Resdung
Apa itu Resdung ?
Resdung (sinusitis) adalah
radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu
frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Tanda-Tanda Resdung
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Punca Resdung
- Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit
(demodex) dan kutu.
- Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai
penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan
pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan
dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti
tahu tahap kesakitannya.
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh
tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang
mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang
hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko
untuk mendapat resdung adalah tinggi.
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan
resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh
merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian
kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga
sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus)
merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
- Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di
air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan
mengakibatkan penyakit ini.
- Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata.
Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti
otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh
keturunannya.
Petua Mencegah Resdung
- Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah
seperti kucing dan arnab.
- Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat
daripada bulu binatang.
- Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau
anda amalkan minum sup panas.
Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
- Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya
makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Shaklee juga ada menawarkan set untuk resdung bagi membnatu anda yang mengalami masalh ini...selamat mencuba...
Set vitamin Shaklee untuk pesakit resdung
:
- Vitamin C
- B Complex
- Alfalfa Complex