10 Amalan Harian Untuk Kurus.
Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh
dilakukan dalam
kehidupan seharian anda.
1. Jadikan air masak
sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh
kegemaran anda. Tapi
selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan
bukannya air
jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata
orang ramai minum
hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air
jus/manis/berkarbonat/tin.
Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo
tambahan kepada berat
badan!
2. Makan 5-6 hidangan
kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan
mereka akan makan
kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh,
jika anda
membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu
sebelum ke tempat
kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan
makan banyak ketika
waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan
insulin yang mengawal
kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.
3. Berjalan
sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah
masa berjalan kaki
dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke
tempat kerja,
menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda
berjalan lebih jauh
dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir
kenderaan anda jauh
sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap
hari, anda boleh
mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun
tanpa perlu
bersusah-payah dan tanpa anda sedari
4. Perbanyakkan warna
biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan
warna biru dalam
hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati
warna biru
menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam
pinggan biru, pakai
baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru.
Dalam masa yang
sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan
kerana warna tersebut
didapati membuka selera!
5. Buang pakaian
besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati
(tahniah!), pastikan anda
sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh
itu. Secara
psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru
jika berat badan anda
bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda
mengekalkan berat baru badan
anda sekarang..:)
6. Gunakan pinggan
yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan
anda maka lebih
banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan
sebenar anda. Untuk itu,
gunakan pinggan yang lebih kecil.
7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan
untuk kanak-kanak
sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang
makan bijirin sarapan
sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang
risiko obesiti dan
diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk
sarapan. Bijirin ini
juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang
lemak.
8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan
hanya kerana bosan,
memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan
pelbagai sebab lagi
kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan
apabila perut anda sudah
mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan
sejenis makanan
tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa
sahaja jika anda
benar-benar lapar.
9. Makan dengan
tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit
berbanding perut
untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk
menikmati hidangan
makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat
kepada anda untuk
berhenti bila tiba waktunya.
10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan
atau minum jus
buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan
memberi lebih kepuasan
dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna
anda akan kurang
makan makanan lain sepanjang hari.
Untuk kesan yang lebih cepat ANDA boleh cuba set kurus dari SHAKLEE...
- BAKAR - Lecithin@ Omega guard
- BUANG - Alfalfa @ Herbalax
- BINA - Cinch @ESP
I
Pilihan ditangan ANDA