Ahad, 11 Mei 2014

Penyakit dan Rawatan Kucing

Penyakit umum pada Kucing

Kucing Anda mungkin sakit kerana berbagai penyakit. Penyakit kucing boleh jadi biasa2 jer ataupun boleh menyebabkan kematian. Beberapa penyakit yang umum kucing ialah alergi,diabetes, alergi makanan, penyakit ginjal, penyakit hati (bila diamati macam sakit pada manusia jer kan), panleukopenia kucing, Feline Leukemia Virus (FeLV), Feline Immunodeficiency Virus (FIV) dan Feline Infectious Peritonitis (FIP).

1. Rabies
Rabies adalah infeksi virus yang ditularkan melalui gigitan hewan yang terinfeksi. Infeksi ini langsung mempengaruhi sistem saraf pusat. Kucing yang terinfeksi akan merasa demam dan berperilaku tak menentu. Beberapa gejala utama dari rabies kucing adalah berlebihan air liur, menggigit benda, pupil melebar, perubahan abnormal pada nafsu makan kucing, respon berlebihan terhadap setiap stimulus dan agresif,bererilaku kekerasan. Pada tahap terakhir, kucing dapat mengalami kelumpuhan dan gagal pernafasan, yang dapat mengakibatkan kematian.


Nak tau lebih detail leh lawat sini http://www.aspca.org/pet-care/cat-care/rabies

2. Feline Panleukopenia (FeP):
Hal ini juga dikenal sebagai distemper kucing. Pada penyakit ini, jumlah sel darah putih kucing menurun secara drastik. Keadaan  ini dapat mempengaruhi imuniti kucing. Akibatnya, kucing menjadi lebih senang mendapat infeksi. Simptom yang dapat dilihat adalah kehilangan nafsu makan, diarrhea dan muntah. Ini adalah penyakit dari virus yang sangat menular, yang diperolehi melalui hubungan dengan manusia, kucing yang telah dijangkiti, kaki, rambut dan mangkuk makanan.Ianya boleh menyebabkan kematian dalam 24jam.

nak tau lanjut leh lawat sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_panleukopenia


4. Feline Infectious Peritonitis (FIP):
Dalam banyak kes, FIP boleh menyebabkan kematian bagi kucing. Virus ini ada dalam dua bentuk seperti bentuk basah (melibatkan cairan perut) dan kering (tidak melibatkan cairan perut). Kedua bentuk FIP dapat menimbulkan gejala seperti lesu, demam, muntah diarrhea, dan kehilangan nafsu makan.

Lebih lanjut di http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_infectious_peritonitis

5. Feline Chlamydia(FeC):
Ini adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria  yang mempengaruhi kesihatan kucing.Bakteri ini menjangkiti mata kucing dan menyebabkan konjungtivitis. Gejala umum Chlamydia kucing adalah batuk, bersin, anoreksia, berhingus, radang paru-paru, masalah pernafasan, demam dan mata berair.

Nak tau lebih detail leh lawat sinihttp://healthypets.mercola.com/sites/healthypets/archive/2012/08/08/chlamydophila-in-cats.aspx

5. Feline Leukemia Virus (FeLV):
Hal ini mempengaruhi sistem kekebalan tubuh kucing dan dapat menimbulkan berbagai bentuk kanser dan penyakit lainnya.  Penyakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti dari  makanan, mangkuk air dan urin, feces dan air liur dari kucing yang terinfeksi dan dari ibu ke anak kucing dalam kandungan.


Nak tau lebih detail leh lawat sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_leukemia_virus

6. Parasit
Kucing yang terinfeksi oleh berbagai jenis parasit. Parasit luaran seperti kutu, tungau telinga ditemukan pada kulit atau bulu dan di telinga. Parasit ini dapat menyebabkan gatal. Beberapa parasit usus yang umum ditemukan pada kucing adalah round worm, kurap dan cacing pita. Koksidia, hidup dalam sel-sel lapisan usus kucing, dapat menyebabkan diarrhea, dehidrasi dan bahkan kematian, jika tidak dirawat.




Nak tau lebih detail leh lawat sini

http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_01/Awas-Jangkitan-parasit-kucing

http://www.vet.cornell.edu/FHC/health_resources/Parasite.cfm

7. Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD):


FLUTD adalah sekelompok penyakit yang berhubungan dengan sistem saluran kencing dalam kucing. kes ini boleh menyebabkan kencing berdarah dan frekuensi buang air kecil meningkat. Beberapa gejala umum dari FLUTD adalah sering buang air kecil, darah dalam urin dan ketidakmampuan untuk buang air kecil. Gejala yang terkait lain nafsu makan menurun, dehidrasi, muntah, murung dan boleh menyebabkan kematian.

Nak tau lebih detail leh lawat sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_lower_urinary_tract_disease

8. Diabetes
Banyak kucing menderita diabetes, yang merupakan gangguan endokrin. Gangguan ini sering terjadi pada kucing obes. Gejala diabetes kucing adalah pengambilan air yang bayak dan penurunan berat badan yang ketara walaupn makanan meningkat.


Nak tau lebih detail leh lawat sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Diabetes_in_cats



9. Penyakit Kulit

Penyakit Kulit pada kucing dibahagi kepada penyakit kulit disebabkan oleh infeksi luar, penyakit kulit keturunan dan dari internal infeksi. Beberapa penyakit kulit kucing yang paling umum adalah cheyletiellosis dan jerawat.
Alopecia disebabkan oleh penyakit umum, gangguan endokrin dan infeksi setempat. Penyakit ini menyebabkan hilangnya rambut,botak dan kulit merah atau keradangan. Cheyletiellosis disebabkan oleh tungau kulit. Ini adalah penyakit yang sangat meluas yang menyebabkan gatal yang berterusan. Hal ini dapat menyebabkan scaling dan pengelupasan kulit.


Nak tau lebih detail leh lawat sini
http://www.cat-world.com.au/common-skin-disorders-in-cats

Cara Pencegahan
Anda dapat melindungi kucing anda dari berbagai penyakit. Kebanyakan infeksi pada kucing seperti rabies, FIV, dan URI FIP dapat dicegah dengan vaksinasi. Untuk mencegah infeksi kulit dan parasit, Anda harus menjaga kulit kucing Anda bersih. Hindari berbagi mangkuk makanan kucing anda dengan kucing lain. Jika Anda melihat gejala dari setiap jenis infeksi pada kucing Anda, maka segera konsultasikan dengan Doktor Veterinar( saya la tu...Dr Niny Fariza). Infeksi ini dapat diubati dengan antibiotik yang dibenarkan mengikut preskrepsi oleh doktor anda. Dalam sebagian besar infeksi, kucing akan kehilangan selera makan. Namun, Anda harus membantu kucing Anda makan dan minum dalam jumlah yang cukup, sehingga rawatan berjaya supaya rawatan lebih efektif...................

Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit

Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan kelakuan yang berlainan dari waktu sihatnya. Reaksi, tabiat dan perangai yang berubah inilah yang dinamakan "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". 
Hilang Selera Makan
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinarian untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:
  1. Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
  2. Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
  3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
  4. Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
  5. Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
  6. Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).
  7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
  8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)
Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Jika ini berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
  1. Kucing demam.
  2. Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
  3. Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
  4. Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.
  5. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.
Susah Hendak Makan
Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Penurunan Berat Badan

Penurunan Berat Badan Kucing akan berlaku disebabkan 7 perkara:
  1. Parasit/Kutu
  2. Virus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex  - FELV)
  3. Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)
  4. Penyakit Hati. (Liver Disease)
  5. Kencing Manis. (Diabetes)
  6. Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)
  7. Stress
Muntah
Setakat pengetahuan teman, kucing akan muntah disebabkan 9 perkara:
  1. Gumpalan bulu. (Hairball)
  2. Makan terlalu cepat/gopoh.
  3. Makan benda yang tidak boleh dihadam.
  4. Kerapkali menukar diet/jenis makannannya.
  5. Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan.
  6. Infeksi/ Jangkitan penyakit
  7. Parasit/Kutu
  8. Racun
  9. Sebab-sebab lain. - ada beberapa perkara lain yang menyebabkan kucing anda muntah seperti penyakit-penyakit serius. Ini akan dihuraikan lagi didalam Penyakit-Penyakit Kucing.
Nota: Pastikan kucing anda tidak diberi makan sekiranya ingin membawanya berjalan jauh(travel). Kerana kucing akan muntah didalam kereta anda sekiranya diberi makan sejurus sebelum anda ingin memulakan perjalanan jauh. Ini dipanggil "Motion Sickness"

Darah didalam air kencing


Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya perkara buruk yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita jadi begini. Salah satu penyebab 'Hematuria' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)". Sekiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda, perlulah anda risau dan membawa kucing anda kepada veterinarian/klinik vetrinar yang terdekat dengan segera. 
Sukar membuang air kecil

Perkara ini hanya berlaku apabila kucing anda mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan usus kecil. Sebagai contoh, penyakit 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)'. Sukar membuang air kecil juga boleh menyebabkan  darah didalam air kencing. 

Demam
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau
penyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :
  1. Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak mempedulikan permainan kegemarannya.
  2. Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
  3. Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
  4. Menggigil. -  suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
  5. Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
  6. Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
    Dah lama tinggal dunia kucing hidup...setelah keje dengan kucing yang dah mati jer....huhu..

6 ulasan:

  1. Kaki kucing saya menjadi lembik di bahagian kanan sebelah hadapan dan bahagian kiri sebelah belakang..telah bawa ke vet..ekor juga tidak mampu digerakkan...vet telah suntik dan berikan pil...hingga hari ini masuk hari ke empat keadaan masih sama..malahan perut menjadi buncit... Apakah yang mampu untuk saya lakukan.... Saya risau ini berkaitan masalah saraf...

    BalasPadam
  2. Kucing saya mgalami mslh kulit..seolah2 ade kudis yg berair yg bhagian siku ke atas bg kedua2 belah tgn. Ada yg berbentuk bulat berair, ade yg bhagian lapisan kulot yg mbegkak seolah2 isi dagingnya dimakan oleh sesuatu tp x nampak ulat actually disitu dan berair. Ibarat daun dmkn ulat sedikit. Ape rawatan yg berbaik dan pnyakit ape ya nie doktor?

    BalasPadam
  3. salam kpd peminat2 haiwan terutama kucing.....nk tanya, smlm kucing saya mengiaw dngn kuat, bulunya kembang seperti ingin bergaduh, bdnnya lemah dan mengeluarkan air liur..sekrng nie nafasnya tercungap-cungap, bdn nya lemah....saya mengharapkan pencerahan pada tuan/puan dngn segera....td pergi jmpe doc, doc hanya bagi ubat air dan kami cuba memberinya air kelapa.....doc kata, kucing ni perlu x-ray altra sound.....

    BalasPadam
  4. saya ada masalah kucing setiap kali saya vaksin dan inject cacing 3in1 pasti kucing saya mngeluarkan najis bersama dgn darah.....perkara tu merisaukn saya...tp perkara tu sekali sekali aje berlaku....kucing saya dh 2kali inject vaksin,boleh ke sy tahu apa masalah kucing saya tu

    BalasPadam
  5. Kenpa kucing Saya x duduk die mcm garu2 bdn dia dkt lntai maaf x reti Nk terng

    BalasPadam
  6. Kenpa kucing Saya x duduk die mcm garu2 bdn dia dkt lntai maaf x reti Nk terng

    BalasPadam