Sabtu, 10 Mei 2014

Asma @ Lelah


Pernah dengar pasal penyakit lelah tak?????? 
Kat sini saya nak kongsikan sikit info pasal asma...


Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan 

  1. Bersiul (wheezing
  2. Sesak nafas 
  3. Sukar untuk bersenam
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asma dikalangan Kanak2…
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.(sama macam my nephew masa kecik ada asma tapi Alhamdulillah sekarang dah ok).


Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.



Patogenesis
Masalah utama sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara.

Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis
serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh dunia; asma lebih biasa di kawasan penduduk ramai, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.

Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. 

Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk padat/ramai.

Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita

Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.

Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.

Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
Diagnosis
Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.
Langkah mengelak
  • Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
  • Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
  • Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
  • Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok.
Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda. 

Shaklee ada menawarkan set Asma tuk kanak2..

 NAK order leh contact Niny di FB Niny Fariza @page DR NF SUPPLEMENT SHOP @ 0132240354..yang mana2 yang anda rasa senang..nak hrga murah jom join jadi ahli dengan saya..harganya berbaloi2 MURAH dari yang bukan ahli...