Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2017

ESP - Soy Protein Isolate Powder


Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Kod Produk:11003 (850g)
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee/baju kurung/blouse/kain pasang/telekung etc boleh hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Rapat Setia,Tambun,Taman Cempaka

Khamis, 27 November 2014

Masalah Kulit berminyak

Ramai dikalangan kita menghadapi masalah kulit berminyak. Kulit berminyak akan mengundang masalah muka berjerawat. Jerawat terjadi disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat juga adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. 




Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya:
  1. Pemakanan
Makan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak malah kacang juga boleh mnyebabkan kulit berminyak.

Ihsan Google

  1. Hormon
Masalah hormon yang tidak stabil akibat stress, pil perancang, pain killer juga mengundang kepada masalah kulit. Biasanya golongan remaja adalah golongan yang sering mengalami masalah hormon yang tidak menentu.
  1. Faktor Cuaca
Cuaca panas akan menyebabkan kita mudah berpeluh. Peluh tersebut boleh menyebabkan kulit berminyak, tambahan pula bila kulit terdedah kepada sinar ultra ungu yang merbahaya menyebabkan  struktur kulit rosak.
  1. Penggunaan Kosmetik

Biasanya make up akan dipakai dari pagi hingga ke petang atau ada yang sampai ke malam. Memakai kosmetik terlalu lama, tambahan lagi kosmetik tersebut mempunyai minyak menyebabkan kulit berminyak.



Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak

  1. Minum air secukupnya
Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya kulit kita sentiasa mendapat air yang cukup dan sentiasa lembap. Bakteria mudah melekat ke atas kulit kering dan akhirnya mengeluarkan minyak.
  1. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet
Buah-Buahan dan sayuran-sayuran membantu mengawal minyak dalam kulit kita. Anda dinasihatkan jauhi makanan ringan, makanan bergula, mmakanan bergoreng dan berminyak.
  1. Amalkan moisturizer setiap hari
Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunaka moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.
  1. Gunakan toner wajah bebas alkohol
Gunakan toner yang bebas minyak dan bebas alkohol. Mengamalkan toner pada setiap hari membantu membuang kotoran dan minyak pada muka anda.Pilih toner yang pH nya seimbang.
  1. Basuh muka 2 kali sehari menggunakan Cleanser
Basuhlah muka supaya kesan-kesan peluh, bakteria dan minyak di muka sentasa dibersihkan. Untuk mendapatkan kesan pembersihan secara menyeluruh, basuh muka menggunakan cleanser 2 kali sehari. pilih cleanser yang berasaskan gel atau foaming cleanser dan bebas dari minyak. 
  1. Amalkan supplement
Pengambilan supplement secara konsisten juga boleh membantu memelihara kulit anda dari dalam. Anda boleh mengamalkan  B Complex, GLA Complex, Vitamin E dan ESP untuk masalah kulit berminyak.

B Complex membantu mengawal minyak pada kulit dan ia juga merupakan vitamin anti stress. Bagi yang mengalami masalah hormon,

GLA Complex adalah pilihan terbaik untuk membantu menstabilkan hormon anda. 

Vitamin E pula, merupakan vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit dari sinaran matahari dan sinaran ultra ungu, sebagai pelembap semulajadi kepada kulit.

Protein (ESP) pula boleh membantu menggantikan sel-sel mati kepada sel-sel yang baru. Protein dikatakan makanan paling asas kepada kulit kita. Kulit yang cukup nutrien menghasilkan kulit yang sihat dan segar.



Selamat mencuba kepada sesiapa yang menghadapi masalah ini.



Enfuselles juga boleh digunakan untuk kulit berminyak (kegunaan luar).


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee

Jumaat, 7 November 2014

Rambut Gugur

Cakap pasal rambut gugur ni ngeri jer dengar...sebab makin hari rambut takde terus nampak kulit kepala..bagi yang perempuan ok lagi kot sebab pakai tudung..:)




Rambut gugur ni macam-macam punca dan bermacam cara untuk mengatasinya bergantung kepada individu itu sendiri..Antara punca rambut gugur adalah:-

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. 
Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.

2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). 
Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.

3-Faktor seterusnya adalah genetik. 
Jika seorang  ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. 
Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.

6-Selalu menarik rambut. 
Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibat, rambut anda akan gugur.

7-Gaya pemakanan 
Gaya pemakanan tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.


Antara Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: 

Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: 
Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4: 
Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Petua 5: 
Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Petua 6: 
Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 7: 
Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 8: 
Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua 9: 
Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

Ada 9 petua yang disenaraikan. Pada yang rasa susah tau remeh dengan semua petua tu apa kata beli jer set yang ditawarkan oleh Shaklee ni.Ianya lebih mudah..order jer dengan saya





Sabtu, 1 November 2014

Indeks Glisemik

Pernah dengar pasal indeks glisemik (GI) tak??

Jom lar saya kongsi sikit apa GI ni....GI adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ke atas paras glukosa darah (maklumat ni penting bagi saya terutma bagi sape yang ada diabetis). 

Ianya menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi (ini memang taksesuai untuk diabetik ) yang akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat manakala yang mempunyai GI rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang terkawal( yang ini lebih bagus). 

Kesimpulannya perlu cari makanan yang mempunyai GI yang rendah sebagai sumber nutrien bagi badan.

Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah sangat lambat untuk dicerna dan diserap kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat. Mengekalkan paras glukosa dalam darah pada kadar yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan kerana ia juga dapat mengawal selera makan si pemakan dan juga melambatkan rasa lapar mereka. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan untuk jangkamasa yang panjang.
Gambar kat bawah ni sumber rujukan untuk GI rendah dan GI tinggi dari sumber makana harian.


Kalau nak lebih senang boleh guna produk dari Shaklee.

Shaklee ada menawarkan produk yang mempunyai GI yang rendah dimana ianya sesuai untuk psesiapa yang menghadapi masalah diabetik.


 ESP


 Mealshake

Cinch


Ada sape2 yang teringin nak try produk yang saya bagitau kat atas boleh inform saya. 
Konsultansi PERCUMA jika beli dengan saya..






Isnin, 27 Oktober 2014

Isoflavones

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Harini saya nak cite pasal isoflavan..Jom kita baca serba sedikit pasal isoflavon...

Faedah kesihatan isoflavones
Penyelidikan dalam beberapa bidang penjagaan kesihatan telah menunjukkan bahawa pengambilan isoflavones boleh memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyakit. 


Antara manfaat kesihatan potensi berikut dikaitkan dengan isoflavon:
  1. Meringankan gejala menopause
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  3. Lindungi daripada masalah prostat
  4. Isoflavon meningkatkan kesihatan tulang
  5. Mengurangkan risiko kanser
  6. Isoflavon adalah antioksidan semula jadi 

Nape la saya ni sibuk jer nak cite pasal Isoflavones ni kan..banyakkan kebaikan dan faedah Isoflavones.Sebenarnya isoflavones ada dalam ESP...so sape2 yang nak merasai kebaikannya jom try ESP..

Haa beli bulan ni lagi berbaloi-baloi..Beli 6 percuma 1  



Berminat nak cuba ESP..ESP merupakan hot item dari Shaklee..tak rugi cuba ESP



 

Sabtu, 11 Oktober 2014

Cadangan Set Kombinasi ESP

Salam semua..

Memandangkan bulan ni Oktober 2014 Promo ESP jadi saya nak bagitau cadngan kombinasi set yang boleh digabungkan dengan ESP..

Kalau beli bulan ni harga lebih murah untuk anda...





ESP & Vita Lea




 ESP & Performance Drink





ESP & Zinc Complex




ESP & GLA Complex




ESP & B-Complex





ESP & Lecithin





ESP & Mealshake





ESP & Vita E Complex





ESP & Omega Guard






ESP & Alfalfa Complex








Pelbagai cadngan kombinasi SHAKLEE ESP..Pilihan ditangan anda..Jom cuba..


Sabtu, 6 September 2014

Energy Soy Protein



 Energy Soy Protein (ESP) Shaklee




  • Membekalkan tenaga
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit

Perbezaan Shaklee :


Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.


Energizing Soy Protein ( ESP ) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO( non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 

ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sesuai juga diambil oleh pengidap kencing manis. Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol , tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Tahukah Anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggal manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.


Manfaat Utama:


Awet Muda

Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.


Baik untuk Hormon

kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol , mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.


Baik Untuk Prostat

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.


Kulit Remaja

Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


Pembekal Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan. 


Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


Membaiki Memori

meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


Kepentingan Protein


Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein . Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


Apa itu Asid Amino?

Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu.Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut. Shaklee menggunakan peroses pensijilan tersendiri yang dikenali /Identity Preserved Program (IPP)./ Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.