Memaparkan catatan dengan label Deco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Deco. Papar semua catatan

Selasa, 6 Januari 2015

Tips Deko Untuk Sudut Galeri Gambar

Pernah dengar sudut galeri gambar tak??
Mesti ramai yang ada sudut galeri gambar dirumah,sama da gmabr sendiri ataupun gambar-gambar lain seperti pemandangan dan sebagainya mengikut kegemaran masing-masing. kadang-kadang kita rasa kekok untuk menyusun gambar tersebut risau takut tak cantik susunannya.

Jom saya kongsi Tips Deko Untuk Sudut Galeri Gambar
Langkah 1 - Kumpulkan inspirasi dari internet, sebanyak yang mungkin agar memberi lebih idea.




Langkah 2 - Rancangkan. Tanyakan soalan-soalan seperti,
  •    Adakah semua frame style yang sama atau berbeza-beza?
  •    Adakah semua sama warna atau perlu campr warna? 
  •    Adakah semua saiz yang sama atau berbeza-berbeza?

Langkah 3 - Buatkan templat kertas. Dengan menggunakan templat kertas, mudah untuk anda dapatkan gambaran sebenar kedudukan frame nanti.

Langkah 4 - Personalisekan galeri mengikut tema rumah.



Langkah 5 - Lihat hasilnya
 



Susun atur lain yang boleh dijadikan idea untuk sudut galeri gambar anda.

 

Selamat berkarya!

Kredit untuk Koleksi Tips Deko: http://smarturl.it/DRKSKnahar


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli?? 

Rabu, 17 Disember 2014

Skema Warna Untuk Deco Rumah



Tips Deko - Skema Warna

Sesiapa yang ada rumah sendiri mesti ada keinginan untuk deko rumah. Asas dalam deko rumah adalah cat. Kadang-kadang kita terfikir apa warna cat yang sesuai dengan rumah yang nampak cantik. Harini saya nak kongsikan tips deko tentang skema warna.


Skema Warna atau color scheme merupakan antara elemen utama untuk menghasilkan deko dan membentuk karektor rumah yang menarik.

1. Monochromatic color scheme
Skema ini berdasarkan SATU warna. Pilih satu warna kesukaan anda, contohnya purple. Kemudian pilih tiga atau empat shade lagi berdasarkan warna purple: dark purple, medium purple, light purple. Kemudian aplikasikan warna ini ke dalam rekaan interior anda. Contohnya: dark purple pada feature wall, light purple pada wal2 lain. Medium purple pada fabrik sofa, table lamp dan sebagainya. Tambahkan sedikit objek hitam atau putih untuk neutralizekan skema warna.




2. Multi color scheme 
Skema ini pula menggabungkan beberapa warna untuk membentuk skema warna. Anda boleh mengambil inspirasi warna2 dari objek sekeliling. Pilih warna2 tersebut dan jadikan skema warna pilihan. Aplikasikan ke dalam rekaan interior anda.







Sumber  Koleksi Tips Deko: http://smarturl.it/DRKSKnahar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Ahad, 30 November 2014

Tips Pindah Rumah

Tips Harian - Pindah Rumah


Bilamana seseorang yang beli rumah dapat kunci perkara yang akan mula difikirkan adalah kemas rumah. Kebanyakan orang menghadapi masalah tak tahu dari mana nak mula mengemas rumah untuk berpindah ke rumah baru.


Oleh itu, berpindah rumah kadang-kadang boleh menimbulkan rasa stress. Nak packing, nak organize, sewa lori, mohon pertolongan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Jom saya kongsi beberapa tips untuk mempermudahkan proses berpindah rumah.

1. Dapatkan kotak-kotak percuma dari kedai runcit. Biasanya pekedai akan longgokkan di hadapan kedai untuk dibuang, jadi minta kebenaran jer. Jimat, tak perlu beli kotak.
 

2. Ambil gambar cable/wayar barangan elektronik sebelum dicabut dan dimasukkan dalam kotak, nanti senang nak rujuk bila nak pasang balik.
 

3. Pakaian biarkan tergantung dengan hanger sekali, masukkan kesemuanya ke dalam plastik bag sampah hitam yang besar, balut elok-elok dan labelkan. Bila dah sampai nanti senang, buka dan gantung terus.
 

4. Asingkan satu kotak untuk simpan barang-barang kegunaan untuk keesokan harinya seperti beberapa baju, beberapa pinggan mangkuk, toiletries dan apa saja yang dirasakan perlu untuk kegunaan keesokan hari selepas berpindah. Tak perlu selongkar semua kotak untuk mendapatkannya.
 
5. Gunakan pinggan foam untuk packing pinggan-pinggan kaca.
 

6. Guna wrapper plastik untuk wrapkan almari berdrawer, biarkan barang-barang dan baju-baju di dalamnya, mudah bila dah sampai just buka plastic wrap saje.
 
7. Potong kotak dan buat 'separator' dan packkan segala gelas dan cawan.
 
8. Jangan campur aduk barangan bilik-bilik berbeza dalam kotak yang sama, nanti pening kepala nak susun balik.
 

9. Masukkan skru, bolts dan sebagainya ke dalam plastik ziplock dan labelkan, nanti nak pasang balik perabot tu senang sikit.
 
10. Potong tepi kotak bentuk segitiga untuk dijadikan 'handle' senang nak angkat kotak.
 
11. Gunakan gelung getah untuk elakkan pintu tertutup dan terkunci dari dalam. Senang nak keluar masuk.
 
12. Asingkan produk-produk bercecair untuk elakkan barang-barang basah kalau tertumpah.

Semoga info ini berguna dan selamat berpindah serta deko rumah baru.

Follow koleksi tips di: http://smarturl.it/DRKSKnahar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Ahad, 23 November 2014

Wallpaper vs Wallsticker

Siapa ada pasang wallpaper atau wallstiker kat rumah??

Sibuk jer saya ni kan nak tanya pasal rumah orang..jangan marah yer..harini saya nak cerita pasal perbezaan wallsticker dan wallpaper..

Ada sesiapa tahu tak apa beza dua benda ni??
Jom saya kongsikan...



Saya ni sebenarnya suka sangat wallpaper, sampai en suami cakap "sudah-sudah la tu dengan wallpaper". Tapi sepanjang saya ke kedai harga wallpaper boleh capai hampir 1k segulung pun ada. Satu gulung biasanya boleh cover 50 kakipersegi

Ini adalah antara contoh wallpaper:



Ini pula contoh wallsticker



Sekali pandang memang tak tau nak bezakan antara wallpaper dan wallsticker, tapi bila pegang memang ketara bezanya. Saya belum pernah cuba wallstiker,coraknya boleh tahan juga cantik, cuma ketahanan kurang sikit jika dibandingkan dengan wallpaper.

Ini wallpaper kat rumah saya:-


Yang ni ambil gambar kat facebook sebab gambar bilik tiada dalam simpanan

Gambar paling atas paling awal saya pasang..beli dan pasang upah orang. Tapi yang gambar kereta tu beli dan pasang sendiri.Susah sangat pasang walllpaper bagi yang takde pengalaman macam kami ni.Lebih baik upah orang saje.

Sekarang ni ada cara baru pulak mencantikkan dinding rumah iaitu Mural wall atau photo mural. Saya dah berkenan tapi belum beli lagi.Tunggu masa sesuai dan suami izinkan..:)

Jom  saya kongsi sikit contoh Photo Mural, bagi yang suka deco rumah boleh ambik idea..








Semuanya nampak cantik dimata saya, pilihan untuk bilik, ruang tamu dan semua sudut dirumah..

Jom cuba pada yang nak cuba..




Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee

Khamis, 20 November 2014

Idea Kabinet Dapur

Dua tahun lepas saya sibuk sangat dok mencari reka bentuk untuk kabinet dapur sebab nak masuk rumah baru. Setiap kali lalu jer kat depan kedai kabinet dapur mesti nak singgah sebab nak tengok design dan nak tahu harga. Jadi hari saya nak kongsikan design kabinet dapur yang cantik dimata saya.



Bagi yang suka mera

Simple tapi cantik

Tema Putih

Suka yang ni ada island.
Yang ni nampak ringkas

Hitam putih idaman saya-dry kitchen (bila ntah boleh buat)

Biru,nyaman jer memandang.

Yang ni pun ok bagi yang suka warna gelap.
Hijau pun menarik juga.

Pada sesiapa yang sedang mencari idea untuk buat kabinet dapur boleh ambik idea kat sini. Tapi sebelum tu kena tengok budget masing-masing sebab design beza harga pun beza. Sama juga dengan saiz dan material yang digunakan. Setiap kali pergi tengok, tuan kedai akan tanya saiz dan keluasan kabinet yang kita nak pastu boleh pilih material dan mereka akan bagi sebut harga pada kita. Macam-macam warna ada,boleh pilih ikut kesukaan masing-masing.





NINY FARIZA JUNOH 
CONTACT/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM:013-2240354