Ahad, 25 Mei 2014

CoQHealth Plus

CoQHealth Plus Shaklee Suplement Terbaik Untuk Jantung


Jantung merupakan organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya. "(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung kita. Kita rasa bertuah kerana kini Shaklee berjaya menghasilkan suplement terbaik untuk jantung.

Kita semua tahu serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Salah satunya mengamalkan CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung.



 
Mari kita berkenalan dengan CoQHealth Plus
CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.

Apakah peranan Co enzim Q10?

Co Enzim Q10  boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti  didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Ianya paling banyak didapati di organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. Peranan Co Enzim Q10 adalah:


·menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
·bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
·melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.
·membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah  yang menyalurkan darah ke jantung

Kebaikan utama Co enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dan menemui ajal. 

Kebaikan Co-enzim Q10





Kebaikan lain  Co enzim Q10 adalah ia dapat mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.


Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Kebaikan CoQHealth Plus Shaklee
·menyokong pengeluaran tenaga dalam jantung
·menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan kolestrol 'jahat'
·membantu menambah dan mengekalkan tahap Co enzim Q10 dalam darah
meningkatkan tenaga dan stamina diri


Perbezaan CoQHealth Plus Shaklee.






Jantung merupakan komponen paling berharga dalam tubuh kita.