Ahad, 31 Mei 2015

Omega Guard untuk Masalah Sendi


Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA , DHA , ALA, dan banyak lagi.

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA. Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien , malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard . Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl -merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).



Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak penting untuk kesihatan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.. Kebaikan EPA dan DHA yang terdapat di dalam Omega 3 memelihara fungsi-fungsi sendi dengan mengekalkan paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan.

Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Oleh itu pengambilan makanan atau supplemen yang mengandungi khasiat Omega 3 secara berterusan mencegah arthritis dan  memelihara sendi dan mampu mengurangkan masalah keradangan.




Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Kencing Kotor

Selalu dengar pasal kencing kotor dikalangan ibu hamil. Siapa pernah mengalami tentu sedia maklum bagaimana rasa sakitnya dijangkiti masalah kencing kotor. Alhamdulillah sepanjang kehamilan untuk 3 orang anak tidak pernah melalui masalh tersebut. Kesakitan apabila membuang air kecil menjadikan proses tersebut pengalaman  yang memeritkan bagi yang mengalaminya

Selain semasa hamil, masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betiks/kaki dan juga jangkitan pada payu dara.


Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin. Ini kerana semasa hamil, salur kencing urethra tertekan oleh bayi yang membesar menyebabkan kencing tertahan (urine retention), dan semasa proses bersalin mungkin berlaku kecederaan atau trauma  urethra menjadikannya bengkak dan lebam.

Dalam masa yang sama, ibu mengalami sakit pada luka bersalin/episiotomi menyebabkan kebiasaanya dia menahan kencing. Jika ibu ada mengambil ubat penahan sakit epidural, ia juga turut boleh menyebabkan rangsangan saraf ke pundi kencing terganggu seterusnya ibu tidak terasa hendak kencing.
Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). Bila seseorang mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.

Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.

Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection) dan kencing tertahan (urine retention).

Mencegah masalah kencing kotor
* Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi membuangnya. Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.

* Dalam masa yang sama,terutamanya  untuk ibu-ibu yang baharu lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.

* Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.

* Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.

* Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.

Kepada yang hamil dan bakal menjadi ibu sila buat pemeriksaan lanjut jika berlaku hal sebegini. Ambil langkah berjaga-jaga agar dapat mengelak diri dari terkena jangkitan tersebut.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Rabu, 27 Mei 2015

BELLA LISA

Bulan depan kita akan menyambut bulan puasa. Setelah itu kita akan menyambut Syawal..Jom jenguk tudung Bella Luna





NAMA : BELLA LUNA

MATERIAL : SIFON NO 1 HIGH QUALITY

SAIZ : M BOLEH ADJUST KE L

RM45 SM/ RM50 SS TERMASUK POS

ORDER: PM OR WHTSHAP 0132240354

CARA PENGUNAAN:

JUST SARUNG TERUS TERBENTUK X SAMPI SATU MINIT DAH BOLEH BERGAYA

Pelbagai pilihan warna yang mungkin menjadi pilihan anda. Jom beli borong minimum 5 helai dapat diskaun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354

Isnin, 25 Mei 2015

Senaman Kempiskan Perut


Ramai antara kita mengimpikan perut yang kempis. Jom pelajari teknik-teknik senaman yang boleh membantu anda mengempiskan perut. Antara senaman yang boleh membantu ialah:-

1. Bicycle exercise

Teknik paling efektif semasa untuk perut anda adalah dengan bicycle exercise. Senaman ini menumpukan pada bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang).

Caranya:
i) Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.
ii) Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal.
iii) Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. 

Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.

2. Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)

Konsep senaman ini lebih kurang seperti bangkit tubi, tetapi memerlukan anda mengangkat kaki anda tegak ke atas. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis.

Caranya:
i) Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.
ii) Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa
Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.

3. Bangkit tubi tangan lurus (long arm crunch)

Berbeza dengan bangkit tubi kaki tegak, anda perlu meluruskan tangan anda untuk melakukan bangkit tubi tangan lurus ini. Cara ini menambah tahap kesukaran dalam melakukan bangkit tubi kerana tangan anda bersifat pemberat.

Caranya:
i) Baring di atas lantai.
ii2) Lipatkan kaki anda.
iii) Luruskan tangan anda ke atas.
iv) Lakukan pergerakan bangkit tubi.Anda boleh mengubah suai teknik ini dengan memegang pemberat mahupun dumbell ketika melakukan aktiviti ini. Tetapi sebaiknya anda harus luruskan tangan anda serenjang dengan lantai. Dari aktiviti ke aktiviti anda boleh menambah pemberat mengikut kemampuan anda.

4. Bangkit tubi terbalik (reverse crunch)


Sekiranya anda sering menggunakan kepala untuk mengangkat badan, kali ini anda menggunakan kaki sebagai ganti. Teknik ini lebih dirasai pada bahagian bawah perut anda walaupun sebenarnya ia melibatkan seluruh otot perut anda.

Caranya:
i) Tolakkan lutut anda mendekati dada . Bermakna belakang anda turut terangkat sekali.
ii) Pastikan tangan anda bertindak sebagai tapak dengan mendepakan sedikit di atas lantai.
iii) Angkat pinggul anda.
Buat seberapa banyak set yang anda mampu

5. Senaman Plank (plank exercise)

Teknik ini bagus dalam memberikan ketahanan otot pada bahagian perut dan juga belakang.

Caranya:
i) Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi.
ii) Letakkan tangan depan anda di atas lantai.
iii) Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai.
iv) Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.Perasan tak senaman yang disenaraikan ini tidak memerlukan sebarang objek, bukan apa agar memudahkan anda.

Cara dah ada, jom amalakan salah satu dari diatas. 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Rabu, 20 Mei 2015

Resepi Bubur Asyura - Kelate



Dah lama tak makan Bubur Asyura. Bubur ni tak selalu boleh makan, orang kelantan buat pada masa bulan Maulud (cakap orang kelantan- Bulan muharram). Baru-baru ni ada jumpa resepi bubur asyura belum pernah cuba lagi tapi nak juga kongsikan dengan orang lain.



Cara penyediaan:

  1. Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
  2. Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
  3. Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
  4. empah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
  5. Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
  6. halia, serai, bawang merah dan putih- dimesin dan ditumis.
  7. Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
  8. Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
  9. Kerisek-setengah cawan

Semua bahan dimasukkan ke dalam rice cooker .Disebabkan apinya yang agak perlahan, tak perlulah selalu dikacau. Apabila hampir kering dan agak susah dikacau, masukkan ke dalam kuali.Kacau sehingga likat. Tuangkan atas bekas beralaskan daun pisang.Tabur sedikit kerisek di atasnya.



Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.



Insya-ALLAH akan cuba juga untuk buat jika terlalu mengidam.




Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh