Jumaat, 9 Mei 2014

Makanan Bahaya



Makanan Untuk Ibu Mengandung/Hamil Yang Dilarang. 



1. Alkohol

Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan stok di dalam peti ais. Ingat, pengambilan alkohol oleh ibu hamil akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Pembuangan alkohol oleh badan sangat lambat prosesnya.





2. Rokok
Apa perasaan anda apabila melihat ibu mengandung yang merokok?. Namun ada ibu mengandung yang hanya pentingkan keseronoka diri sendiri. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.


 

3. Minuman berkafein (Caffeine)

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan lain-lan lagi juga dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung.


4. Pil dan ubat-ubatan

Selalu kita dengar,kalau mengandung, boleh makan Panadol ke tak eh?. Untuk jawapan sebegini, sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit. Perlu diingat, ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sekali lagi diingatkan, sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama. 
 



5. Gula

Sedangkan orang yang sihat dilarang menggunakan gula berlebihan, apatah lagi ibu mengandung. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya. Tak dapat bayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar.
 

6. Raksa (Mercury)

Semasa di sekolah menengah dahulu, mungkin kita pernah nampak raksa. Dalam konteks ini, ia adalah raksa yang didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti shark-fin, tuna, mackerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi. Pastikan makanan betul-betul masak.

 


7. Makanan mentah atau tidak cukup masak

Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ia adalah merbahaya. Pengambilan makanan mentah akan yang tidak cukup masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih. 
  

Shaklee turut menawarkan set untuk wanita hamil 
Saya ambil set ni anak yang ketiga...

 @

Nak cuba leh contact saya ya 0132240354