Memaparkan catatan dengan label Buasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buasir. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2014

Khasiat Terung Susu



Harini saya berkesempatan menjengah perpustakaan di tempat kerja. Sebenarnya pergi nak fotostat sijil untuk pembaharuan Annual Practice Certificate (APC) saya sebagai Veterinawan (bahasa kampung panggil doktor haiwan). 

Bila dah siap fotostat duduk sekejap kat situ konon nak baca surat khabar, tapi mata melilau kearah majalah hati terdetik dah lama tak baca majalah Mingguan Wanita. Tanya kakitangan yang ada kat situ ada tak majalah yang baru, katanya ada orang dah pinjam. Jadi saya terus capai secara random dapat yang Januari 2014. Terus buka satu-satu mukasurat majalah tersebut, tiba-tiba mata terpandang tajuk “Terung Susu Membantu Mengawal Kencing Manis”. Menarik tajuk yang diutarakan. Saya sendiri tak pernah tahu ada buah yang dipanggil terung susu, terung biasa tu jer yang saya tahu dan makan. Jadi malamnya saya "google" untuk tahu lebih sikit pasal terung susu, dapat sedikit maklumat tambahan..jom sama-sama tambah ilmu.




Terung susu adalah merupakan tumbuhan yang biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk dan warna buahnya yang menarik.Ianya boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki dan merupakan tumbuhan tropika.

Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih.

Ia merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.






Nama Tempatan
Terung susu kambing

Nama Saintifik
Solanum

Spesis
S. mammosum

    Kegunaan

    • Dalam perubatan tradisional melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi, kencing manis/diabetes, buasir dan barah buah dada.
    • Untuk penyakit darah tinggi, bahagian yang digunakan ialah buahnya.
    • Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.
    Shaklee turut menawarkan produk yang boleh membantu mengawal darah tinggi, kencing manis,buasir dan sel-sel abnormal.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut hubugi saya:







    Ahad, 19 Oktober 2014

    Hemoroid tau buasir

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

    Dua minggu lepas ada dok bercerita dengan sorang kawan pasal buasir. Punca dia dapat buasir adalah sebab suka sangat makan makanan yang pedas..Terkejut gak bila dengar camtu terus rasa kena kurangkan sikit rasa pedas dalam makanan..

    Tak dapat saya bayangkan individu yang mengalami masalah Buasir ni kan... jadi saya cuba gak google tentang buasir..saya kongsikan disini serba sedikit tentang buasir..



    Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


    Jenis-jenis buasir

    Buasir dalaman

    Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

    Buasir luaran

    Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

    Shaklee ada menawarkan set untuk sesiapa yang menghadapi masalah ini. Apa kata anda cuba set ini.



    1. Ostematrix - Melancarkan pembuangan air besar
    2. Omega guard - Mengecutkan otot yang bengkak.
    3. Zinc complex - Menyembuhkan luka dibahagian dubur.


    Jom hapuskan mimpi ngeri BUASIR anda dengan set SHAKLEE.