Khamis, 29 Mei 2014

Ruam Lampin Bayi



Hilangkan Ruam Lampin Bayi. 

Entry ni nak cite pasal ruam lmapin kat bayi..


"Anak selesa, ibu gembira" 

Jika kita lihat dan rasa kulit bayi selepas lahir, putih mulus dan gebu bukan? Sudah tentu. Oleh kerana itu juga, kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Kerengsaan ialah satu keadaan dimana bayi rasa terganggu dan tidak senang. 

Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apa itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha. Siap sedia dengan segala macam ubat dan krim untuk rawatan Siap sedia dengan segala macam ubat dan krim untuk rawatan

Apa yang menyebabkan Ruam Lampin?
Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

1. Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

2. Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

3. Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor). Anak ceria jika tiada kerengsaan pada kulit Anak ceria jika tiada kerengsaan pada kulit

Antara gejala-gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah:

1. Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

2. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Petua penjagaan bayi yang terkena Ruam Lampin

1. Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

2. Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

3. Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

4. Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak “wool”, zink dan krim minyak kastor). 

5. Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

6. Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik.

7. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

8. Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.

9. Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Perkara yang perlu dielakkan

1. Jangan biarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.

2. Elak dari menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.

3. Jangan guna krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.

Saya pernah gunakan Zaricot tuk anak saya..



Selain Zaricot saya ada jugak guna Econazine


Tapiii lepas saya jadi SID SHAKLEE saya dah tukar produk tuk ruam lampin anak2..


kerana ianya lebih Selamat,Semulajadi dan Berkesan..

Korang pun boleh cuba..:)