Memaparkan catatan dengan label Set Berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Berpantang. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mei 2015

Penjagaan Luar dan Dalam Wanita Berpantang



Setiap wanita yang bakal bergelar ibu perlu perlu memastikan penjagaan kesihatan diri mereka luar dan dalam sementelah lagi jika sudah bergelar ibu.  Ia penting untuk memastikan badan kembali segar dan sihat semula agar dapat menjaga bayi tapa sebarnag masalah. Selain melakukan urutan dan mandi herba, ibu juga perlu mengambil beberapa sumber makanan yang berkhasiat untuk membantu badan kembali kekal segar.



Antara makanan yang mampu membantu ibu-ibu sentiasa segar dan cergas adalah:-


Madu


  • Madu antara bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kesihatan. Ia sesuai untuk ibu selepas bersalin kerana madu mengandungi anti bakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baharu dan membaiki sel yang rosak.
  • Biasanya selepas bersalin, ibu mudah berasa letih. Minum madu dapat memberi tenaga tambahan dengan segera kerana kadungan glukos dan fruktosa di dalamnya. Ia juga membantu menambah darah dan selera makan.
  • Paling menyeronokkan, madu dikatakan dapat membantu mengurang dan mengawal kolesterol kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.


Halia



  • Membantu menghadamkan makanan dan mengelakkan sembelit.
  • Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
  • Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum.
  • Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimakan atau diminum.


Serai wangi


  • Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.
  • Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit.
  • Aroma daun tersebut apabila direbus umpama terapi dan dapat menghilangkan rasa stres.
  • Memanaskan badan yang rasa sejuk.


Sirih


  • Sebagai bahan pencuci pada bahagian vagina bagi merawat keputihan untuk wanita. Menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bakteria.
  • Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin.
  • Membantu menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap.
  • Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.



Selain dari makanan diatas ibu-ibu juga boleh menggunakan supplemen untuk membantu ibu-ibu agar sentiasa cergas.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh
 Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
 Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
 COD area: Ipoh

Rabu, 25 Mac 2015

Tips kurangkan sakit jahitan episiotomi



Sebut pasal episiotomi mesti rasa ngeri (termasuk la saya). Bagi yang pernah ada pengalaman melaluinya, ia adalah pengalaman yang tak akan dilupakan.

Bagi yang tidak mengetahui apa itu episiotomi jom ambil tahu lebih lanjut apa itu Episiotomi??

Episiotomi adalah prosedur melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung. Bagi yang menuggu masa untuk melahirkan mesti rasa risaukan, Bagi penndapat saya perkara macam ni jangan difikir sangat, bila kontraksi berlaku redah. Bagi yang mengandung anak pertama asas episiotomi perluu ambil tahu supaya tidak terkejut.


Ia adalah merupakan proses yang tidak menyakitkan (pandangan berbeza-beza mungkin ada yang rasa sakit, bagi say tak sakit sebab fikiran lebih kepada nak melahirkan anak). Walaupun episiotomi tak sakit, dugaan semasa pihak hospital menjahit luka adalah mimpi ngeri bagi saya (sakit proses menjahit bagi saya, tambah lagi kalau lama proses menjahit tu berlaku). 

Proses pemulihan luka episiotomi juga terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar (kes ini bergantung kepada individu). Bagi saya anak pertama memang rasa sukar sebab takde pengalaman. Nak ke bilik air untuk pertama kalipun rasa sangt takut. Bila anak kedua dah jadi alah bisa tegal biasa. Masuk anak ketiga lepas bersalin terus nak jalan (nurse marah suruh duduk atas kerusi roda).


Walaubagaimanapun, kini episiotomy tidak lagi menjadi sebahagian dari rutin proses bersalin. Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh. Apatah lagi ia meningkatkan kesakitan perineal sepanjang tempoh berpantang, menimbulkan masalah ketika membuang air besar jika episiotomi di garisan tengah dilakukan dan menyebabkan masalah tumpah darah (post-partum hemorrhage).


Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi iaitu :


*Bahu bayi tersekat.

*Bayi bersaiz besar.

*Otot perineal yang keras dan tidak anjal.

*Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.

*Timbul masalah stress kepada bayi ketika proses meneran.


Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi


     1.      Mandi air suam dapat membantu. Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.



     2.      Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 mnit sekali atau dua kali sehari supaya ‘pengudaraan’ berlaku.



     3.      Jika sakit untuk duduk, gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.



    4.      Gunakan pad gel dingin. Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.



     5.      Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.



    6.      Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Ia dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.



     7.      Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Ia berkesan untuk menyembuhkan luka dengan segera.



     8.      Berjalan sekerap mungkin juga membantu peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.



     9.      Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam jika terlalu sakit.



   10.  Jika sakit dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana dibimbangi luka anda terkena jangkitan kuman.
    
   Anda boleh mencuba set berpantang SHAKLEE untuk membantu luka cepat cepat sembuh dan badan lebih segar.
   Pengalaman saya melahirkan anak ketiga dengan kesihatan yang baik dengan izin ALLAH.


 Nak cuba boleh contact saya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Ahad, 18 Januari 2015

Petua Berasaskan Sayur-Sayuran



Harini saya nak kongsi kebaikan yang ada pada sayur-sayuran kat dapur kita. Banyak fungsi sayur-sayur tersebut untuk kesihatan dan kecantikan. Penjagaan kesihatan dan kecantikan diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Telah sedia maklum, sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalan makan banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita sangat bagus. Jom lihat petua-petua berasakan sayur-sayuran didapur anda.

Kubis


Bagi yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.

Bayam

Jika anda ada masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Daun salad

Ia dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Kacang panjang

Jika ada masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.


Sawi

Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi  yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari. 




 

Selamat menjadikan petua ini sebagai amalan.

^_______^


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Ahad, 11 Mei 2014

Tips Tambah Susu Badan Ibu



7 Tips Menambah Susu Badan Ibu Agar Banyak & Pekat 


Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. 


Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya.


Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini. Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai punca yang dikhuatiri mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah. Oleh itu, kenalpasti punca susu badan anda merudum dan cari penyelesaiannya segera demi bayi tersayang. 


Di sini saya senaraikan beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh para ibu untuk menambah susu badan. 


1. Bertenang


Ya, anda perlu bertenang. Tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu terganggu. Ramai yang tidak sedar akan perkara ini, namun anda perlu tahu bahawa semasa anda bertenang, tindakbalas hormon akan meneutralkan dan membantu dalam pengeluaran susu. Tak percaya? Cubalah! Anda boleh cuba buat begini. Semasa memerah atau menyusukan bayi, cuba bayangkan perkara yang indah-indah. Contohnya, mengimbas kembali kenangan manis bersama suami atau orang tersayang. Bayangkan detik-detik perkenalan dan percintaan kalian sehingga membawa hingga ke jinjang pelamin. Anda juga boleh mengangankan percutian yang diimpikan seperti bercuti di pulau peranginan yang mendamaikan dan sebagainya. Selain itu, alunan muzik atau mendengar ayat-ayat al-quran juga bisa membantu anda untuk bertenang. Akhir sekali, yang paling mudah boleh dipraktikkan ialah, semasa memerah susu, bayangkan wajah dan keletah bayi anda yang comel itu. Ini pasti sangat membantu dalam pengeluaran susu anda. Anda pasti teruja melihat susu mengalir laju ketika memerah susu. Banyakkan membaca buku & menimba ilmu Pastikan diri sentiasa positif


2. Positif


Ramai ibu yang gusar tentang penghasilan susu badan mereka. Para ibu panik apabila susu yang dipam semakin hari semakin berkurangan. Bayi yang disusukan pula sering merengek dikhuatiri tidak cukup susu. Bagaimana dan kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah mindset. Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Setiap fikiran atau idea yang dijana oleh otak akan dihantar ke anggota badan yang lain untuk bertindak. Sebagai contoh, perut yang berkeroncong kelaparan akan menghantar isyarat ke otak lalu otak akan menjana sesuatu idea untuk membolehkan perut diisi. Kemudian otak akan menghantar isyarat ke anggota badan yang lain sama ada untuk memasak atau membeli sesuatu untuk dimakan. Demikianlah juga perihal menyusu ini. Berfikiran positiflah wahai ibu sekalian. Apabila anda berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu anda. Sentiasalah berfikir bahawa susu badan anda cukup untuk si comel. Lega hati ini bila dapat perah susu untuk si manja Perah dan simpan susu sebaiknya.


3. Memahami maksud supply and demand

Apa itu supply and demand? Para ibu perlu tahu bahawa lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan supply and demand. Susukanlah bayi anda sekerap mungkin. Bayi seharusnya disusukan mengikut kehendak mereka. Tiada waktu dan jumlah susu yang tetap untuk seseorang bayi. Perut bayi sangat kecil semasa lahir dan susu yang diperlukan juga memadai untuk perut mereka. Susu yang dihasilkan oleh payudara anda sebenarnya cukup untuk bayi anda mengikut umurnya. Jadi jangan bimbang jika bayi kerap merengek walaupun sudah menyusu beberapa kali. Naluri bayi ingin selalu didakap dan dibelai terutamanya oleh ibu mereka. Adakalanya bayi yang merengek bukan mahu menyusu tetapi hanya inginkan bau ibu serta sentuhan kulit ke kulit (skin contact) yang menenangkan mereka. Mereka akan mudah terlena di dalam dakapan ibu. Salah satu hikmahnya menyusukan bayi iaitu dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Bermula dari dalam rahim bayi dikendong oleh ibu dan setelah lahir mereka masih ingin berasa selesa seperti di dalam kandungan. Maka dakaplah bayi anda dan berikanlah anak anda susu pada bila-bila masa yang mereka mahu. Selain mendapat khasiat dari susu ibu, bayi juga akan gembira dan tidak meragam.


4. Memerah susu badan

Para ibu yang bekerja dan menghantar bayi mereka untuk dijaga oleh pengasuh perlu memerah susu badan untuk diberi kepada bayi semasa ketiadaan ibu. Susu perahan disimpan dengan baik di dalam peti sejuk sebagai stok. Latihlah diri anda memerah susu badan sejak di dalam pantang lagi. Buatlah stok seawal yang boleh. Ibu yang bekerja disarankan agar memerah susu di tempat kerja. Ambillah sedikit masa untuk memerah susu sama ada menggunakan pam ataupun tangan. Buatlah satu jadual memerah yang ringkas untuk membantu anda dalam proses penyusuan ini. Perahlah susu secara konsisten. Set jam penggera jika perlu. Jadual memerah ini sangat membantu khususnya kepada ibu yang berkerjaya. Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula susu selepas diperah. Selain dari ibu yang bekerja, surirumah juga digalakkan memerah dan menyimpan stok susu kerana jika berlaku kecemasan terhadap si ibu, bayi masih mendapat susu ibu. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Simpanan untuk susu perahan sangat penting Label susu perahan ibu


5. Kosongkan payudara

Satu lagi cara yang disarankan untuk ibu menyusu ialah sentiasa mengosongkan payudara. Apa yang dimaksudkan dengan mengosongkan payudara adalah kerap menyusukan bayi atau memerah susu badan. Payudara tidak seharusnya dibiarkan membengkak dipenuhi susu. Malah jika payudara membengkak, ibu akan dikhuatiri mendapat demam secara tiba-tiba. Jika payudara kosong, susu akan dihasilkan semula dengan lebih cepat dan kembali memenuhi payudara. Sebaliknya, payudara yang penuh dan membengkak akan menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan. Untuk lebih mudah difahami, lebih banyak ruang kosong di kantung payudara, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Semakin lambat payudara dikosongkan, semakin kurang potensi susu akan dihasilkan. Satu cara yang cepat untuk mengosongkan payudara ialah dengan memerah susu pada bahagian sebelah payudara semasa bayi menyusu pada payudara sebelah lagi dengan menggunakan pelbagai kaedah yang ibu selesa. Contohnya, bayi menyusu di payudara kanan, manakala payudara di sebelah kiri diperah menggunakan pam elektrik. 'Supplement' seperti vitamin dapat membantu cepat hamil dan mengandung Cari vitamin yang sesuai


6. Makanan perangsang susu badan (milkbooster)

Susu ibu yang pekat adalah susu yang paling berkualiti dan mengenyangkan bayi walaupun kuantitinya sedikit. Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, para ibu perlu menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian. Makanan perangsang susu badan ini lebih terkenal dengan nama milkbooster. Terdapat pelbagai sumber makanan dan minuman yang boleh bertindak sebagai milkbooster. Setiap ibu akan berlainan milkbooster yang diperlukan bergantung kepada kadar hormon masing-masing. Anda perlu mencuba beberapa jenis makanan atau minuman dan menilai tahap penghasilan susu badan anda kemudiannya. Jika anda merasakan payudara seakan cepat penuh, berkemungkinan apa yang diambil sebelum itu merupakan milkbooster anda. Setiap ibu biasanya mempunyai lebih dari satu milkbooster. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan (supplement) dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang terdapat di pasaran sebagai perangsang susu badan. Biasanya para ibu yang sibuk akan mengambil makanan tambahan untuk membantu dalam penghasilan susu badan. Walaubagaimanapun, anda digalakkan mengambil milkbooster semulajadi kerana ianya lebih selamat dan menjimatkan. Carilah milkbooster anda dan nikmatilah hasilnya. 


7. Banyakkan minum air masak

Kita tidak dapat menyangkal bahawa air merupakan elemen penting dalam sistem tubuh badan manusia. Minumlah air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 3 liter sehari. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan. Kurangnya air di dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi. Air juga diperlukan dalam proses perkumuhan. Badan yang kekurangan air akan mudah dijangkiti penyakit kerana bahan toksik tidak dapat dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan. Amalkan minum air kosong lebih banyak. Minum secara kerap dalam kuantiti yang sedikit akan lebih efektif untuk mencapai target 3 liter sehari. Jadikan air kosong sebagai teman rapat anda seperti juga anda membawa telefon bimbit dan kad pengenalan anda ke serata tempat. Bawalah bekal air minuman ke pejabat dan letakkan di atas meja atau di tempat yang mudah dilihat. Nescaya alasan lupa atau tiada air minuman tidak boleh digunapakai lagi selepas ini.


Kesimpulan

Demikian beberapa cara yang dapat dikongsi kepada para ibu untuk membantu dalam menambah susu badan. Semoga saranan yang disenaraikan ini dapat memberi manfaat kepada anda demi mengekalkan kuantiti dan kualiti susu badan untuk bayi comel anda. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Kesimpulannya, pokok pangkalnya ialah usaha oleh para ibu sekalian. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Setelah pelbagai usaha dilakukan, bertawakallah dan panjatkanlah doa kepada yang Maha Berkuasa. Semoga bayi yang disusui dilimpahkan rezeki untuknya membesar dengan sihat dan sempurna. Sesungguhnya semua ibu pasti menginginkan yang terbaik untuk bayi mereka. Tanamkanlah azam untuk menyusukan bayi secara eksklusif sejak mengandung. Insyaallah proses penyusuan anda akan dipermudahkan. 

jadi kat sisni saya nak suggest set menyusu SHAKLEE...

Set Budget (ESP & ALFALFA)

atau

Set Lengkap berpantang(ESP,alfalfa,Vit C,Vita Lea,Omega Guard,B complex& Ostematric)

 Macam leh pm kat FB Niny Fariza
Page DR NF Supplement Shop
0132240354