Perkara Asas Semasa Mengendalikan Susu Ibu
Selain daripada mengambil tahu perihal tempoh simpanan dan tempat menyimpan susu perahan, anda juga perlu menitikberatkan beberapa perkara di bawah dalam proses penyimpanan susu perahan.
1. Letakkan susu perahan anda di bahagian paling dalam di dalam peti sejuk atau peti sejukbeku. Elakkan dari meletakkan susu perahan di bahagian pintu peti ais. Ini adalah untuk mengekalkan suhu susu tersebut.
2. Hindari dari mencampurkan bahan basah anda yang lain seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya dengan susu perahan. Bau dari bahan basah tersebut akan mempengaruhi susu perahan dan dikhuatiri tidak sedap dinikmati oleh bayi anda.
3. Susu yang telah dicairkankan tidak boleh dibekukan semula. Kualiti susu dan nutriennya kemungkinan akan berkurangan atau tiada lagi.
4. Anda tidak seharusnya mencampurkan susu perahan dengan sewenang-wenangnya. Susu perahan hanya boleh dicampur jika diperah pada hari yang sama dan juga berada di dalam keadaan suhu yang sama sahaja. Susu yang telah disejukkan tidak boleh terus dicampur kepada susu yang baru diperah. Sejukkan suhu perahan yang kedua terlebih dahulu agar suhunya sama sebelum mencampurkan kedua-duanya.
5. Gunakan botol atau plastik khas untuk menyimpan susu. Botol yang tidak diiktiraf sebagai botol menyimpan susu akan dikhuatiri mempengaruhi susu perahan.
Ibu yang menyusukan bayi perlu menetapkan di dalam minda bahawa susu ibu adalah susu terbaik yang tidak dapat dijual beli. Maka, ia perlu dijaga dan dipastikan kualitinya agar dapat diberikan kepada bayi dengan khasiatnya yang asal. Susu yang tinggi kualiti dan kekal nutriennya akan membantu tumbesaran bayi dengan lebih baik. Usahakanlah sedaya upaya agar susu yang diperah dan disimpan berada dalam keadaan yang selamat diminum oleh bayi anda.
Susu ibu baik untuk bayi Susukan bayi dengan betul Kerapkanlah bertanya dan membuat kajiselidik di dalam proses penyusuan bermula dari waktu hamil. Penyusuan susu ibu merangkumi skop yang luas dan perlu diketahui oleh setiap ibu di dunia. Oleh yang demikian, janganlah diabaikan anugerah yang diberi kepada anda. Menjaga anugerah Yang Maha Berkuasa dengan baik menandakan kesyukuran kepadaNya.
Shakllee ada menawarkan Set Menyusu..
atau set lengkap Set berpantang..