Ahad, 30 November 2014

Tips Pindah Rumah

Tips Harian - Pindah Rumah


Bilamana seseorang yang beli rumah dapat kunci perkara yang akan mula difikirkan adalah kemas rumah. Kebanyakan orang menghadapi masalah tak tahu dari mana nak mula mengemas rumah untuk berpindah ke rumah baru.


Oleh itu, berpindah rumah kadang-kadang boleh menimbulkan rasa stress. Nak packing, nak organize, sewa lori, mohon pertolongan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Jom saya kongsi beberapa tips untuk mempermudahkan proses berpindah rumah.

1. Dapatkan kotak-kotak percuma dari kedai runcit. Biasanya pekedai akan longgokkan di hadapan kedai untuk dibuang, jadi minta kebenaran jer. Jimat, tak perlu beli kotak.
 

2. Ambil gambar cable/wayar barangan elektronik sebelum dicabut dan dimasukkan dalam kotak, nanti senang nak rujuk bila nak pasang balik.
 

3. Pakaian biarkan tergantung dengan hanger sekali, masukkan kesemuanya ke dalam plastik bag sampah hitam yang besar, balut elok-elok dan labelkan. Bila dah sampai nanti senang, buka dan gantung terus.
 

4. Asingkan satu kotak untuk simpan barang-barang kegunaan untuk keesokan harinya seperti beberapa baju, beberapa pinggan mangkuk, toiletries dan apa saja yang dirasakan perlu untuk kegunaan keesokan hari selepas berpindah. Tak perlu selongkar semua kotak untuk mendapatkannya.
 
5. Gunakan pinggan foam untuk packing pinggan-pinggan kaca.
 

6. Guna wrapper plastik untuk wrapkan almari berdrawer, biarkan barang-barang dan baju-baju di dalamnya, mudah bila dah sampai just buka plastic wrap saje.
 
7. Potong kotak dan buat 'separator' dan packkan segala gelas dan cawan.
 
8. Jangan campur aduk barangan bilik-bilik berbeza dalam kotak yang sama, nanti pening kepala nak susun balik.
 

9. Masukkan skru, bolts dan sebagainya ke dalam plastik ziplock dan labelkan, nanti nak pasang balik perabot tu senang sikit.
 
10. Potong tepi kotak bentuk segitiga untuk dijadikan 'handle' senang nak angkat kotak.
 
11. Gunakan gelung getah untuk elakkan pintu tertutup dan terkunci dari dalam. Senang nak keluar masuk.
 
12. Asingkan produk-produk bercecair untuk elakkan barang-barang basah kalau tertumpah.

Semoga info ini berguna dan selamat berpindah serta deko rumah baru.

Follow koleksi tips di: http://smarturl.it/DRKSKnahar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Sabtu, 29 November 2014

Praeklampsia



Praeklampsia

Pernah dengar pasal praeklampsia (pre-eclampsia)??

Ada yang pernah dengar dan mungkin juga tak pernah dengar...Seperti yang saya janjikan beberapa hari yang lepas saya akan kongsikan info pasal praeklampsia (dah seminggu sebenarnya). Jom sama-sama baca:-

Apa itu praeklampsia?
Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing. 

Ada seorang kawan di tempat kerjaku menghadapi masalah ini semasa mengandung. Sehingga kini dia masih menjadi rutin ke hospital kerana tekanan darahnya tidak stabil.

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?
Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.
Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
  • Berumur 40 tahun atau lebih;
  • Tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • Mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • Mengandung kembar or berganda;
  • Mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • Telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali. 

Bagimana mencegahnya?
Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia. 

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini.

Ada yang nak cuba SET HAMIL SHAKLEE dilengkapi dengan B complex,Ostematrix (kalsium), ESP, Vita-lea, Vitamin C dan OmegaGuard (promosi bulan Nov 2014).



Garam Epsom


Sumber Baby Center
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Jumaat, 28 November 2014

Toksin Dalam Hati



Bersihkan Toksin Dalam Hati

 

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman

Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.



Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Bahagian hati mempunyai sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.
Jadi, jom kita cuci semula hati kita dengan bahan-bahan mudah yang boleh diperolehi di dapur atau pun di pasar.

1. Air Lemon Suam

Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.

2. Bawang Putih

  Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati. Shaklee ada menawarkan GARLIC COMPLEX.

3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. Masa mula-mula perkenalkan makanan kepada Amaleen Qistina (anak saya nombor 3) buah Avocado adalah antara buah kegemaran dia. Rasanya sangat sedap tambah kalau buat Avocado Smoothies.

4. Cilantro / Coriander
 
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
 
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat. Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin. Masa dalam pantang biasanya mak akan sediakan air kunyit untuk saya..pernah cuba tak orang lain?? Shaklee ada tawarkan SET BERPANTANG.

Disamping bahan-bahan semulajadi ini, Shaklee juga ada menawarkan DTX complex juga dikenali sebagai Tonik hati. 

DTX complex bertindak dalam :-
  • Menolong memelihara aliran hempedu
  • Bahan-bahan botanical melindungi sel hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee merupakan ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli?? 

Khamis, 27 November 2014

Masalah Kulit berminyak

Ramai dikalangan kita menghadapi masalah kulit berminyak. Kulit berminyak akan mengundang masalah muka berjerawat. Jerawat terjadi disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat juga adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. 




Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya:
  1. Pemakanan
Makan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak malah kacang juga boleh mnyebabkan kulit berminyak.

Ihsan Google

  1. Hormon
Masalah hormon yang tidak stabil akibat stress, pil perancang, pain killer juga mengundang kepada masalah kulit. Biasanya golongan remaja adalah golongan yang sering mengalami masalah hormon yang tidak menentu.
  1. Faktor Cuaca
Cuaca panas akan menyebabkan kita mudah berpeluh. Peluh tersebut boleh menyebabkan kulit berminyak, tambahan pula bila kulit terdedah kepada sinar ultra ungu yang merbahaya menyebabkan  struktur kulit rosak.
  1. Penggunaan Kosmetik

Biasanya make up akan dipakai dari pagi hingga ke petang atau ada yang sampai ke malam. Memakai kosmetik terlalu lama, tambahan lagi kosmetik tersebut mempunyai minyak menyebabkan kulit berminyak.



Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak

  1. Minum air secukupnya
Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya kulit kita sentiasa mendapat air yang cukup dan sentiasa lembap. Bakteria mudah melekat ke atas kulit kering dan akhirnya mengeluarkan minyak.
  1. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet
Buah-Buahan dan sayuran-sayuran membantu mengawal minyak dalam kulit kita. Anda dinasihatkan jauhi makanan ringan, makanan bergula, mmakanan bergoreng dan berminyak.
  1. Amalkan moisturizer setiap hari
Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunaka moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.
  1. Gunakan toner wajah bebas alkohol
Gunakan toner yang bebas minyak dan bebas alkohol. Mengamalkan toner pada setiap hari membantu membuang kotoran dan minyak pada muka anda.Pilih toner yang pH nya seimbang.
  1. Basuh muka 2 kali sehari menggunakan Cleanser
Basuhlah muka supaya kesan-kesan peluh, bakteria dan minyak di muka sentasa dibersihkan. Untuk mendapatkan kesan pembersihan secara menyeluruh, basuh muka menggunakan cleanser 2 kali sehari. pilih cleanser yang berasaskan gel atau foaming cleanser dan bebas dari minyak. 
  1. Amalkan supplement
Pengambilan supplement secara konsisten juga boleh membantu memelihara kulit anda dari dalam. Anda boleh mengamalkan  B Complex, GLA Complex, Vitamin E dan ESP untuk masalah kulit berminyak.

B Complex membantu mengawal minyak pada kulit dan ia juga merupakan vitamin anti stressBagi yang mengalami masalah hormon,

GLA Complex adalah pilihan terbaik untuk membantu menstabilkan hormon anda

Vitamin E pula, merupakan vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit dari sinaran matahari dan sinaran ultra ungu, sebagai pelembap semulajadi kepada kulit.

Protein (ESP) pula boleh membantu menggantikan sel-sel mati kepada sel-sel yang baru. Protein dikatakan makanan paling asas kepada kulit kita. Kulit yang cukup nutrien menghasilkan kulit yang sihat dan segar.



Selamat mencuba kepada sesiapa yang menghadapi masalah ini.



Enfuselles juga boleh digunakan untuk kulit berminyak (kegunaan luar).


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee

Rabu, 26 November 2014

Unit ICU Haiwan

Biasa kita dengar ICU untuk manusia kan, harini saya nak cerita pasal ICU Haiwan. Dulu masa belajar kemudahan kami tak secanggih sekarang. Di University Veterinary Hospital (UVH),UPM terdapat unit ICU haiwan. Unit ICU adalah merupakan tempat dimana haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, burung atau reptilia mendapatkan rawatan.
Hospital veterinar juga ada menawarkan prosedur rawatan, layanan, wad dan bilik bedah sama seperti manusia. Selain dari ICU ada juga wad kuarantin, khidmat endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser dah sama macam manusia.



Ihsan Google

Ihsan Google- surgery

Ihsan Google -Small animal clinic

Ihsan Google-Large animal

Semasa saya belajar disana pernah mengendalikan kes kucing bermasalah tulang belakang. Setiap hari saya akan menjalankan terapi terhadap pesakit dimana ia akan berenang dalam air. Bila diingat semula seronok rasanya. Pengalaman itu saya tak kan dapat di tempat lain.


Sedikit maklumat mengenai UVH


- Ditubuhkan sejak 1975.
- Dinobatkan sebagai hospital veterinar terbesar di Malaysia dan memiliki peralatan tercanggih di Asia Tenggara.
- Premis barunya dilengkapi 11 bilik konsultasi termasuk rawatan kecemasan, bilik onkologi dan bilik oftalmologi.
- Wad Kucing boleh menampung 61 ekor haiwan kesayangan.
- Wad Anjing mampu menempatkan 22 anjing dalam satu masa.
- Wad ICU boleh memuatkan 15 pesakit kritikal.
- Wad Kuarantin mampu menempatkan 27 haiwan yang menghidap penyakit berjangkit.
- Terdapat enam bilik bedah dilengkapi peralatan terkini.
- Spesies haiwan besar boleh dirawat di bilik bedah khusus yang lebih luas.
- Kebanyakan haiwan besar seperti kuda, kambing, lembu dan khinzir dirawat di ladang ternakan.
- Selain rawatan, UVH turut menawarkan khidmat vaksinasi.
- Proses pengajaran dan pembelajaran di UVH disokong kepakaran perunding dan pegawai veterinar dari enam jabatan.
- Perkhidmatan ditawarkan termasuk pengesanan, rawatan penyakit, kesihatan kelompok, kawalan penyakit, ultra bunyi dan khidmat nasihat.
- Antara haiwan peliharaan yang biasa di bawa ke UVH ialah kucing, anjing, arnab, burung, reptilia dan haiwan eksotik.


Pada sesiapa yang mempunyai haiwan ternakan atau haiwan peliharaan boleh la berkunjung ke sini.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee

Selasa, 25 November 2014

Jom Nyahtoksin

Set Detox  Shaklee/ Set Nyahtoksin Shaklee 


Assalamualaikum semua,

Semua orang mesti pernah dengar atau baca pasal nyahtoksin kan..ada juga orang sebut Detok. Tapi sebelum tu apa pulak toksin ni kan.Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja ianya boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan sistem peredaran darah manusia, organ-organ penyaring (sistem hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.




Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah usia 30 tahun, bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya lemah atau gagal untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, ini akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan tubuh dan kulit. 

Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis, 
1. Eksotoksin (luar)
Iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestik seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. 

2. Endotoksin (Dalam) 
Ianya mungkin berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus. 

Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. 

Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia. Yang ni kita nampak bayangkan apa yang berlaku kepada dua organ utama dalam penyingkiran toksin iaitu ginjal dan hati jika toksin terlalu banyak.



Kaedah Penyingkiran Toxin

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi manusia normal. Gejala pembuangan najis yang tidak teratur amat berkaitrapat dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat ,kurang minum air kosong, kurang bersenam serta pengambilan ubat-ubatan.

Secara normal, proses pembuangan air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, berkemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. lebih membahayakan. Jika ianya tidak dikeluarkan maka ia akan diserap semula ke dalam badan. 

Apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan memperlihatkan pelbagai simptom seperti sakit kepala, sembelit atau kembung, nafas berbau, kelesuan, penglihatan kabur, ketidakstabilan emosi, selain masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya. 

Antara petanda lain, toksin berlebihan dalam badan ialah:

  • Susah bangun tidur dan bahagian keliling mata menjadi gelap. 
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. 
  • Banyak angin,
  • Alahan
  • Inflamasi pada sendi
  • Sinus
  • Berat badan meningkat selain menyebabkan kehadiran selulit.
  •  Terlalu curiga dengan kebersihan. 
  • Terdapat juga individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang.







Set Asas Detox Shaklee dapat membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.

  1. Alfalfa
  2. DTX Complex
  3. Herbalax
Nak cuba satu pun boleh nak ambil set pun boleh.
Paling kuat: DTX complex
Pertengahan: Herblax
Mild: Alfalfa

Jadi boleh pilih ikut kesesuaian.

Orang Merokok: Dtx complex
Orang ada jerawat batu, jerawat belakang: Herblax
Jerawat biasa: Alfalfa


Kebaikan:
  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati
  • Meningkatkan seri wajah
  • Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh





Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee