Arini sy nak cite pasal diabetes...info ni sy google jer. Memang bagus info yang diberkan ni. Mungkin leh bantu kita kesan penyakit diabetes lebih awal. Jom baca
Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang
terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka
menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh
itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk
mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.
Terdapat dua jenis diabetes Jenis 1 (Type 1) dan
Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah
dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah
kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu
menyuntik diri sendiri dengan insulin.
Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah
bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak
bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan
tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.
Tidak semua orang akan mengalami semua gejala
berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai
orang yang menghidapi Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana
tanda-tanda awalnya kurang ketara. Doktor boleh melakukan ujian yang mudah
untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi
anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.
10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
1.
*Paras gula darah tinggi*
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah
anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan,
tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap
gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
2.
*Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam *
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan
dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang
berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum
tidur. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda
bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa
anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas
badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga. Ia adalah
cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan
bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
3. *Hilang berat badan secara tiba-tiba*
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan
kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan.
Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan
yang sihat. Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam
sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan
lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
4.
*Sentiasa rasa lapar *
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai
insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa
tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam
darah untuk kadang-kadang jatuh. Apabila tahap gula dalam darah menurun secara
tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa
untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
5.
*Luka lambat sembuh*
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku
kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam
urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu
penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
6. *Keletihan dan cepat marah*
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi
kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik
air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia
mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat
sesiapapun cepat marah.
7.
*Terdedah kepada jangkitan kulat *
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan
yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda
mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan
jangkitan kulat yang lain.
8.
*Penglihatan kabur*
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia
mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Walabagaimanapun
ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau
hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang
panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
9. *Sensasi
pada tangan dan kaki *
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak
pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh
kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi
terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
10.
*Kulit merengsa*
Ini boleh
menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti
/acanthosis nigricans/. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi
gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan
insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
Tapi ada satu lagi situasi bilamana wanita mengandung akan ada mengalaminya....jom baca pasal diabetis gestasi lak...jom tambah ilmu..
Tapi ada satu lagi situasi bilamana wanita mengandung akan ada mengalaminya....jom baca pasal diabetis gestasi lak...jom tambah ilmu..
Apakah pulak
itu diabetis gestasi?
Kencing manis semasa hamil juga
dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang
dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil
diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana
saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk
diagnosis diabetis gestasi adalah ujian
toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang
berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara
minggu ke-24
dan minggu ke-28
kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

- keletihan;
- dahaga yang terlampau;
- membuang air kecil dengan banyak;
- penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
Apakah
kesan kencing manis pada kehamilan saya?
Ini bergantung kepada bagaimana anda
menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini
merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah
yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan
berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
- Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
- dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
- anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
- keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
- keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.
Bagaimana
diabetis gestasi dirawat?
Dalam kebanyakan kes, anda boleh
merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam.
Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam
darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam
mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang
yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin
tanpa lemak dan lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus
kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet
dan senaman,
dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam
darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara
untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Adakah
saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
Anda akan diperiksa sebelum anda
meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis
juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang
didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia
ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa
kehamilan.
Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.
Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.
Jika
saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya
menghidapinya lagi?
Sesetengah wanita yang biasa
menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza
– antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa
yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?
Jika anda mempunyai kencing manis
dan merancang untuk hamil, ambil asid folik
tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil
dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.
Masa mengdung dulu pengalaman yang paling tak suka sebab kena minum air gula sebab history family saya ada yang berpenyakit diabetes..jadi memang berhati2 jugak la jaga pemakanan...
ok..itu saje yang saya nak kongsi...TQ sudi baca..tggu entry seterusnya ya...