Memaparkan catatan dengan label Mealshake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mealshake. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2015

Asma


Setiap ibubapa yang mempunyai anak yang menghidap asma mesti selalu risau. Kawan ditempat kerja ada yang terpaksa mengambil emergency leave bilamana anak dia diserang asma. Memang simpati melihat anak menangis setiap kali terpaksa mengenakan nebulizer. Ada juga sampai ke tahap muka anak dah jadi biru. Ngeri saya mendengar kisah ibu yang ada anak menghidap asma. 

Kepada sesiapa yang tak pasti apa itu asma jom tambah ilmu. Sedikit info mengenai asma saya kongsikan disini:-


Gejala asma

- Batuk (pada waktu malam atau cuaca sejuk)

- Susah bernafas

- Nafas berbunyi

- Dada berasa ketat dan tegang



Cara mencegah serangan asma

- Peka penyebab utama asma

- Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama

- Jauhi perokok

- Ambil ubat pencegah sekerap mungkin

- Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru



KATEGORI RAWATAN

- Ubatan kawalan asma jangka panjang


Cara rawatan:

- Pam sedutan Corticosteroid

- Pengubah leukotriene (molekul pencegah keradangan)

- Beta agonis (LABAs) yang bertindak untuk jangka panjang

- Teofilin (ubat dalam terapi rawatan pernafasan)

- Gabungan antara pam sedut yang mengandungi kedua-dua Cortisteroid dan LABA



Ubatan yang memberi kelegaan cepat (ubatan mengelak gejala bertambah buruk)

- Beta agonis yang bertindak dalam jangka pendek seperti albuterol

- Ipratropium (Atrovent)

- Oral dan Cortisteroid menerusi intravena (untuk serangan lelah serius)



Ubatan untuk alahan disebabkan asma

Ia diambil secara kerap atau bila diperlukan untuk mengurangkan tahap sensitif tubuh terhadap sebatian penyebab alahan (alergen)



Cara rawatan:

- Suntikan alahan (imunoterapi)

- Omalizumab (Xolair)

Pada pendapat saya mencegah lebih baik dari mengubati. Apa kata cuba set dibawah.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Sabtu, 21 Februari 2015

Perlukah Suplemen Untuk Anak




Semua ibubapa mahu yang terbaik untuk anak-anak. Ianya termasuk la aspek pemakanan, pemakaian dan juga pembelajaran.Biasanya bila anak-anak yang sedang membesar tidak ada selera makan, ibubapa sibuk belikan suplemen yang dikatakan mampu merangsang selera makan si anak. Saya juga memberikan supplemen untuk anak-anak saya. 

Benarkah anak-anak perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka mengambil makanan berkhasiat semula jadi. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik.

Oleh itu penting untuk ibubapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka. Kini terdapat pelbagai pilihan produk makanan dijual di pasaran sama ada yang mengandungi khasiat semula jadi atau produk yang langsung tiada khasiat untuk si kecil.

Sebaiknya kanak-kanak sedang membesar patut diberi makan lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan (yang ini memang anak-anak saya suka).

Jika anda ada terfikir untuk memberikan anak-anak makanan tambahan, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian.

  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan tanpa anda sedari.
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai dan selamat untuk mereka.
  1. Makanan tambahan seperti vitamin hanya diberikan bila anak-anak perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak anda kelak.
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang diberi kepada mereka mengandungi spektrum nutrusi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka.

Vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak:

Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.
Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.
Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.
Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.
Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

Bagi anak-anak yang mengambil pola pemakanan  yang seimbang makanan tambahan mungkin tidak kritikal. Namun jika pola pemakanan yang tidak seimbang makanan tambahan sangat penting. Boleh cuba Mealshake ataupun ambil set anak pintar.






Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Selasa, 30 Disember 2014

10 Kebaikan Mealshake

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. 

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya. 

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak. 

10 kebaikan yang ditawarkan oleh mealshake adalah:-

1. Mengekalkan tenaga sepanjang hari. 

2. Pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.



3. Kekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan.

4. Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. Saya amalkan bagi pada anak no 3,alhamdulillah berkesan untuk dia. Tiada lagi sembelit yang menyeksakan dia.

5. Meningkatkan tahap keprihatinan/fokus dan memlihara sistem saraf.



6. Menyeimbangkan cecair badan dan membantu agar anak kurang rasa letih.

7. Memelihara kesihatan gusi, gigi dan kulit serta menentang infeksi kuman.

8. Memulihara kesihatan mata. Bagi saya ini amat penting untuk kanak-kanak.

9. Membantu kesihatan dan perkembangan tulang untuk tumbesaran.


10. Membantu untuk pembinaan sel darah merah dengan kehadiran iron dan B12 dalam mealshake.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fad966a3f8fc7a538c1edd9aa5c22fd5


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
 Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli?? 

Isnin, 29 Disember 2014

Makanan Laut Cerdaskan Anak.

Fakta pemakanan membuktikan bahawa makanan laut kaya dengan khasiat yang diperlukan untuk pertumbahan dan perkembangan sihat dan cerdas anak. Kandungan proteinnya yang tinggi sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka. Fakta paling menarik apabila dikatakan, dengan makan makanan laut ia boleh meningkatkan kecerdasan anak.
Makanan laut mengandungi protein sebanyak 15%, lemak 15% dan vitamin mineral 5%, ia juga terkenal mengandungi Omega 6, Omega 9 dan asid amino essensial yang boleh membantu perkembangan optima seorang anak.

Makanan yang termasuk dalam kategori makanan laut adalah ikan, udang, sotong, rumpai laut dan ketam.  Makanan laut juga baik untuk membantu sistem pencernaan anak. Oleh itu ibu disarankan memperkenalkan makanan laut kepada anak sejak awal lagi. Kandungan protein yang tinggi dalam makanan laut digunakan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan anak.
Tidak hairanlah jika anak yang gemar makan makanan laut sejak usia kanak-kanak akan memiliki ketinggian badan lebih optima berbanding anak yang tidak makan makanan laut. Makanan laut juga membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan protein yang dimiliki mudah dihadam.
Selain kandungan protein yang tinggi, makanan laut juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan jantung. Menurut fakta pemakanan, kandungan lemak tidak tepu yang ada dalam makanan laut tinggi dan boleh mencegah masalah jantung koroner.
Selain daripada itu, fakta menarik yang mesti diketahui iaitu makanan laut mengandungi taurin yang juga terdapat dalam susu ibu. Taurin diperlukan bayi untuk pertumbuhan sarafnya dan mencerdaskan minda. Kandungan taurin yang tinggi boleh diperoleh daripada kerang dan ketam.  Makanan laut membantu pembentukan otot dan menjaga keseimbangan metabolilsme badan.

Bagi kanak-kanak Shaklee ada menawarkan set untuk kanak-kanak:



  1. Omega Guard
  2. Mealshake
  3. Lecithin
  4. Vitamin C Chewable   




Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang alahan dengan makanan laut boleh cuba produk ini.Kandungan nutrisi yang cukup untuk perkembangan anak anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Khamis, 25 Disember 2014

Cara Perkenalkan Makanan Pepejal Kepada Bayi

"Bulan depan Amaleen dah 6 bulan..boleh la mula bagi makanan pejal kat dia"

Biasa tak dengar atau hadapi sendiri situasi begini?
Keterujaan mama/ibu/mak memperkenalkan makanan kepada bayi yang sudah mula makan makanan pejal kadang kala melebihi had yang sepatutnya. Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran hendak diberikan kepada bayi dalam masa yang serentak.(ianya perlu mengikut jadual yang sepatutnya)
Sebaiknya, ibu jangan terburu-buru memperkenalkan semua jenis makanan kepada bayi. Walaupun anak anda kelihatan berselera merasa makanan yang disuap tetapi ia bukan bermaksud anda boleh memberikan dia semua jenis makanan.
Pemberian makanan awal kepada bayi mesti disesuaikan dengan tahap usianya. Bayi usia enam hingga sembilan bulan yang baharu diperkenalkan kepada makanan pejal sepatutnya diberi makan puri buah-buahan dan puri sayur-sayuran terlebih dahulu.

Makanan bayi mengikut umur


Apabila dia semakin menghampiri ulang tahun pertamanya, baharulah boleh diperkenalkan kepada makanan pejal yang bervariasi tetapi mesti yang bertekstur lembut.
Mengapa kita perlu memperkenalkan makanan mengikut tahap perkembangan bayi dan usianya? 

Kerana mudah bagi kita untuk mengenal pasti sekiranya bayi mempunyai sebarang alahan terhadap makanan yang diberikan.

Jadual untuk perkenalkan makan pejal pada bayi
Mengikut peraturan pakar pemakanan, sebaiknya perkenalkan satu jenis buah dan sayuran dalam masa beberapa hari kepada bayi anda. Contohnya, ibu boleh memberikan pisang kepada bayi selama dua hari berturut-turut. Ini kerana alahan terhadap makanan hanya boleh dikesan selepas dua hingga tiga hari dia makan makanan tersebut. 

Semakin meningkat usia bayi (12 bulan ke atas), ibu boleh mula memperkenalkan bubur nasi yang dicampur dengan sayur, daging, ayam atau ikan (dikisar). Bahkan ibu juga boleh mula memperkenalkan makanan jejari seperti lobak merah, kacang buncis, brokoli yang direbus atau biskut bayi. Kelebihan pemberian makanan jejari iaitu boleh melatih kemahiran bayi memegang makanan dan merangsang pertumbuhan giginya.

Untuk makanan tambahan apabila bayi berusia setahun keatas boleh cuba Mealshakes.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??