Memaparkan catatan dengan label Set Kesuburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Kesuburan. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

PCOS dan Kesuburan

Assalamualaikum semua...

Pernah dengar pasal PCOS tak??saya pun baru je dengar pasal singkatan ni..PCOS ni sebenarnya Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) diamana ianya mengancam kesuburan wanita Malaysia.



Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.


Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.


Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


Apakah simptom-simptom PCOS?


1- Ketidaktentuan/tiada ovulasi

2-Terdapat ciri2 "hyperthyroidism" melalui ujian klinikal atau ujian darah

3- Ultrasound menunjukkan kedua belah ovari terdapat cyst-cyst kecil

Komplikasi-komplikasi PCOS


1- Masalah/komplikasi masa pendek

  •   masalah kitaran haid tidak normal/terhenti
  • masalah hirsutism
  • masalah kesuburan/infertility
2- Masalah komplikasi masa panjang

  •  Obesiti
  • Masalah metabolic dan rintangan insulin kolestrol tinggi, sakit jantung
  • Diabetis jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
  • Darah tinggi
  • "Hyperplasia" dinding rahim boleh menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama


Apakah puncanya ? 

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.



Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.



Apa kata ANDA cuba tingkatkan kesuburan denagn supplement shaklee..tak salah untuk mencuba..Insya Allah moga ianya berkesan kepada yang menghadapai masalah kesuburan.


Nak dapatkan set ini??

Nak beli asing2 pun boleh..



Rabu, 4 Jun 2014

Tips cepat Hamil

Cara & Tips Cepat Hamil, Cepat Mengandung atau Mungkin Bunting Pelamin

Bunting pelamin ialah satu situasi di mana pengantin perempuan disahkan mengandung hanya pada percubaan pertama kali setelah sah bernikah sebagai pasangan suami isteri.

Apakah tips-tips agar dapat cepat mengandung.
  
 1.Jaga pemakanan dan diet


Mesti selalu dengar tentang asid folik kan. Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan folic acid untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.
  
  2.Makan vitamin


Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk “conceive”. Antaranya Vitamin E, Zinc,  Copper, Panthothenic acid, Potassium, Vitamin A,  Vitamin C, Vitamin D, Thiamin B6,Riboflavin  dan Niacin

  3.Mempunyai berat badan ideal

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, overweight” atau lebih teruk lagi “obese”, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai high blood pressure dan diabetes banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap obesiti.
   
   4.Detoks (Bahasa Inggeris: Detox)

Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. Luangkan masa melawat farmasi berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar. Jumpa dietitian untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita.
   
   5.Lakukan hubungan intim dengan kerap

Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.
   
   6.Ketahui waktu subur atau ovulasi

Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan. Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Boleh Google Ovulation Calendar Tool untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid untuk waktu yang tepat.

  7.Jumpa doktor pakar

Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Biasanya doktor akan melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan checkup juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.
   
   8.Pastikan posisi seks yang betul

Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung.
  
   9.Elakkan tekanan

Walaupun stress itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.

  10.Jauhi rokok

Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.

  11.Kurangkan kafein (Caffeine)

Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain. Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.

  12.Berdoa pada Allah

Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah.

Dari maklumat diatas dapat disimpulkan bahawa vitamin penting tuk memastikan kehamilan boleh berlaku.

Shaklee ada menawarkan Set Kesuburan yang membantu mereka yang memerlukanya..

Set Isteri:
  1. ESP
  2. Alfalfa
  3. GLA
Set Suami:
  1. Vitamin E 
  2. Zinc
Ada yang dah berjaya...anda yang tengah berusaha mendapatkan zuriat boleh mencubanya..



Rabu, 7 Mei 2014

Testimoni

Testimoni Produk Shaklee..

susah sungguh nak yakin orang dengan produk SHAKLEE ni..jadi kat sini saya kumpulkan testimoni2 pelaggan yang guna shaklee..

Ternyata ianya BERKESAN, SELAMAT & SEMULAJADI...



Testimoni 1



Testimoni 2 



Testimoni 3



 Testimoni 4



Testimoni 5

Lepas ni lebih banyak testimoni yang akan menyusul...jangan lepaskan peluang...

JOM 

hubungi saya di 0132240354 @ di FB Niny Fariza @ Page DR NF SUPPLEMENT SHOP lau nak cuba produk shaklee..lau nak jadi ahli pun boleh...