Isnin, 17 November 2014

Pengalaman Pelajar Veterinar

Kenangan 12 tahun dulu memang pengalaman yang tidak akan saya lupakan. 5 tahun berada di Universiti Putra Malaysia (UPM), mengambil course Doktor perubatan Veterinar. Saya merupakan pelajar kemasukan 2002-2007, kenangan pahit dan manis saya di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM sehingga sekarang tidak akan dapat saya lupakan. 

Bangunan Fakulti yang saya belajar dulu.

Tahun Pertama adalah merupakan permulaan bagi semua pelajar di Universiti. Subjek yang diambil pada tahun pertama masih boleh diterima (pada pendapat saya). Tapi bila masuk tahun kedua (dah start subjek fakuti) satu cabaran belajar dibidang Veterinar kerana sangat banyak Spesis yang perlu dipelajari, dari segi anatomi, patologi dan penyakit. Ada segelintir yang menukar course kerana beranggapan susah untuk meneruskannya. Pernah juga terdetik dihati ingin menukar course (huhu sabor je lar). Sampai tahap pernah juga air mata mengalir (takut tak lulus sebenarnya) sebab rasa dah tak sanggup nak lalui semua tu. Atas nasihat kawan-kawan dan dorongan dari keluarga, saya cuba usahakan juga.

Bilamana masuk tahun ke 4 dan 5, kami dibahagikan kepada kumpulan yang kecil. Satu kumpulkan ada lebih kurang 6-7 orang sahaja. Kami akan bergilir-gilir dengan  kumpulan yang lain melalui latihan sama ada klinik,ward and ruminan. Ward lebih kepada menjaga haiwan yang akan melalui proses pembedahan sama ada minor atau major.  Klinik pula lebih kepada menjaga haiwan yang telah menjalani pembedahan. Ruminan pula lebih kepada lembu dan kambing sama ada kami keluar ke ladang atau merawat lembu didalam UPM sahaja.

Setiap pelajar Veterinar perlu melakukan pembentangan dua kali sepanjang tempoh pembelajaran. Satu pembentangan untuk small animal dan satu lagi large animal. Pembentangan itu biasanya akan disaksikan  oleh satu dewan yang dipenuhi oleh pensyarah dan pelajar sama ada senior ataupun junior. Tahun akhir adalah cabaran yang agak besar dimana kami perlu menyiapkan final year project dan perlu dibentangkan di dewan untuk penilaian markah. Disamping itu kami juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi ujian akhir yang dipanggil comprehensive. Comprehensive terbahagi kepada writing dan oral. Oral pula dibahagikan kepada paraclinical,preclinical dan clinical dan dihadiri oelh internal (pensyarah UPM)dan external examiner (pensyarah luar masa saya dulu dari jepun dan German kalau tak silap)

Pada masa tunggu keputusan ALLAH sahaja yang tahu berdebarnya. Namun begitu Alhamdulillah segala jerih payah saya belajar Veterinar di UPM berbayar dengan kerja saya sekarang dan saya dapat membalas segala pengorbanan yang keluarga saya lakukan. Tahun 2007 saya habis belajar, 2008 say dah berjaya dapat kerja tetap yang saya kerja sekarang. Sekarang selain UPM, UMK juga menawarkan Doktor Perubatan Veterinar. Saya harap semua yang mengikuti bidang ini jangan cepat putus asa, dan pastikan anda minat haiwan semua spesis. Jangan minat kucing jer tau..:)

Bangunan Fakulti veterinar yang baru setelah saya habis belajar disana.


Setiap orang mesti ada kenangan pahit manis semasa belajar dulu. Apa pun kenangan itu mesti takkan kita lupakan.


Jumpa lagi di entry yang lain...

45 ulasan:

  1. Fakluti Veterinar yang baru sanagt besar..bila masuk rasanya sya boleh sesat..:)

    BalasPadam
  2. Pengalaman belajar kan... memang best... Kak Tun dulu amik course sains kat UiTM shah Alam. Tapi sekarang jadi WAHM lagi best. Terasa dekat dengan keluarga. Dah malas nak kerja dengan orang... hihihi


    Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lau berkemampuan sya pun nak jadi WAHM jugakkk..

      Padam
  3. Bagus info ni, share byk sikit next time.Anak saya la dok ckp nak jadi ddoktor haiwan,nanti boleh la saya borak sikit nanti kat universiti kena belajar apa. Mmg no idea doktor veterinar ni belajar mcm mana. Saya mmg xde bakat, bela kucing suka, pegang takut hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh..nantui saya selitkan lagi lebih pasal belajar doktor haiwan ni..yang penting kena kuat semangt sebab semua kena handle dari yang halal sampai yang haram sebab depa pun hamba ALLAH jugak..

      Padam
  4. Wah best nyer jadi doktor haiwan.....segala jerih payah ataupun pengorbanan memang disertai dengan air mata. Tetapi itu berbaloi dengan hasil yang kita dapat. Jangan pernah putus asa..insaaAllah apa yang kita buat selama ini akan membuahkan hasil. Tahniah kawan....semoga cerah masa depan mu kelak.

    Mangapa Peratusan Lelaki menemui ajal lebih tinggi daripada wanita

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat belajar tentang haiwan. Saya suka tengok haiwan-haiwn seperti kucing semua tu tapi sangat geli nak pegang. mungkin sebab rasa bulu nya yang lembut menggelikan saya. Tahniah buat Niny

    Pesakit Diabetes Sujud Syukur Kerana Kaki Tak Jadi...

    BalasPadam
  6. Kalau belajar semua kena pegang...dari sekecik2 tikus dan sebesar2 kuda(takpernh pegang gajah)..

    BalasPadam
  7. Itulah antara setiap cabaran yang para pelajar hadapi. Lain kos lain ragam. Anyway seronok baca cerita2 yang berkaitan dengan doktor nie. Hahaa..Masa sekolah minat biologi ja. subjek fizik, kimia xminat. tak tahu lah kenapa..

    JommSihatDanCantik -> ANTARA YANG SERING ORANG TANYA TENTANG SHAKLEE

    BalasPadam
  8. Memang banyak kenangan pahit manis semasa bergelar pelajar ni. Bila dikenangkan kembali, nak tergelak pun ada.
    Baca Kelebihan Solat Dhuha

    BalasPadam
  9. Kenangan wak bljar mmg indah...Rindunya kt kengkawan batch tahun 2000-2003 kt uitm dungun...

    set perut kempis pilihan ramai

    BalasPadam
  10. Seronok bila kenang kembali Saat bergelar student kan..


    Tips-memikat-jejaka-pujaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari sekolah sampai universiti pengalman tu takn hilang...

      Padam
  11. Bestnye dapat belajar tntang haiwan...banyak kenangan msa study dlu...

    BalasPadam
  12. Bestnya jadi doktor haiwan..mesti niny suka haiwan kan :-) saya ni jenis boleh menangis kalau kucing yang saya bela mati..hehe

    Makanan Yang Boleh Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

    BalasPadam
  13. Bestnya kak niny.. Pengalaman blajar Mmg Sgt sweet Walaupun pnat.. Sbnrnya zaman kerja lagi Penat.. Rasa mcm nk smbung study lagi je.. Tnggl di hostel.. Hehe.
    CARA MENDIDIK ANAK MENJADI ANAK SOLEH

    BalasPadam
  14. Sy rasa bangga ada doc vet melayu. Dulu teringin gak nk jd vet, tp penakut nk belah2 ni. Huhu.

    Tips & Info >>> AWAS! Jangan Abaikan Kesihatan Si Manja Anda

    BalasPadam
  15. Seronok ya boleh jadi doktor haiwan ni...semua jenis haiwan boleh rawat...tapi saya tak suka haiwan...huhu

    BalasPadam
  16. Sepupu sy ada ambil course ni di upm..dah jadi dr haiwan dahh. Dulu dia penah jaga kuda
    Semasa tempoh bekerja
    CARA SHOPPING DI ASTRO

    BalasPadam
  17. Kenangan belajar adalah kenangan terindah. Satu entri yang menarik untuk disimpan didalam blog sebagai kenangan.. Ada masa layari Aju@VitaSyopz blog di ajusyopz.blogspot.com

    BalasPadam
  18. Tahniah niny...saya kagum dengan doktor haiwan..yerlaa bukan senang kan...masa muda2 dulu pernah terfikir untuk ceburi bidang nie..tapi tak yakin..mungkin bukan rezeki saya...

    Mengatasi Masalah Haid Tidak teratur

    BalasPadam
  19. Pernah berangan nak jadi doktor haiwan..tapi masa matrikulasi tak pas bedah tikus..nak pitam

    Mengidam Sotong Kangkung

    BalasPadam
  20. pengalaman belajar masing-masing pastinya ada yang pahit ada yang manis..

    BalasPadam
  21. kenangan belajar... rasa nak pergi semua ke zaman itu... xdpt di lupa kan..

    BalasPadam
  22. Kenangan belajar dulu memang best. Hujung minggu penuh aktiviti humanitarian pula. Memang best. Kini wahm laagi best hehe. Berkepit dengan suami dan anak

    BalasPadam
  23. puan ambik diploma atau asasi dulu? apa syarat kelayakan? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ambik matrikulasi and mohon ke DVM.honestly cakap dah lupa kelayakan..boleh semak kelayakan ikut universiti yang mnawarkan course..sekarng di Mlaysia ada 2 UPM dna UMK

      Padam
  24. puan ambik diploma atau asasi dulu? apa syarat kelayakan? TQ

    BalasPadam
  25. assalamualaikum.. saya nak tanya pendapat.. saya br saja ditawarkan ke matrikulasidlm aliran sains dan saya juga ditwarkan diploma kesihatan haiwan dan penternakan di upm kampus bintulu.. saya sgt2 bermint utk menjadi seorg doktor haiwan.. jadi manakah jalan yg lebih baik utk saya ambil? samada ke mtrik atau mengikuti diploma yg ditawarkan?? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kedua2nya nukan jaminan. if ambik matrik dulu then kena mohon juga untuk sambung DVM and jika sambung DKHP juga kena mohon untuk sambung DVM ikut kelaykan semasa nak mohon..cuma matrik setahun DKHP 3 tahun..

      Padam
  26. Assalammualaikum. Nak ambil course ni termasuk matapelajaran fizik tak?

    BalasPadam
  27. saya lepasan spm 2016..kalau nak ambil bahagian veterinar ni first kena ambil diploma kesihatan haiwan & penternakan ya ? kalau saya ambil dip dalam perubatan awam blh ke ?

    BalasPadam
  28. Salam niny... sy nak tanya masalah kucing saya boleh? Semalam sy bw kucing sy ke vet... vet kata ada batu karang dan dimasukkan tiub pd salur kencingnya. Dijadualkan tiub tu dibuka pd hari esk, tp hari ni kucing sy dah cabut sendiri tiub tu.. apa yg perlu sy lakukan.. tgk dia struggle nak kencing, tak keluar pun kencingnya.. tp selepas discharge semalam, vet bekalkan ubat utk lawas kencing, antibiotik, bladder, krim luka & batu karang.. pls help me

    BalasPadam
  29. Hai, doctor, sy nak tanya kalau sy boleh ceburi bidang vet. Sy Bukan dari kelas sains. Sy dari kelas art. Tapi spm sub sain dpt B. Boleh tak Dr bg apa2 tips. kalau sy masuk stpm mcm mana. Ambik bidang apa. Sy ada harapan ke Dr. Pls... Help.

    BalasPadam
  30. Saya ingin mendapatkan contact doktor untuk bertanya beberapa soalan. Tolong email saya di firdauszul_9430@yahoo.com. URGENT!!!!

    BalasPadam
  31. Doakan saya untuk jadi doktor viterina Kak niny

    BalasPadam
  32. Salam anak berminat utk mengikuti kursus doktor veterinar..boleh bg flow/cara utk masuk bidang ni...anak calon spm 2021/2022

    BalasPadam
  33. Wah terima kasih atas artikel yg bermanfaat. vet software

    BalasPadam