Jumaat, 30 Mei 2014

Pam Susu di Pejabat

Entry kali ni nak kongsi pasal pam susu di pejabat. Sekarang ramai wanita yang bekerja demi membantu kelurga dari segi kewangan. Kerja bukan halangan untuk seorang ibu memberikan susu ibu kepada anaknya.

Sedikit maklumat untuk ibu yang bekerja tapi masih mahu mneruskan pemberian susu ibu kepada bayi.

Perkara asas yang korang perlu ada ialah:
  1. Pam susu 

   
 2.Cooler bag
 3. Ice pack
 4.Plastik /botol susu


Kepada ibu yang memerah susu di pejabat, anda boleh terus menyimpan susu perahan di dalam “cooler bag”jika tiada peti ais di pejabat. Jangan risau kerana susu perahan yang disimpan di dalam “cooler bag” yang terdapat pek ais akan bertahan selama 24 jam. 

Walaubagaimanapun, tempoh yang ideal ialah lebih kurang 8 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan pek ais anda. Ini adalah kerana pek ais yang semakin mencair dan akan berubah suhunya. Pek ais dicipta sesuai dengan purata waktu bekerja normal iaitu 8 jam. Jika anda sering bekerja lebih masa, letakkan pek ais lebih banyak dari biasa untuk mengekalkan suhu di dalam “cooler bag” anda. 

Simpanan untuk susu perahan sangat penting. Susu yang baru diperah boleh bertahan selama 3 hingga 4 jam di dalam suhu bilik. Manakala susu beku yang sudah dicairkan di bahagian peti ais boleh disimpan selama 24 jam. Selepas memanaskan susu perahan, berikan kepada bayi anda terus atau dalam masa 3 jam selepas dipanaskan. 

Semoga berjaya menyusukan bayi korang selama 2 tahun.

psssst Shaklee ada jugak tawarkan Set menyusu yang asas


atau boleh ambik yang lengkap...maklum la kan lau dah keje ni stress lak kang nanti susu merundum so set lengkap berpantang ini memang sesuai..