Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mei 2015

Risiko Hamil Pada Usia 35 ketas

Ramai dikalangan wanita berkerjaya lambat berkahwin, ini menyebabkan pada usia yang sudah meningkat naik masih ramai wanita yang hamil demi mendapatkan atau menambah zuriat. Terdapat berbagai risiko yang perlu dihadapi oleh wanita jika mengandung diusia yang sudah meningkat. Namun begitu risiko-risiko tersebut bergantung kepada individu. Terdapat juga individu yang tidak mendapat masalah langsung semasa proses kehamilan.

Antara risiko-risiko yang akan dihadapi apabila usia melebihi 35 tahun keatas adalah:-
  • Masalah ketidaksuburan
  • Tekanan darah tinggi semasa mengandung (praeklampsia)
  • Keguguran
  • Diabetes
  • Kelahiran pra-matang
  • Kelahiran secara pembedahan cesarean
  • Kelahiran Mati
  • Masalah dengan plasenta, seperti plasenta previa 
  • Masalah bayi dengan gangguan genetik seperti sindrom Down

Bagi yang merancang untuk mendapatkan zuriat boleh cuba cara ini:-
Sebelum hamil anda perlu:
1. Berjumpa dengan doktor
Doktor boleh mengkaji sejarah kesihatan anda, risiko dan ubat-ubatan dan mencadangkan cara-cara untuk mengoptimumkan peluang untuk kehamilan yang sihat. Ini juga memberi peluang untuk anda membincangkan sebarang kebimbangan yang ada tentang konsep atau kehamilan. Pastikan anda memberitahu doktor mengenai ubat-ubatan atau makanan tambahan yang diambil. Bertanyakan teknik senaman yang selamat untuk anda. Ikut nasihat doktor mengenai senaman, dan makan makanan yang sihat. Mula mengambil vitamin prenatal jika doktor cadangkan. Jangan merokok dan membataskan pengambilan alkohol dan kafein. Segala nasihat yang diberikan oleh Doktor yang membuat rawatan perlulah diikuti agar berhasil dengan izin ALLAH.

2. Tahu tanda-tanda kesuburan:
Ketahui bagaimana untuk memeriksa suhu badan anda dan semak mukus serviks anda supaya tahu masa yang terbaik untuk melakukan hubungan seks untuk hamil.
Semak dengan doktor anda jika anda tidak mendapat mengandung selepas mencuba selama enam bulan. Kebiasaanya ia mengambil masa satu hingga dua tahun untuk wanita lebih 35 tahun mengandung. Namun begitu, jika anda sedang berusaha untuk hamil lebih daripada enam bulan, ia adalah idea yang baik untuk berjumpa doktor anda. Ujian kesuburan boleh membantu mengenal pasti masalah yang boleh menghalang kehamilan, termasuk beberapa masalah yang boleh diselesaikan dengan mudah.

Semasa kehamilan:
Dapatkan pemeriksaan prenatal seperti biasa. Lawatan pranatal akan memantau kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan seperti mengesan tekanan darah tinggi di peringkat awal.Mengetahui ujian genetik. Doktor boleh menasihatkan anda untuk mengambil ujian berkaitan genetik seperti Sindrom Down dan lain-lain gangguan genetik.Amalkan cara pemakanan yang sihat dan ubah diet anda. Keperluan pemakanan anda adalah lebih tinggi semasa mengandung, jadi pastikan anda mengambil vitamin prenatal harian yang mengandungi asid folik.

Saya juga dalam proses untuk hamil lagi saya amalkan pengambilan Suplemen GLA, B Complex dan ESP. Setelah berusaha, tawakkal hanya pada ALLAH agar semua yang dirancang berjalan seperti yang diingini.

Set Kesuburan Wanita
Set Semarak Cinta
Set Kesuburan Lelaki


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
 Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh 

Rabu, 29 April 2015

10 Tanda-tanda Anda Hamil



Setiap individu yang hamil mempunyai tanda hamil yang berbeza-beza. Jika untuk saya sendiri tanda hamil kebiasaanya adalah lewat datang bulan. Antara tanda-tanda kehamilan yang lain adalah:-


1. Mengidam


Bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. 

Setiap individu mempunyai tanda kehamilan yang berbeza-beza, ambil tahu perubahan tersebut agar anda sentiasa berjaga-jaga. Tahniah jika nada HAMIL dan jika belum boleh cuba lagi dan lagi.Seterusnya berserah kepada ALLAH

SET HAMIL


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Selasa, 7 April 2015

Makanan Yang Perlu Dimakan Oleh Ibu Hamil




Mengandung adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bagi yang menghadapi alahan diawal kehamilan mesti semua makanan rasa susah nak telan tapi bila tempoh alahan berlalu seronoknya makan, tambah lagi tak kisah dengan kenaikan berat badan sebab ada alasan yang munasabah jika ada yang menegur. Walau bagaimanapun, harus diingat, ibu perlu memastikan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan. Ini kerana apa sahaja yang diambil oelh ibu juga akan di serap oleh bayi dalam kandungan.

Tiga nutrien penting yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya adalah vitamin C, asid folik dan kalsium. Cara paling mudah untuk mendapatkan kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan adalah mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian. Antara yang paling baik adalah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien lengkap bagi bakal ibu.


Antara khasiat yang terkandung dalam buah berwarna hijau atau kuning keemasan yang bersaiz kecil ini adalah seperti berikut.

 1.      Kekalkan sistem imuniti
Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia membantu pergerakan plasma dan menyimpan vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.

 2.      Tinggi asid folik
Ia menjadikan buah ini terus ideal bagi wanita hamil kerana kandungan asid folik yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%. Kebanyakan kecacatan berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan. Oleh itu sekiranya merancang untuk hamil, mula makan buah kiwi secara teratur.

3.      Mengurangkan sembelit
Sembelit akibat perubahan hormon kerap berlaku dalam kalangan ibu hamil. Buah kiwi mengandungi serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Selain mengurangkan masalah sembelit, serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Ia dapat mengelakkan kanser usus.

4.      Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa semasa trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang boleh mengganggu tumbesaran bayi dan kesihatan ibu sendiri. Kajian menunjukkan memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

5.      Merendahkan tekanan darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Tetapi sekiranya tekanan darah naik mendadak, ia membahayakan ibu dan bayi. Buah kiwi mengandungi potassium tinggi yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Harap semua yang hamil menjaga pemakanan agar seimbang dan memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang diperlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Shop SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh