Memaparkan catatan dengan label Tips Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 16 Disember 2014

Petua Selepas Bersalin

Petua selepas bersalin

Setiap orang mesti biasa dengan petua. Setiap individu mewarisi petua yang berbeza-beza mengikut petua keluarga masing-masing. Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.


Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.

Shaklee ada menawarkan SET BERPANTANG yang lengkap. Set ini saya gunakan semasa anak ketiga, badan rasa cergas. Sesiapa yang belum pasti nak ambil produk mana boleh cuba yang ini.


 Keterangan lanjut mengenai produk boleh klik SINI ya.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f512bcc142683f9185ea27c41855ed64
Resepi Masa Pantang
Set Menyusu

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??
Cara Jadi Ahli Shaklee

Rabu, 3 Disember 2014

Makanan Nyahtoksin

Selalu sangat dengar orang sebut pasal detox @ nyahtoksin. Semua tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan kita. Pola pemakanan orang zaman sekarang sangat mempengaruhi pengumpulan toksin dalam badan. 

Bermacam sumber makanan dan minuman yang masuk kedalam badan dan berkumpul. Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah nyahtoksin yang boleh dilakukan, namun begitu yang semulajadi pun ada. 

Jom tengok antara makanan nyahtoksin:-
 
1) Aloe Vera

Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.


2) Dandelion

Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!

3) Kale




Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.

4) Artichoke  




Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati. 

5) Coriander



Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.


6) Halia


Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan. 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.

7) Broccoli


Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. 

Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih berkesan.


Shaklee juga ada menawarkan produk untuk Detox.

Set Detox Shaklee.






Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee