7 Tips Menambah Susu Badan Ibu Agar Banyak & Pekat
Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa
hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan.
Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti
sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya
beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu
dengan sendirinya.
Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan
merasai keadaan ini. Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu.
Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah
kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai
punca yang dikhuatiri mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat
dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah. Oleh itu, kenalpasti
punca susu badan anda merudum dan cari penyelesaiannya segera demi bayi
tersayang.
Di sini saya senaraikan beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh
para ibu untuk menambah susu badan.
1. Bertenang
Ya, anda perlu
bertenang. Tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu terganggu. Ramai
yang tidak sedar akan perkara ini, namun anda perlu tahu bahawa semasa anda
bertenang, tindakbalas hormon akan meneutralkan dan membantu dalam pengeluaran
susu. Tak percaya? Cubalah! Anda boleh cuba buat begini. Semasa memerah atau
menyusukan bayi, cuba bayangkan perkara yang indah-indah. Contohnya, mengimbas
kembali kenangan manis bersama suami atau orang tersayang. Bayangkan
detik-detik perkenalan dan percintaan kalian sehingga membawa hingga ke jinjang
pelamin. Anda juga boleh mengangankan percutian yang diimpikan seperti bercuti
di pulau peranginan yang mendamaikan dan sebagainya. Selain itu, alunan muzik
atau mendengar ayat-ayat al-quran juga bisa membantu anda untuk bertenang.
Akhir sekali, yang paling mudah boleh dipraktikkan ialah, semasa memerah susu,
bayangkan wajah dan keletah bayi anda yang comel itu. Ini pasti sangat membantu
dalam pengeluaran susu anda. Anda pasti teruja melihat susu mengalir laju
ketika memerah susu. Banyakkan membaca buku & menimba ilmu Pastikan diri
sentiasa positif
2. Positif
Ramai ibu yang gusar tentang penghasilan susu badan mereka.
Para ibu panik apabila susu yang dipam semakin hari semakin berkurangan. Bayi
yang disusukan pula sering merengek dikhuatiri tidak cukup susu. Bagaimana dan
kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah mindset. Otak merupakan organ
utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Setiap fikiran atau idea yang dijana
oleh otak akan dihantar ke anggota badan yang lain untuk bertindak. Sebagai
contoh, perut yang berkeroncong kelaparan akan menghantar isyarat ke otak lalu
otak akan menjana sesuatu idea untuk membolehkan perut diisi. Kemudian otak
akan menghantar isyarat ke anggota badan yang lain sama ada untuk memasak atau
membeli sesuatu untuk dimakan. Demikianlah juga perihal menyusu ini. Berfikiran
positiflah wahai ibu sekalian. Apabila anda berfikiran positif, otak akan menghantar
isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan
melancarkan pengeluaran susu anda. Sentiasalah berfikir bahawa susu badan anda
cukup untuk si comel. Lega hati ini bila dapat perah susu untuk si manja Perah
dan simpan susu sebaiknya.
3. Memahami maksud supply and demand
Apa itu supply and demand? Para ibu perlu tahu bahawa lebih
banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Inilah yang
dimaksudkan dengan supply and demand. Susukanlah bayi anda sekerap mungkin.
Bayi seharusnya disusukan mengikut kehendak mereka. Tiada waktu dan jumlah susu
yang tetap untuk seseorang bayi. Perut bayi sangat kecil semasa lahir dan susu
yang diperlukan juga memadai untuk perut mereka. Susu yang dihasilkan oleh
payudara anda sebenarnya cukup untuk bayi anda mengikut umurnya. Jadi jangan
bimbang jika bayi kerap merengek walaupun sudah menyusu beberapa kali. Naluri
bayi ingin selalu didakap dan dibelai terutamanya oleh ibu mereka. Adakalanya
bayi yang merengek bukan mahu menyusu tetapi hanya inginkan bau ibu serta
sentuhan kulit ke kulit (skin contact) yang menenangkan mereka. Mereka akan
mudah terlena di dalam dakapan ibu. Salah satu hikmahnya menyusukan bayi iaitu
dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Bermula dari dalam rahim bayi
dikendong oleh ibu dan setelah lahir mereka masih ingin berasa selesa seperti
di dalam kandungan. Maka dakaplah bayi anda dan berikanlah anak anda susu pada
bila-bila masa yang mereka mahu. Selain mendapat khasiat dari susu ibu, bayi
juga akan gembira dan tidak meragam.
4. Memerah susu badan
Para ibu yang bekerja dan menghantar bayi mereka untuk
dijaga oleh pengasuh perlu memerah susu badan untuk diberi kepada bayi semasa
ketiadaan ibu. Susu perahan disimpan dengan baik di dalam peti sejuk sebagai
stok. Latihlah diri anda memerah susu badan sejak di dalam pantang lagi.
Buatlah stok seawal yang boleh. Ibu yang bekerja disarankan agar memerah susu
di tempat kerja. Ambillah sedikit masa untuk memerah susu sama ada menggunakan
pam ataupun tangan. Buatlah satu jadual memerah yang ringkas untuk membantu
anda dalam proses penyusuan ini. Perahlah susu secara konsisten. Set jam
penggera jika perlu. Jadual memerah ini sangat membantu khususnya kepada ibu
yang berkerjaya. Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula
susu selepas diperah. Selain dari ibu yang bekerja, surirumah juga digalakkan
memerah dan menyimpan stok susu kerana jika berlaku kecemasan terhadap si ibu,
bayi masih mendapat susu ibu. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Simpanan untuk susu perahan sangat penting Label susu perahan ibu
5. Kosongkan payudara
Satu lagi cara yang disarankan untuk ibu menyusu ialah
sentiasa mengosongkan payudara. Apa yang dimaksudkan dengan mengosongkan
payudara adalah kerap menyusukan bayi atau memerah susu badan. Payudara tidak
seharusnya dibiarkan membengkak dipenuhi susu. Malah jika payudara membengkak,
ibu akan dikhuatiri mendapat demam secara tiba-tiba. Jika payudara kosong, susu
akan dihasilkan semula dengan lebih cepat dan kembali memenuhi payudara.
Sebaliknya, payudara yang penuh dan membengkak akan menyebabkan penghasilan
susu semakin berkurangan. Untuk lebih mudah difahami, lebih banyak ruang kosong
di kantung payudara, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Semakin lambat
payudara dikosongkan, semakin kurang potensi susu akan dihasilkan. Satu cara
yang cepat untuk mengosongkan payudara ialah dengan memerah susu pada bahagian
sebelah payudara semasa bayi menyusu pada payudara sebelah lagi dengan
menggunakan pelbagai kaedah yang ibu selesa. Contohnya, bayi menyusu di
payudara kanan, manakala payudara di sebelah kiri diperah menggunakan pam
elektrik. 'Supplement' seperti vitamin dapat membantu cepat hamil dan
mengandung Cari vitamin yang sesuai
6. Makanan perangsang susu badan (milkbooster)
Susu ibu yang pekat
adalah susu yang paling berkualiti dan mengenyangkan bayi walaupun kuantitinya
sedikit. Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, para ibu perlu
menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian. Makanan
perangsang susu badan ini lebih terkenal dengan nama milkbooster. Terdapat
pelbagai sumber makanan dan minuman yang boleh bertindak sebagai milkbooster.
Setiap ibu akan berlainan milkbooster yang diperlukan bergantung kepada kadar
hormon masing-masing. Anda perlu mencuba beberapa jenis makanan atau minuman
dan menilai tahap penghasilan susu badan anda kemudiannya. Jika anda merasakan
payudara seakan cepat penuh, berkemungkinan apa yang diambil sebelum itu
merupakan milkbooster anda. Setiap ibu biasanya mempunyai lebih dari satu
milkbooster. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan
(supplement) dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang terdapat di pasaran
sebagai perangsang susu badan. Biasanya para ibu yang sibuk akan mengambil
makanan tambahan untuk membantu dalam penghasilan susu badan. Walaubagaimanapun,
anda digalakkan mengambil milkbooster semulajadi kerana ianya lebih selamat dan
menjimatkan. Carilah milkbooster anda dan nikmatilah hasilnya.
7. Banyakkan minum air masak
Kita tidak dapat menyangkal bahawa air merupakan elemen
penting dalam sistem tubuh badan manusia. Minumlah air sekurang-kurangnya 8-10
gelas atau 3 liter sehari. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan
proses pengeluaran susu badan. Kurangnya air di dalam badan akan menyebabkan
kulit menjadi kering terutamanya kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses
memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi. Air juga diperlukan
dalam proses perkumuhan. Badan yang kekurangan air akan mudah dijangkiti
penyakit kerana bahan toksik tidak dapat dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan.
Amalkan minum air kosong lebih banyak. Minum secara kerap dalam kuantiti yang
sedikit akan lebih efektif untuk mencapai target 3 liter sehari. Jadikan air
kosong sebagai teman rapat anda seperti juga anda membawa telefon bimbit dan
kad pengenalan anda ke serata tempat. Bawalah bekal air minuman ke pejabat dan
letakkan di atas meja atau di tempat yang mudah dilihat. Nescaya alasan lupa
atau tiada air minuman tidak boleh digunapakai lagi selepas ini.
Kesimpulan
Demikian beberapa cara yang dapat dikongsi kepada para ibu
untuk membantu dalam menambah susu badan. Semoga saranan yang disenaraikan ini
dapat memberi manfaat kepada anda demi mengekalkan kuantiti dan kualiti susu
badan untuk bayi comel anda. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Kesimpulannya,
pokok pangkalnya ialah usaha oleh para ibu sekalian. Bak kata pepatah, di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Setelah pelbagai usaha dilakukan,
bertawakallah dan panjatkanlah doa kepada yang Maha Berkuasa. Semoga bayi yang
disusui dilimpahkan rezeki untuknya membesar dengan sihat dan sempurna.
Sesungguhnya semua ibu pasti menginginkan yang terbaik untuk bayi mereka.
Tanamkanlah azam untuk menyusukan bayi secara eksklusif sejak mengandung.
Insyaallah proses penyusuan anda akan dipermudahkan.
jadi kat sisni saya nak suggest set menyusu SHAKLEE...
Set Budget (ESP & ALFALFA)
atau
Set Lengkap berpantang(ESP,alfalfa,Vit C,Vita Lea,Omega Guard,B complex& Ostematric)
Macam leh pm kat FB Niny Fariza
Page DR NF Supplement Shop
0132240354