Entry yang lepas sya cite pasal kucing so entry yang ni saya nak cite pasal kambing...:)
Baka-baka Kambing
Baka-baka
kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai tubuh badan
yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing
kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing
susu.Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan
susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.
Berikut ini
dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu
dan manusia:
Jenis
susu
|
Air
|
Lemak
|
Protin
|
Gula
|
%
Abu
|
Ibu
|
87.8
|
3.8
|
1.2
|
7.0
|
0.2
|
Lembu
|
87.3
|
3.7
|
3.3
|
4.8
|
0.7
|
Kambing
|
87.6
|
4.1
|
3.7
|
4.7
|
0.7
|
Disini saya
lampirkan sedikit baka2 kambing yang boleh diguna untuk tujuan pemeliharaan:
Kambing
Boer
Asal usul
Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai
ia mempunyai gen pool dari pelbagai
baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots
dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India,Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk)
dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud
‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah
ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan
pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer
mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa). Beranak3 kali dalammasa2 tahun dan cepat matang-biasanya6
bulan
Berat
Lahir
|
Berat
Dewasa
|
Jantan
: 6.6 kg
|
Jantan:
110 – 135 kg
|
Betina:
4.8 kg
|
Betina:
110 - 100 kg
|
Kambing
Kacang (Katjang)
Kambing kacang
dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan
untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek
dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi.
Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka
kelihatan lurus dan tirus.
Leher adalah
pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata
ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang
kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok
putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing
ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari
dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan
Berat
Lahir
|
Berat
Dewasa
|
Jantan
: 1.6 kg
|
Jantan:
25 – 30 kg
|
Betina:
1.8 kg
|
Betina:
20 – 25 kg
|
Jamnapari
Kambing jenis
Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk
ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk
membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran
daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang
cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
Badan adalah
lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke
atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher.
Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.Kambing jenis ini
telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing
tempatan.
Berat Lahir
|
Berat
Dewasa
|
Jantan:
3 - 4 kg
|
Jantan:
68 – 91 kg
|
Betina:
3 - 4 kg
|
Betina:
36 -63 kg
|
Anglo
Nubian
Baka Anglo
Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka
Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah
sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh
digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar
dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis
ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata
ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai
tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat
kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap
atau kombinasi warna-warna tersebut.
Pengeluaran
susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan
250 - 300 kg bagi satu laktasi.
Berat
Lahir
|
Berat
Dewasa
|
Jantan:
3.5 kg
|
Jantan:
70 - 85 kg
|
Betina:
3.9 kg
|
Betina:
55 - 70 kg
|
Kambing
Kacukan
Kambing kacukan
adalah hasil dari perkahwinan kambing katjang dan baka-baka luar negeri seperti
Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh
mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan
kambing yang dilihar di kampung-kampung adalah kambing kacukan, 40% dari jumlah
kambing di negara ini ialah kambing katjang.
Rupa bentuk
biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri
sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 - 25
kg dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat
badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir
adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.
Berat
Lahir
|
Berat
Dewasa
|
Jantan:
3.0 kg
|
Jantan:
18-251 kg
|
Betina:
2.3 kg
|
Betina:
15-20 kg
|
Kambing
Saanen
Kambing ini
berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau
krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya
lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan
ke depan. Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk didapati
pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini.
Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250
hari, (purata 800 kg).
Berat
Lahir
|
Berat
Dewasa
|
Jantan:
3.0 kg
|
Jantan:
68 - 91 kg
|
Betina:
3.3 kg
|
Betina:
36 - 63 kg
|