Masih tercari2 makanan tambahan yang sesuai??
Nak cari yang memenuhi budget anda??
Nak yang Selamat dan diyakini??
Nak cari yang memenuhi budget anda??
Nak yang Selamat dan diyakini??
Jom baca artikel dibawah...
Adakah Kita Perlu Mengambil Supplement/Makanan Kesihatan
Tambahan
Bila bercakap tentang kecantikan dan kesihatan pastinya
supplement atau makanan kesihatan tambahan tidak terkecuali akan masuk ke dalam
topik ini. Tetapi soalannya apakah supplement atau makanan kesihatan tambahan
ini perlu dan adakah ianya begitu penting bagi menjamin kesihatan yang baik?
Oleh itu sila baca apa yang ditulis oleh Marcell Pick,
OB/GYN NP tentang perkara ini yang telah diterjemahkan oleh Dr. Rushdan:
Hampir semua orang mempunyai ahli keluarga yang menghidap
penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit diabetes (kencing manis)
atau kanser. Anda tentu merasa bimbang kalau-kalau anda ada membawa gen atau
baka yang menyebabkan anda juga berisiko menghidap penyakit yang sama . Kajian
sains yang terkini telah menunjukkan bahawa terdapat cukup bukti untuk
mengatakan bahawa sebenarnya anda boleh melakukan sesuatu untuk mengelak dari
penyakit2 ini walaupun anda mempunyai faktor2 risikonya dan ianya bermula
dengan pemakanan ataupun nutrisi. Dengan pengambilan nutrisi yang optima
termasuk makanan tambahan (dietary supplement), anda boleh menjalani kehidupan
ini dengan lebih baik dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius
kemudian hari.
Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai samada perlu
kita mengambil makanan tambahan termasuk multivitamin dan mineral, samada
pengambilannya akan memberi kesan yang baik ataupun sebaliknya. 50% dari
penduduk Amerika mengambil makanan tambahan dan ini telah menggerakkan Institut
Kesihatan Kebangsaan ( National Institute of Health USA) mengambil keputusan
untuk menubuhkan panel yang akan mengeluarkan konsensus samada amalan
pengambilan makanan tambahan ini selamat dan berkesan untuk melawan penyakit
kronik.
Apabila kita berbincang tentang perkara seumpama ini, pasti
akan wujud dua pihak yang berbeza pendapat. Tetapi berdasarkan pengalaman
klinikal saya, pengambilan multivitamin dan mineral yang telah dikeluarkan oleh
syarikat ternama tidak akan memudaratkan anda, malah ia boleh memberi banyak
kebaikan. Di dalam amalan saya secara peribadi, saya dapat melihat dengan jelas
kebaikan mengambil makanan tambahan oleh pesakit saya, keluarga dan juga
rakan-rakan saya.
Jadi mengapa masih
ramai lagi yang belum sedar peri mustahaknya pengambilan vitamin? Vitamin apa
yang perlu anda ambil ? Mengapakan banyak syarikat ubatan dan doktor yang
menentang pengambilan makanan tambahan? Mengapakah berlaku perdebatan yang
berterusan tentang keselamatan mengambil vitamin ?
Mari kita kaji persoalan-persoalan ini berdasarkan kepada
kajian2 terkini jadi kita mendapat maklumat yang lebih jelas.Jika anda membaca
kenyataan “state-of-the-science statement” yang
dibuat oleh panel NIH (National Institute of Health), anda dapati
pendapat mereka adalah “conclusive” ataupun tidak dapat
dibuat kesimpulan yang kukuh. Akhbar dan individu2 tertentu menilai
kenyataan ini sebagai tidak cukup bukti untuk mengesyorkan pengambilan
multivitamin kepada orang ramai. Pada hal ahli panel NIH tidak langsung
mengeluarkan kenyataan itu, malah mereka tidak menghalang pengambilan makanan
tambahan dan tidak ada bukti yang mengatakan pengambilan makanan tambahan boleh
memudharatkan.
Kita telah menggunakan makanan tambahan dan pengubahsuaian
menu makan sebagai terapi perubatan semenjak lebih 20 tahun lagi. Pada hari
ini, kita mengesyorkan setiap orang mengambil vitamin yang mengandungi
kandungan yang selamat dan mencukupi dari syarikat2 yang berwibawa. Jadi mari
kita bincang mengenai apakah pendirian kita bila bercakap mengenai makanan
tambahan dan bagaimana dapat kita menjawab soalan yang berkait dengan kontroversi
pengambilan vitamin.
HUBUNGAN DI ANTARA NUTRISI DAN PENYAKIT KRONIK
Cerita mengenai peningkatan bilangan penyakit kronik pada
masa ini merupakan salah satu yang hangat diperkatakan. Pada hari ini 70% dari
penduduk Amerika mati disebabkan oleh komplikasi dari penyakit kronik seperti
penyakit jantung, penyakit kanser, obesiti, diabetes, depression (tekanan
perasaan), penyakit metabolik dan penyakit sistem penghadaman (termasuk
heartburn dan acid reflux), rheumatoid arthritis (sakit sendi), fibroids dan
osteoporosis.
Mengapakan berlaku peningkatan mendadak penyakit-penyakit
kronik ini ?
Jelas sekali di antara sebab-sebabnya adalah kita sekarang
mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, hidup di dalam stress, kedua-duanya
memberi sumbangan kepada penyakit degeneratif. Dan cuma baru-baru ini sahaja
kita mula sedar akan pentingnya nutrisi.
Kaedah rawatan konventional menggunakan ubat-ubatan yang
sangat mahal dihasilkan oleh syarikat2 farmakeutikal, kaedah-kaedah ini lebih
memberi kelegaan sementara dari kesakitan dan rasa tidak selesa. Ianya
sebenarnya tidak merawat punca masalah, malah kadangkalanya membawa lebih
banyak masalah di kemudian hari contohnya pengambilan ubat antiinflamasi atau
steroid jangka panjang yang menyebabkan gastritis (sakit perut), sakit sendi ,
diabetes dan lain-lain. Ini disebabkan kaedah rawatan konventional memberi tumpuan
kepada penyaringan penyakit ( disease screening) dan rawatan ubat-ubatan ia sering menafikan pendekatan yang lebih
berkesan untuk mencegah penyakit iaitu melalui nutrisi.
Apakah pula peranan yang dimainkan oleh faktor genetik
(baka) di dalam penyebab kepada penyakit kronik?
Pada pandangan kami, genetik jarang menentukan secara mutlak
seseorang itu untuk menghidap penyakit. Seringkali faktor genetik memerlukan
faktor lain (faktor sampingan) termasuk pemakanan bagi menyebabkan wujudnya
penyakit. Malah faktor nutrisi ini dikatakan di antara faktor2 sampingan yang
sangat berpengaruh. Jadi faktor genetik sahaja mungkin belum cukup kuat untuk
menyebabkan berlakunya penyakit.
Ramai di kalangan pesakit kami terkejut apabila mendapati
banyak penyakit yang mereka hadapi sebenarnya boleh dikaitkan dengan kekurangan
beberapa unsur bahan nutrisi. Nutrisi mempunyai pengaruh ke atas sistem
pertahanan badan, fungsi organ, keseimbangan hormon dan metabolisma sel.
Kekurangan bahan nutrisi akan berlaku dahulu sebelum timbul gejala2 yang
kemudiannya berlakulah penyakit.
MULTIVITAMIN DAN KESEIMBANGAN HORMON
Badan kita memerlukan mikronutrin yang digunakan untuk
membentuk hormon-hormon dari molekul yang kecil. Kita hampir tidak mungkin
untuk mendapat keseimbangan hormon jika tanpa faktor mikronutrin ini. Kita
umpamakan keseimbangan hormon ini seperti sebuah simfoni di dalam badan yang
dihasilkan melalui permainan alat-alat musik okestra untuk menghasilkan
kesihatan. Apabila seorang dari pemain alat musik ini tidak ada, simfoni yang
dihasilkan itu akan menjadi cacat dan anda berasa tidak sihat.
Ingat, hormon badan kita akan naik dan turun mengikut
keadaan. Tahap hormon kortisol dan adrenalin akan turun naik jika kita di dalam
keadaan stress atau sebaliknya. Tahap hormon insulin yang stabil adalah penting
untuk hormon2 badan berkomunikasi. Apabila bahan nutrien adalah rendah ataupun
tiada, keseimbangan ini akan terganggu.
MENGAPA PEMAKANAN BIASA TIDAK MENCUKUPI
Di Amerika, pengambilan makanan dianggap mencukupi tetapi
penyakit kronik sangat tinggi, ini adalah gambaran bahawa kuantiti sahaja tidak
mencukupi jika kualiti makanan itu tidak dijaga. Malah kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa sememangnya makanan yang diambil itu tidak mengandungi cukup
nilai-nilai tinggi bahan nutrisi seperti vitamin dan mineral. Inilah punca
meningkatnya penyakit kronik. Kita juga dapat melihat berlakunya peningkatan
penyakit-penyakit kronik di kalangan mereka yang lebih muda. Contohnya penyakit
diabetes dan darah tinggi yang mula dihidapi oleh anak2 muda.Ini banyak
dikaitkan dengan meningkatan rintangan hormon insulin (insulin resistance) yang disebabkan oleh makanan moden hari ini.
Ramai di kalangan kita tidak mengambil makanan yang
mempunyai nilai nutrisi mencukupi. Kita mengambil makanan yang bukan bahan
makanan. Makanan segera, makanan yang diproses berlebihan, makanan yang tinggi
gula , karbohidrat , bahan pengawit dan kuantiti lemak tepu yang tinggi. Kita
mengambil banyak bahan peransang yang mengganggu keupayaan sistem penghadaman
kita menyerap vitamin dan mineral.
-sebab lain adalah, kaedah penangkapan ikan dan
perladangan
/ pertanian kita telah berubah secara drastik (mendadak). Pada masa
lalu, hasil tuaian adalah dari bahan nutrin asli yang diperolehi dari tanah
yang tidak tercemar dan jika ikan pula diperolehi dari laut yang bersih, tanpa
keracunan dan kontaminasi. Sekarang kita menggunakan racun serangga, baja
inorganik dan air yang tercemar untuk menghasilkan tanaman yang tumbuh cepat
dan dapat dituai dengan pantas. Kaedah ini berjaya menghasilkan tanaman yang
besar-besar, berwarna-warni tetapi kekurangan nilai nutrisi/pemakanan, malah ia
mungkin boleh memudaratkan tidak kurang juga yang sudah kehilangan rasa yang
enak.
Kajian telah menunjukkan bahawa, tanaman yang dihasilkan
secara organik bukan sahaja bebas dari bahan toksin yang tidak diperlukan oleh
badan kita, tetapi ianya juga mengandungi bahan mikronutrin (vitamin, mineral
etc) yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, penggunaan baja organofosfat
secara rutin selama lebih 50 tahun telah menyebabkan kurang kandungan kalsium
di dalam sayuran brakoli yang di tanam secara konventional. Pengurangan
kandungan kalsium ini dikatakan kurang sehingga tinggal satu per-enam dari
kandungan asal semasa tahun 1950 an. Walau bagaimanapun selagi masyarakat kita
meletakkan wang sebagai tumpuan utama, kita perlu membelanjakan wang yang
banyak untuk mendapatkan bahan2 makanan organik ini yang tentu sekali mampu
dimiliki oleh segelintir orang. Dengan keadaan ini, pengambilan makanan
tambahan nampaknya satu alternatif yang baik.
Kita juga mengimpot makanan dari tempat yang jauh, jadi
makanan ini perlu menjalani berbagai-bagai proses seperti pembungkusan,
pembalutan, semburan bahan kimia untuk mencegahnya dari menjadi busuk dan layu.
Faktor yang seterusnya adalah amalan mengurangkan berat
badan melalui pemakanan. Hampir separuh dari penduduk Amerika sedang
mengamalkan salah satu kaedah mengurangkan berat badan. Banyak kaedah-kaedah
ini “merompak” bahan nutrin yang diperlukan oleh
badan. Dan pemakanan yang bersifat yo-yo yakni kurang berat badan dan naik
berat badan yang berlaku berulang-ulang kali secara bergilir2 akan meningkatkan
tekanan atau stres kepada badan kita.
KAITAN DI ANTARA STRESS DAN NUTRISI
Di atas kaedah pemakanan yang mengelirukan, badan kita
mungkin akan mengalami stress yang di luar kawalan. Stress yang dialami ini
bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga emosi dan psikologikal.
Mari kita mulakan dengan isu alam sekitar. Bahan kimia
toksik, pencemaran udara, radiasi, polimer tiruan, hormon di dalam daging serta
susu, racun serangga dan klorin di dalam air minuman adalah di antara banyak
lagi akibat kerakusan manusia di dalam mencemarkan alam sekitar. Hamburger di
dalam makanan segera didapati mengandungi racun serangga. Malah dengan
memasukkan makanan yang disimpan di dalam bekas plastik ke dalam ketuhar
gelombang mikro boleh menukar makanan kita kepada toksin. Daripada apa-apa
sumber sekalipun, bahan-bahan kimia ini akan memberi tekanan kepada organ hati
untuk menyahtoksikkan bahan2 ini. Proses menyahtoksikkan (detoxifying) ini akan
menggunakan beberapa bahan nutrin penting yang disimpan.
Kita juga sering mengalami stress semasa menjalani kehidupan
harian. Stress dari anak-anak, pasangan kita, tempat kerja, rakan, ibubapa dan
lain-lain. Stress dikatakan boleh mengurangkan simpanan bahan-bahan nutrin dan
juga sistem pertahanan badan. Stres meningkatkan kandungan hormon kortisol, dan
tahap kortisol yang sentiasa tinggi boleh memudharatkan badan dan otak.
Jadi stress boleh menambahkan kesan buruk yang dibawa oleh
pengambilan makanan yang tidak sihat terutamanya makanan yang diamalkan oleh
orang-orang Barat. Jika kekurangan zat makanan berlaku secara mendadak, kita
akan mengalami sakit dengan cepat. Tapi seringkali kekurangan zat makanan akan
memudharatkan badan kita secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Akhirnya
kita akan mula menunjukkan tanda2 proses ketuaan yang lebih cepat dan
menghidapi penyakit kronik. Masalah kita akan kekal malah boleh menjadi semakin
parah sehingga kita mengamalkan pengambilan bahan nutrin yang mencukupi. Inilah
sebabnya mengapa pengambilan makanan tambahan boleh memberi impak yang positif
ke atas kehidupan kita.
FUNGSI AMALAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
Kajian yang dilakukan pada tahun 2002 yang diterbitkan oleh
Journal of The American Medical Association menyatakan bahawa kekurangan
sesuatu vitamin adalah faktor risiko kepada berlakunya penyakit kronik dan ini
adalah sesuatu fenomena yang sering berlaku ke atas masyarakat kita. Laporan
itu selanjutnya mengatakan bahawa kebanyakan orang ramai tidak mengambil
kuantiti vitamin yang mencukupi di dalam makanan mereka. Ini menunjukkan betapa
amalan pengambilan makanan tambahan adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan
kepentingannya.
So, pilihan ditangan anda
Jom Vitamin bersama saya 0132240354