Memaparkan catatan dengan label Lecithin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lecithin. Papar semua catatan

Isnin, 29 Disember 2014

Makanan Laut Cerdaskan Anak.

Fakta pemakanan membuktikan bahawa makanan laut kaya dengan khasiat yang diperlukan untuk pertumbahan dan perkembangan sihat dan cerdas anak. Kandungan proteinnya yang tinggi sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka. Fakta paling menarik apabila dikatakan, dengan makan makanan laut ia boleh meningkatkan kecerdasan anak.
Makanan laut mengandungi protein sebanyak 15%, lemak 15% dan vitamin mineral 5%, ia juga terkenal mengandungi Omega 6, Omega 9 dan asid amino essensial yang boleh membantu perkembangan optima seorang anak.

Makanan yang termasuk dalam kategori makanan laut adalah ikan, udang, sotong, rumpai laut dan ketam.  Makanan laut juga baik untuk membantu sistem pencernaan anak. Oleh itu ibu disarankan memperkenalkan makanan laut kepada anak sejak awal lagi. Kandungan protein yang tinggi dalam makanan laut digunakan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan anak.
Tidak hairanlah jika anak yang gemar makan makanan laut sejak usia kanak-kanak akan memiliki ketinggian badan lebih optima berbanding anak yang tidak makan makanan laut. Makanan laut juga membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan protein yang dimiliki mudah dihadam.
Selain kandungan protein yang tinggi, makanan laut juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan jantung. Menurut fakta pemakanan, kandungan lemak tidak tepu yang ada dalam makanan laut tinggi dan boleh mencegah masalah jantung koroner.
Selain daripada itu, fakta menarik yang mesti diketahui iaitu makanan laut mengandungi taurin yang juga terdapat dalam susu ibu. Taurin diperlukan bayi untuk pertumbuhan sarafnya dan mencerdaskan minda. Kandungan taurin yang tinggi boleh diperoleh daripada kerang dan ketam.  Makanan laut membantu pembentukan otot dan menjaga keseimbangan metabolilsme badan.

Bagi kanak-kanak Shaklee ada menawarkan set untuk kanak-kanak:



  1. Omega Guard
  2. Mealshake
  3. Lecithin
  4. Vitamin C Chewable   




Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang alahan dengan makanan laut boleh cuba produk ini.Kandungan nutrisi yang cukup untuk perkembangan anak anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Selasa, 18 November 2014

Risiko Bayi C-section

Bayi C-Section Berisiko Mengalami Obesiti



Sebut pasal obesiti teringat seorang kawan, dimana dia pergi ke sebuah seminar mengenai obesiti. Dia ada cerita bahawa seorang “mat salleh” ada bertanya pasal penduduk malaysia mempunyai peratus rakyat yang obes yang tinggi. 

Obesiti adalah merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Kalau dilihat bayi yang tembam macam seronok untuk dipegang namun begitu bila tembam berpanjangan risau pulak jadi obes/gemuk nanti.

Satu kajian yang mengaitkan cara bayi dilahirkan dengan kebarangkalian mengalami obesiti telah dikeluarkan oleh akhbar Daily Mail. Satu kajian yang diketuai oleh Dr Jan Blustein daripada New York University, School of Medicine mendapati bayi yang dilahirkan secara C-section dua kali ganda berisiko mengalami berat badan berlebihan apabila remaja.

Terdapat kajian statistik mengenai obesiti ni. Rekod kesihatan 10,000 kanak-kanak di Britain menunjukkan kanak-kanak 1 tahun yang dilahirkan secara pembedahan adalah 83% lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan.Satu kajian yang menjejaki tahap kesihatan jangka panjang 14,000 kanak-kanak yang dilahirkan pada awal 1990-an pula menunjukkan bayi kelahiran Caesar secara purata 63gram lebih ringan. Tetapi apabila mencecah 6 minggu, mereka lebih berat secara konsisten walaupun faktor lain seperti berat ibu dan tempoh menyusu badan diambil kira.

Biasanya dengar bayi lahir pramatang yang awalnya kecik bila dah cecah 6 bulan kadar pembesaran meningkat. Rupanya ada kajian untuk bayi C-section juga.

Antara punca kenaikan berat:

Assistant Professor Susanna Y. Huh daripada Harvard Medical School melaporkan ia mungkin dikaitkan dengan bagaimana kelahiran memberi kesan kepada populasi bakteria dalam usus bayi.

Dalam tahun pertama, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan didapati mempunyai kuantiti bakteria Firmicutes tinggi. Kajian menunjukkan bakteria ini boleh mempengaruhi berat: orang dewasa yang mengalami obesiti mempunyai Firmicutes yang lebih berbanding bakteria lain dan kajian pada tikus mendapati mengurangkan kuantiti Firmicutes dapat mengurangkan risiko peningkatan berat pada haiwan tersebut.

Bayi yang dilahirkan melalui faraj juga terdedah kepada mikrob-mikrob pada faraj ibu. Kemungkinan lain, antibiotik yang digunakan semasa pembedahan Caesar juga mempengaruhi populasi pepijat pada isi perut bayi yang boleh mempengaruhi berat badan bayi.

Berat badan ideal dan BMI

Memandangkan bentuk badan kanak-kanak yang berbeza, tidak ada berat badan ideal yang dapat diberikan mengikut umur. Cara terbaik adalah mengira BMI atau body mass index yang dapat memberikan gambaran samada berat kanak-kanak sesuai dengan ketinggiannya.
Berbeza dengan orang dewasa, bagi kanak-kanak, beratnya dibandingkan dengan tinggi, jantina dan umur. Hasil BMI bagi kanak-kanak dikenali sebagai ‘BMI centile’.

Empat kategori BMI ialah:
• Berat sihat – BMI antara 5th dan 85th persentil
• Berisiko obesiti – antara BMI 85th dan 95th persentil
• Obesiti – BMI pada atau melebihi 95th persentil

Formula pengiraan BMI = Berat dalam kg / (tinggi x tinggi dalam cm)


• Terkurang berat – BMI kurang daripada 5th persentil

Cara hidup sihat kanak-kanak



Bagi mendapatkan berat badan ideal, bantu mereka mengamalkan cara hidup sihat. Inilah masa terbaik kerana mereka lebih mudah menjadikannya tabiat.

Aktif setiap hari
Pastikan anak-anak beraktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang sihat fizikal dapat memberikan tumpuan lebih baik di sekolah. Tutup TV dan biarkan mereka beraktiviti di luar rumah.

Air kosong
Jadikan air kosong sebagai penghapus dahaga. Jika perlukan khasiat buah-buahan, berikan buah-buahan segar berbanding jus. Tinggalkan minuman soda yang menyebabkan kanak-kanak mengambil lebihan sebanyak 200 kalori sehari.

Sayuran dan buah-buahan
Memakan buah-buahan dan sayuran setiap hari dapat membantu anak-anak membesar serta menambahkan tenaga dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Sediakan 2 hidangan buah dan 5 hidangan sayuran setiap hari.

Makan di rumah
Makan di luar mendedahkan anak-anak kepada pilihan yang tidak sihat. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang makan di rumah lebih menggemari sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang makan seharian di restoran.

Sarapan
Sebaiknya pastikan anak-anak mengambil sarapan yang tinggi protien dan serat serta rendah gula.


Kadang-kadang susah bagi ibu bapa mengawal dan memastikan semua cara hidup diatas. Macam anak-anak saya tak suka sayur dan buah-buahan juga tak gemar sangat makan. Saya memberi mereka makanan tambahan agar nutrisinya mencukupi.








Nak cuba apa yang saya senaraikan diatas?



Nak saya belikan untuk anda??




Jumaat, 23 Mei 2014

Lecithin

Lecithin

Apakah Lecithin?

    • Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi)
    • Ia membantu badan menyerap nutrien larut leemak seperti vitamin A,D,E,K, Beta Caretone.
    • Boleh didapati dari tisu binantang dan tumbuhan (plant).
    • Untuk commercial purpose ianya didapati dari telor, jagung dan kacang soya.
    • Sebagai Fat Emulsifier – Metabolisma Lemak.



Perbezaan Shaklee:

Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


Manfaat Utama Lecithin Shaklee :

  • Menyerap vitamin yang larut-lemak
  • Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut-lemak.
  • Melindungi Hati- Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolesterol-Lecithin bertindak sebagai pembersihan salurdarah. Pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelangsingan -Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit- Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salurdarah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress. Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.




Siapa yg harus menggunakan lecithin?

Untuk mereka yg ingin menurunkan berat badan


  • Sangat sesuai bagi mereka yg ingin menurunkan berat badan.
  • Untuk warga emas lecitihn amat diperlukan bagi mereka yg uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit2 yg biasa dialami oleh orang tua. mengurangkan berlakunya masalah pembuluh tersendat yg menyebabkan punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
  • Untuk penghadamanlecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yg dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.
  • Untuk sel lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan2 lemak dari makanan ke sel2. choline dan lecithin menguatkan selaput sel2 neuron dan semua sel2 tubuh badan kita.
  • Untuk kesihatan kadiovaskular (sistem jantung)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “fat emulsifier” di mana ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.  
  • Ia amat mujarab sekiranya di ambil bersama2 omega dan fiber.

Pengambilan Lecithin Shaklee:

Untuk pemeliharaan kesihatan:
2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)


Untuk pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak:
 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan) 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh