Memaparkan catatan dengan label Set Darah Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Darah Tinggi. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2014

Khasiat Terung Susu



Harini saya berkesempatan menjengah perpustakaan di tempat kerja. Sebenarnya pergi nak fotostat sijil untuk pembaharuan Annual Practice Certificate (APC) saya sebagai Veterinawan (bahasa kampung panggil doktor haiwan). 

Bila dah siap fotostat duduk sekejap kat situ konon nak baca surat khabar, tapi mata melilau kearah majalah hati terdetik dah lama tak baca majalah Mingguan Wanita. Tanya kakitangan yang ada kat situ ada tak majalah yang baru, katanya ada orang dah pinjam. Jadi saya terus capai secara random dapat yang Januari 2014. Terus buka satu-satu mukasurat majalah tersebut, tiba-tiba mata terpandang tajuk “Terung Susu Membantu Mengawal Kencing Manis”. Menarik tajuk yang diutarakan. Saya sendiri tak pernah tahu ada buah yang dipanggil terung susu, terung biasa tu jer yang saya tahu dan makan. Jadi malamnya saya "google" untuk tahu lebih sikit pasal terung susu, dapat sedikit maklumat tambahan..jom sama-sama tambah ilmu.




Terung susu adalah merupakan tumbuhan yang biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk dan warna buahnya yang menarik.Ianya boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki dan merupakan tumbuhan tropika.

Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih.

Ia merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.






Nama Tempatan
Terung susu kambing

Nama Saintifik
Solanum

Spesis
S. mammosum

    Kegunaan

    • Dalam perubatan tradisional melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi, kencing manis/diabetes, buasir dan barah buah dada.
    • Untuk penyakit darah tinggi, bahagian yang digunakan ialah buahnya.
    • Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.
    Shaklee turut menawarkan produk yang boleh membantu mengawal darah tinggi, kencing manis,buasir dan sel-sel abnormal.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut hubugi saya:







    Sabtu, 10 Mei 2014

    Untuk Yang Tersayang




    Tekanan Darah TINGGI (Hypertension)

    Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. 

    Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
    Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

    • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
    • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

    7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

    Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

    1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurang atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
    2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
    3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
    4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
    5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
    6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
      • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
      • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
      • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
      • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
      • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
      • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
    7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

    Shaklee ada menawarkan produk untuk tekanan darah tinggi...

    Sempena HARI IBU jom hadiahkan kepada yang tersayang...






    - membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol

    - menggalakkan kesihatan kardiovaskular

    - menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah

    - Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

    - Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

    Hubungi saya jika berminat...0132240354
    Fb Niny Fariza
    Page DR NF Supplement Shop