Rabu, 31 Disember 2014

24 Kesan Kekurangan Air Dalam Badan






Tidak ramai yang suka minum air putih/kosong,kerana lebih ramai yang suka minum air yang berperisa.

Tahukah anda kurang air, membahayakan tubuh badan kita?Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja organ dan sel dalam badan sangat besar? 

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, kesan secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan air dalam badan, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya ialah dari darah. 



Kajian menunjukkan kehilangan 2%  cecair badan boleh menyebabkan : 


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek). 

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 

4. Tekanan darah menurun. 

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 

6. Lesu pada waktu siang. 

7. Sakit belakang. 

8. Dehidrasi. 

9. Sakit kepala. 

10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.

11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 

13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 

14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 

15. Darah menjadi lebih pekat .

16. Mudah keliru. 

17. Degupan jantung semakin meningkat. 

18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 

22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 

23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 

24. Kulit menjadi kusam. Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksima. 

Bahaya jika kurang minum air ni…tapi tolong jangan minum air manis banyak-banyak sebab akan membahayakan diri, jadi lebih baik ambil air kosong tapi yang sudah di masak.
Jadi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ayuh kita didik anak-anak untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya.
   

        
Pengambilan Air Kosong Bantu Penyerapan Vitamin. 
Diet Dengan Air Kosong
 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Selasa, 30 Disember 2014

10 Kebaikan Mealshake

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. 

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya. 

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak. 

10 kebaikan yang ditawarkan oleh mealshake adalah:-

1. Mengekalkan tenaga sepanjang hari. 

2. Pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.



3. Kekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan.

4. Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. Saya amalkan bagi pada anak no 3,alhamdulillah berkesan untuk dia. Tiada lagi sembelit yang menyeksakan dia.

5. Meningkatkan tahap keprihatinan/fokus dan memlihara sistem saraf.



6. Menyeimbangkan cecair badan dan membantu agar anak kurang rasa letih.

7. Memelihara kesihatan gusi, gigi dan kulit serta menentang infeksi kuman.

8. Memulihara kesihatan mata. Bagi saya ini amat penting untuk kanak-kanak.

9. Membantu kesihatan dan perkembangan tulang untuk tumbesaran.


10. Membantu untuk pembinaan sel darah merah dengan kehadiran iron dan B12 dalam mealshake.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fad966a3f8fc7a538c1edd9aa5c22fd5


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
 Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli?? 

Isnin, 29 Disember 2014

Makanan Laut Cerdaskan Anak.

Fakta pemakanan membuktikan bahawa makanan laut kaya dengan khasiat yang diperlukan untuk pertumbahan dan perkembangan sihat dan cerdas anak. Kandungan proteinnya yang tinggi sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka. Fakta paling menarik apabila dikatakan, dengan makan makanan laut ia boleh meningkatkan kecerdasan anak.
Makanan laut mengandungi protein sebanyak 15%, lemak 15% dan vitamin mineral 5%, ia juga terkenal mengandungi Omega 6, Omega 9 dan asid amino essensial yang boleh membantu perkembangan optima seorang anak.

Makanan yang termasuk dalam kategori makanan laut adalah ikan, udang, sotong, rumpai laut dan ketam.  Makanan laut juga baik untuk membantu sistem pencernaan anak. Oleh itu ibu disarankan memperkenalkan makanan laut kepada anak sejak awal lagi. Kandungan protein yang tinggi dalam makanan laut digunakan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan anak.
Tidak hairanlah jika anak yang gemar makan makanan laut sejak usia kanak-kanak akan memiliki ketinggian badan lebih optima berbanding anak yang tidak makan makanan laut. Makanan laut juga membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan protein yang dimiliki mudah dihadam.
Selain kandungan protein yang tinggi, makanan laut juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan jantung. Menurut fakta pemakanan, kandungan lemak tidak tepu yang ada dalam makanan laut tinggi dan boleh mencegah masalah jantung koroner.
Selain daripada itu, fakta menarik yang mesti diketahui iaitu makanan laut mengandungi taurin yang juga terdapat dalam susu ibu. Taurin diperlukan bayi untuk pertumbuhan sarafnya dan mencerdaskan minda. Kandungan taurin yang tinggi boleh diperoleh daripada kerang dan ketam.  Makanan laut membantu pembentukan otot dan menjaga keseimbangan metabolilsme badan.

Bagi kanak-kanak Shaklee ada menawarkan set untuk kanak-kanak:



  1. Omega Guard
  2. Mealshake
  3. Lecithin
  4. Vitamin C Chewable   




Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang alahan dengan makanan laut boleh cuba produk ini.Kandungan nutrisi yang cukup untuk perkembangan anak anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Ahad, 28 Disember 2014

Vitamin C Chewable



Vitamin C Chewable Shaklee 



Kebiasaaannya orang selalu menganggap Vitamin C Chewable ini hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Tetapi ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah ke golongan berusia.



Kanak-kanak digalakkan mengambil 1-2 biji 2 kali sehari untuk keperluan optimum badan. Manakala bagi orang dewasa pula 5-10 biji sehari atau lebih bagi menggantikan dos yang terdapat di dalam Sustained ReleaseVitamin C 500mg yang biasa diambil 1-2 biji 2 kali sehari. Walau bagaimanapun pengambilan vitamin C ini juga boleh berbeza dos bergantung kepada penyakit yang dihidapi seperti demam, selsema, sembelit, cirit birit mahupun Attention deficit hyperactivity disorder(ADHD).



Kelebihan dan kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee 100mg

  • Meningkatkan sistem imuniti badan
  • Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Rasa sitrus yang hebat

Vitamin C turut membantu kesihatan termasuk:

  • Memberi kecantikan kulit pada kadar optimum dan melambatkan penuaan
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolestrol sihat
  • Memperbaiki simptom pendarahan



Keistimewaan Chewable Vita-C Plus Shaklee

  • Membekalkan 100mg Vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan bioflavonoids complex. Rose hips dan bioflavonoids ni membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin C apabila masuk kedalam tubuh badan kita.
  • Boleh dikunyah dan enak.
  • Mempunyai rasa limau/sitrus menjadikan vitamin C Shaklee setara 1½ buah oren yang sangat sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
  • Air liur akan membantu dalam pemecahan/penyerapan optimum Vitamin C bila kita mengunyah/kemam.



Pengambilan beberapa kali sehari akan membantu memastikan penyerapan lebih efektif berbanding jika kita makan beberapa biji sekali gus. 



 Nak cuba??untuk anak-anak dan orang dewasa juga...

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7c294b263646ae5cff036e366de104cf 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Sabtu, 27 Disember 2014

5 Tips Hilangkan Jerawat



Sebut pasal jerawat mesti semua orang tak suka dengannya. Jerawat memang tidak dialu-alukan kehadiranya apatah lagi kalau lama sangat dan terlalu banyak. Tapi kalu nak hilangkan parut jerawat boleh amalkan pengambilan vitamin E. 



1.   Aloe Vera



Sapukan lendir Aloe Vera 2 hari sekali dapat membantu menyembuhkan parut jerawat dan jerawat.



 2. Bawang Putih




Mungkin agak pedih dan menyakitkan, tetapi bawang putih dikatakan terbukti mampu merawat jerawat. 

Gosok/ Sental bawang putih mentah ke bahagian yang terlibat beberapa kali sehari, ia dapat mengurangkan parut. Masalah jerawat yang kronik juga dapat disembuhkan menggunakan bawang putih. 



3. Tomato



Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air. Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak. 



 4. Timun





Blend timun sehingga hancur dan menjadi sebatian kemudian sapu di kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 -45 minit kemudian bilas. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat.

Selain itu, kulit akan nampak lebih muda.



5. Madu



Madu ialah "a natural bacteria fighter and mosturizer"  

Ambil satu sudu besar madu dan sapu keseluruh bahagian muka, biarkan selama 20 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu.


Ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis. Gaulkan sebati dan tempek sebatian di jerawat sebelum tidur dan basuh esok pagi dengan air suam. Ulangi langkah selama 2 minggu, jerawat hilang selamanya. 

Selain bahan-bahan semulajadi diatas anda juga boleh gunakan produk dari Shaklee dimana ianya Selamat, Berkesan dan Semulajadi.







Bulan ini ada promosi untuk 3 produk ini 
  1. Vitamin C 
  2. Vitamin E
  3. Collagen



 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??