil ini adalah seperti berikut.

 1.      Kekalkan sistem imuniti
Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia membantu pergerakan plasma dan menyimpan vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.

 2.      Tinggi asid folik
Ia menjadikan buah ini terus ideal bagi wanita hamil kerana kandungan asid folik yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%. Kebanyakan kecacatan berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan. Oleh itu sekiranya merancang untuk hamil, mula makan buah kiwi secara teratur.

3.      Mengurangkan sembelit
Sembelit akibat perubahan hormon kerap berlaku dalam kalangan ibu hamil. Buah kiwi mengandungi serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Selain mengurangkan masalah sembelit, serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Ia dapat mengelakkan kanser usus.

4.      Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa semasa trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang boleh mengganggu tumbesaran bayi dan kesihatan ibu sendiri. Kajian menunjukkan memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

5.      Merendahkan tekanan darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Tetapi sekiranya tekanan darah naik mendadak, ia membahayakan ibu dan bayi. Buah kiwi mengandungi potassium tinggi yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Harap semua yang hamil menjaga pemakanan agar seimbang dan memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang diperlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Shop SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh