Memaparkan catatan dengan label Set Menyusu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Menyusu. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mac 2015

Ketuban

Ihsan Google

Semua orang mesti biasa dengar pasal kantung ketuban atau air ketuban. Dua dari anak saya ketuban dipecahkan oleh doktor sebleum bersalin dan yang ketiga pecah semasa dalam labour room. Setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza tentang hal ini. Masa anak pertama memamng pengalaman takde, bilamana doktor cakap air ketuban sikit dan boleh membahayaka bayi dalam kandungan saya dah tak tentu hala, ALLAH sahaja yang tahu apa  yang saya rasa. Saya diarahkan berjumpa pakar untuk pemeriksaan susulan untuk masalah itu. Alhamdulillah selepas jumpa pakar katanya takde masalah, lega sangat masa. Pada yang nak tau lebih lanjut pasal kantung/air ketuban jom baca ini.
 
Ihsan Google
Kantung ketuban yang dipenuhi dengan air ketuban berfungsi untuk melindungi bayi dalam rahim daripada sebarang kecederaan dan jangkitan kuman. Sekiranya kantung ini terkoyak sebelum waktunya, air ketuban akan keluar melalui faraj ibu.

Biasanya ketuban pecah dikaitkan dengan petanda ibu sudah hendak melahirkan bayi tetapi jika pecah terlalu awal, ia boleh menimbulkan risiko. 
 
Ketuban pecah awal sebelum proses kelahiran dikenali sebagai prelabour rupture of membranes at term atau PROM. Jika anda mengalaminya, jangan panik, pakai tuala wanita untuk membolehkan anda menakung air ketuban yang keluar buat sementara waktu. Bahkan ia membantu anda mengenal pasti warna air ketuban yang keluar.

Cecair daripada ketuban biasanya jernih, berwarna kekuningan dan mungkin bercampur sedikit darah. Jumlah air ketuban yang keluar adalah berbeza bagi setiap wanita. Paling penting ibu perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera tidak kira pada usia berapa kandungan anda.

Sebaik ketuban pecah, perlindungan terhadap kandungan daripada sebarang risiko jangkitan adalah rendah. Oleh itu doktor akan mengambil tindakan sama ada memberi ibu ubat pencetus kontraksi bagi membolehkan bersalin (sekiranya usia kandungan 37 minggu ke atas dan ibu langsung tidak mengalami kontraksi).

Apabila ketuban pecah, tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca bayi lemas. Biasanya doktor akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi jika hal ini berlaku.
Uri pula boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat kebocoran besar seperti kes polihidramnios. Bahkan ibu juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.

Risiko lain termasuk jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan kandungan melalui faraj. Kedudukan bayi dalam kandungan boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuknya bergerak.
Meconium aspiration syndrome juga boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit membuatkan najis kandungan tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap dirinya jike najis memasuki ruang pernafasan.

Apa sahaja yang berlaku ibu-ibu yang mengalami masalah tentang ketuban perlu ambil tindakan cepat supaya tidak menghadapi masalah yang tidak dijangka.

SET BERPANTANG
SET HAMIL
SET MENYUSU

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh Shaklee 
ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Isnin, 24 November 2014

Set Hamil & Berpantang





Makanan tambahan (supplement) adalah makanan untuk membantu memberi kecergasan kepada kita. Apabila kita sihat, setiap rutin harian dapat dilakukan dengan lebih berkesan terutama untuk wanita hamil dan berpantang.

Sedikit perkongsian makanan tambahan untuk Set Hamil dan Berpantang:-
  
Protein (ESP) :
  • Memastikan pertumbuhan bayi yang sihat.




Vitamin C:
  • Membina salur darah yang sihat serta merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.
  • Membantu penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot,tulang dan tulang rawan.
  • Meningkatkan imun sistem serta mengurangkan jangkitan pada bayi.






Vita Lea:
  • Formula lengkap 28 vitamin dan mineral.
  • Meningkatkan penyerapan asid folik.
  • Mencegah kekurangan vitamin.
  • Zat besi- mengurangkan risiko bayi pra matang



B complex
  • Meningkatkan fungsi saraf.
  • Mencegah kecacatan tiub neural.
  • Mencegah kencing manis.
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang.
  • Mengurangkan kemurungan.
  • Badan tidak dapat hasilkannya ianya dari sumber pemakanan.



Kalsium(ostematrix)

  • Membina dan menghasilkan tulang yang kuat
  • Mengelak sakit belakang & rapuh tulang dan gigi.
  • Membantu mengelak kejang dan sembelit.







Omega Guard (DHA)
  • Perkembangan otak bayi
  • Penglihatan awal bayi


PROMOSI OMEGA NOV 2014
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f3ff7b1a6f1b2455187c4a8b8c2c373c

 
Alfalfa complex (set berpantang)
  • Meningkatkan penghasilan susu ibu dan
  • Memekatkan susu, untuk membantu bayi lebih kenyang.
  • Membantu mengawal pergerakan usus.
 

Disamping set diatas anda juga boleh tambah CoQ health dan GLA Complex. (Set Berpantang)


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

Selasa, 2 September 2014

Makanan untuk rahim

Assamulaikumwarohmatullah hiwabarokatuh...

Bila terbaca tajuk entry yang ni saya sendiri terfikir dua perkara iaitu hamil dan bersalin....apa agaknya terlintas difikiran pembaca sekalian..

Sebagai sesorang wanita rahim adalah organ yang sangat berharga..pengalaman hamil dan bersalin memang pengalaman yang takkan dapat dilupakan oleh setiap insan yang melaluinya...dan setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza2..jom baca serba sedikit informasi yang saya dapat dari pa & ma..


Wanita dicipta oleh Allah SWT dengan keistimewaan di mana dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan mengandung dan melahirkan bayi. Semasa proses kehamilan, saiz rahim wanita akan mengembang mengikut tumbesaran saiz bayi.
Tahukah anda bagaimana kisah perubahan saiz rahim anda sebelum dan selepas mengandung? Rahim wanita boleh diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi. Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal.
Semasa proses kelahiran, ada wanita yang perlu melalui proses guntingan episiotomi yang dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan. Luka pada rahim ketika hamil terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah.
Oleh sebab itulah wanita selepas melahirkan anak kerap diingatkan tentang penjagaan khusus untuk rahim sama ada dari segi pemakanan mahupun pergerakan fizikal bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.
Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).
Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.
Banyakkan juga pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.
Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.

Apa yang penting wanita hamil dan lepas bersalin memerlukan nutrisi yang seimbang...
Shaklee menwarkan set hamil dan pantang yang mampu memenuhi keperluan nutrisi.



atau 
atau

atau

Pilihan ditangan anda keperluan nutrien yang seimbnag mat penting untuk wanita mengandung dan berpantang.


Isnin, 2 Jun 2014

Milkbooster



Milk Booster


Susu ibu mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Malah, nutrien yang terkandung dalam susu ibu dapat membantu melancarkan proses penghadaman bayi. Menyusukan bayi pada awalnya adalah saat paling sukar buat ibu. Anda tidak akan berdepan dengan sebarang masalah sekiranya berjaya melepasi tahap ini. Perkara yang paling dibimbangi para ibu ialah kekurangan susu. Untuk pengetahuan ibu, susu yang dihasilkan oleh payudara adalah mengikut keperluan bayi. Bayi yang baru lahir mempunyai perut hanya sebesar guli. Jadi ibu tidak perlu bimbang susu badan yang diberi tidak mencukupi. “Milkbooster” boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, karbohidrat, produk tenusu dan sebagainya. Di bawah ini disenaraikan makanan atau minuman yang boleh diambil semasa tempoh proses penyusuan. 

Antara makanan dan minumam yang dianggap sebagai "milkbooster" adalah:-

1.Lobak merah/putih


Lobak dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak terutamanya lobak putih. Caranya ialah dengan diparut dan diperah airnya lalu diminum. Rasanya tidak akan membuatkan anda tersenyum akan tetapi hasilnya mungkin memberangsangkan. Lobak merah pula boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam. Juga boleh dimakan mentah memandangkan rasanya lebih enak berbanding lobak putih. Sayur bayam hijau yang segar Sayur bayam hijau yang segar

2. Bayam
Sesetengah ibu tidak mengambil bayam di dalam pemakanan harian kerana terpengaruh dengan pesan orang tua-tua yang mengatakan bayam adalah makanan “sejuk” yang boleh memudaratkan badan ibu yang baru lepas bersalin dan juga dikhuatiri menyebabkan bayi kembung perut. Walaubagaimanapun, bayam punya khasiat tersendiri sebagai “milkbooster”. Cubalah dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu dan lihat kesannya. Basuh bersih-bersih dulu sebelum masak Basuh bersih-bersih dulu sebelum masak

3. Sawi
Sayur sawi terkenal dengan kepahitannya. Namun begitu, jika mengetahui khasiatnya, anda pasti akan melupakan rasa pahit itu. Selain mengandungi vitamin, sawi juga dipercayai boleh memperbanyakkan susu badan. Ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk makan sawi dengan lebih kerap untuk membantu mengatasi masalah sembelit. Cubalah resepi yang pelbagai untuk sayur sawi ini agar ia menjadi kegemaran seisi keluarga. Barli yang direbus Barli yang direbus

4. Barli
Banyak kegunaan barli dalam kehidupan seharian kita. Barli dipercayai dapat membantu menyejukkan badan. Oleh yang demikian, kita disarankan untuk minum air barli sekiranya demam. Tambahan pula, barli juga boleh membantu dalam penghasilan susu badan. Rebus barli sehingga kembang dan minum airnya setelah suam. Boleh juga ditambah sedikit gula untuk mengurangkan rasa payau.

5. Durian
Tidak ramai yang mengetahui keajaiban buah durian di dalam penghasilan susu ibu. Benar. Sesetengah ibu dikurniakan susu badan yang melimpah ruah apabila makan buah durian atau makan makanan yang berasaskan buah durian. Walaubagaimanapun, elakkan dari makan terlalu banyak buah durian kerana durian bersifat panas dan akan membuatkan suhu badan anda meningkat.

6. Anggur hitam
Anggur juga jarang diambil sebagai “milkbooster”. Namun, sesetengah ibu menyusu mengakui bahawa anggur hitam mampu menambah susu badan mereka. Kepada yang belum mencuba, silakan. Mungkin anggur hitam berjaya membantu penghasilan susu badan anda. Anda juga boleh mencuba kismis hitam kerana ia dikeringkan dari buah anggur hitam juga.

7. Oat
Bijirin ini adalah antara yang popular di kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu badan. Selain menjadi “milkbooster”, oat juga turut membantu dalam penjagaan diet para ibu kerana ianya mengenyangkan dan melawas sistem pembuangan. Oat boleh disudukan bersama air milo atau susu. Kini, oat juga boleh didapati dalam bentuk biskut dan dipek supaya mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, ibu-ibu yang sibuk tidka perlu bimbang lagi. Beli sahaja di pasar raya dan bawa beberapa paket di dalam tas tangan anda sebagai kudapan harian.

8. Horlicks
Selain oat, minuman horlicks juga dikenali ramai. Malah, rasanya juga sedap dan mengenyangkan. Akan tetapi, harganya sedikit mahal berbanding minuman kesihatan yang lain. Horlicks boleh didapati di kedai-kedai mahupun pasar raya. Ia dijual dalam bentuk serbuk dan dipek ke dalam botol atau paket. Terdapat juga pek horlicks berserta bijirin yang dijual di pasaran. Selain dibeli dalam bentuk serbuk, sesetengah kedai makan turut menyediakan air horlicks di dalam menu minuman mereka.

9. Keju
Pasti penggemar keju akan teruja mengetahui hal ini. Keju adalah salah satu hasil tenusu yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Ambillah keju di dalam sarapan anda bersama sandwich. Anda juga boleh memasak makanan berasaskan keju seperti lasagna, makaroni bakar berkeju, membuat kek keju, dan sebagainya. Kini, banyak pencuci mulut dan pembuka selera turut berasaskan keju. Keju memang menyelerakan tetapi awas! Keju mengandungi kadar lemak yang tinggi.

10. Makanan Sunnah


“Milkbooster” yang terakhir ialah makanan sunnah. Setiap rumah disarankan mempunyai makanan sunnah. Ia bukan sahaja sebagai penambah susu badan malah mengandungi khasiat yang pelbagai untuk seisi rumah tida kira usia dan jantina. Ibu hamil dan ibu menyusu sangat digalakkan untuk mengambil makanan sunnah ini. Tiga makanan sunnah yang biasa kita dengar ialah buah kurma, habbatussauda dan madu. Buah kurma boleh dimakan begitu saja atau dikisar bersama kacang badam dan susu untuk menambah susu badan. Terdapat juga jus kurma di pasaran yang telah diproses daripada buah kurma. Habbatussauda atau jintan hitam juga terkenal dengan khasiatnya. Ia boleh dimasukkan ke dalam minuman atau dimakan begitu saja. Manakala madu boleh diambil satu sudu sehari dan dibancuh ke dalam air suam lalu diminum sebaik-baiknya semasa perut kosong. Amalkanlah memakan makanan sunnah ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

Kesimpulan

Perlu diingat bahawa “milkbooster” adalah bergantung kepada badan masing-masing. Sesetengah sumber makanan sangat membantu dalam penghasilan susu badan seseorang manakala yang lainnya tidak ataupun hanya membantu sedikit.

Apa yang penting ialah berusahalah mencari “milkbooster” anda dan ambillah secara konsisten. Pengambilan yang konsisten akan membantu mengekalkan kualiti dan kuantiti susu ibu yang dihasilkan. Walaubagaimanapun, jangan mengabaikan untuk minum air yang banyak setiap hari di samping pengambilan “milkbooster”. 

Shaklee ada menawarkan "milk booster"