Memaparkan catatan dengan label DTX Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DTX Complex. Papar semua catatan

Jumaat, 28 November 2014

Toksin Dalam Hati



Bersihkan Toksin Dalam Hati

 

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. 

Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.



Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Bahagian hati mempunyai sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.
Jadi, jom kita cuci semula hati kita dengan bahan-bahan mudah yang boleh diperolehi di dapur atau pun di pasar.

1. Air Lemon Suam

Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.

2. Bawang Putih

  Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati. Shaklee ada menawarkan GARLIC COMPLEX.

3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. Masa mula-mula perkenalkan makanan kepada Amaleen Qistina (anak saya nombor 3) buah Avocado adalah antara buah kegemaran dia. Rasanya sangat sedap tambah kalau buat Avocado Smoothies.

4. Cilantro / Coriander
 
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
 
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat. Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin. Masa dalam pantang biasanya mak akan sediakan air kunyit untuk saya..pernah cuba tak orang lain?? Shaklee ada tawarkan SET BERPANTANG.

Disamping bahan-bahan semulajadi ini, Shaklee juga ada menawarkan DTX complex juga dikenali sebagai Tonik hati. 

DTX complex bertindak dalam :-
  • Menolong memelihara aliran hempedu
  • Bahan-bahan botanical melindungi sel hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee merupakan ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli?? 

Ahad, 25 Mei 2014

Tonik Hati


DTX Complex
  • Menolong memelihara aliran hempedu
  • Bahan-bahan botanical melindungi sel hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee merupakan ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal

Fungsi Hati:

1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Formulasi yang Dipaten Dalam DTX Complex Shaklee: 

Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)


  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema
Articok (Artichoke)


  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
Dandelion


  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jondis
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
Kunyit (Turmeric)
 
  • Mengandungi curcumin; bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
Reishi mushrooms (Ling zhi)

  • Membina imun -membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronchitis, sinustitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
Schizandra

  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.

Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada pada
Beberapa peneliti mengungkapkan, lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerusakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahwa lingkaran hitam di daerah mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah suatu tanda bahwa seseorang terserang penyakit hati.

Mata berwarna kuning

Mata yang berwarna putih jika Anda penderita penyakit hati akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar Anda harus segera memeriksakan diri ke dokter.

Perut menjadi buncit

Perut yang membesar tetapi tidak mengonsumsi banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Pasalnya, perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerusakan di hati.

Bau mulut yang menyengat

Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini terkait adanya kelebihan ammonia yang diproduksi dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu.