Memaparkan catatan dengan label Vet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vet. Papar semua catatan

Selasa, 21 April 2015

Gaji Pertamaku

Setiap individu yang sudah menamatkan pengajian mesti akan berusaha untk mencari kerja. Selama 5 tahun saya belajar veterinar di Universiti Putra Malaysia,banyak pengalaman yang telah saya perolehi. Kebiasaanya di Fakulti Perubatan Veterinar bilamana berada disemester kedua tahun akhir bermacam-macam iklan company mencari pekerja. Kepada sesiapa ynag berminat perlu pergi temuduga pada waktu yang ditetapkan walaupun belum habis belajar. Saya belum teringin untuk bekerja pada masa itu jadi memang tak pergi interview langsung cuma fikir nak habiskan comprehensive jer dulu. 

Pada masa yang sama saya ada mengenali seorang senoir semasa saya menjalani praktikal di sebuah klinik kerajaan. Beliau ada menawarkan saya bekerja dengan beliau di klinik beliau setelah habis belajar. Jadi disebab dia beria mahu saya membantu  beliau diklinik saya menerima pelawaan tersebut, tambah lagi kliniknya dekat dengan rumah mak kat kampung, jadi saya ambil keputusan untuk bekerja dengan beliau dari menganggur. Berbalik kepada tajuk entry saya hari gaji pertamaku, gaji pertama yang saya terima hanyalah RM700.00 untuk bulan pertama bekerja. Apa pendapat korang semua dengan gaji banyak tu tahun 2008?

Mesti ramai yang rasa tak cukupkan. Tapi saya bersyukur walaupun sikit tetap gaji dengan hasil susah payah saya. Walaupun sikit saya tak lupa untuk bagi dekat mak saya. Sikit atau banyak gaji kita hanya kita yang kena pandai uruskan. Sekarang kalau gaji sikit macam tu mungkin orang taknak kerja, dan terus menganggur. Rezeki ALLAH yang tentukan Insya Allah setiap apa ynag diberikan adalah mencukupi untuk kita. 

Semoga semua graduan-graduan diluar sana mendapat kerja yang diharapkan, namun begitu jangan terlalu memilih kerja dalam keadaan yang memang susah untuk mencari pekerjaan.

Ini hanya pendapat saya, sesiapa sahaja boleh memberi pendapat sendiri.

Rindu dekat Fakulti yang lama


PEACE NO WAR




Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh

Rabu, 26 November 2014

Unit ICU Haiwan

Biasa kita dengar ICU untuk manusia kan, harini saya nak cerita pasal ICU Haiwan. Dulu masa belajar kemudahan kami tak secanggih sekarang. Di University Veterinary Hospital (UVH),UPM terdapat unit ICU haiwan. Unit ICU adalah merupakan tempat dimana haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, burung atau reptilia mendapatkan rawatan.
Hospital veterinar juga ada menawarkan prosedur rawatan, layanan, wad dan bilik bedah sama seperti manusia. Selain dari ICU ada juga wad kuarantin, khidmat endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser dah sama macam manusia.



Ihsan Google

Ihsan Google- surgery

Ihsan Google -Small animal clinic

Ihsan Google-Large animal

Semasa saya belajar disana pernah mengendalikan kes kucing bermasalah tulang belakang. Setiap hari saya akan menjalankan terapi terhadap pesakit dimana ia akan berenang dalam air. Bila diingat semula seronok rasanya. Pengalaman itu saya tak kan dapat di tempat lain.


Sedikit maklumat mengenai UVH


- Ditubuhkan sejak 1975.
- Dinobatkan sebagai hospital veterinar terbesar di Malaysia dan memiliki peralatan tercanggih di Asia Tenggara.
- Premis barunya dilengkapi 11 bilik konsultasi termasuk rawatan kecemasan, bilik onkologi dan bilik oftalmologi.
- Wad Kucing boleh menampung 61 ekor haiwan kesayangan.
- Wad Anjing mampu menempatkan 22 anjing dalam satu masa.
- Wad ICU boleh memuatkan 15 pesakit kritikal.
- Wad Kuarantin mampu menempatkan 27 haiwan yang menghidap penyakit berjangkit.
- Terdapat enam bilik bedah dilengkapi peralatan terkini.
- Spesies haiwan besar boleh dirawat di bilik bedah khusus yang lebih luas.
- Kebanyakan haiwan besar seperti kuda, kambing, lembu dan khinzir dirawat di ladang ternakan.
- Selain rawatan, UVH turut menawarkan khidmat vaksinasi.
- Proses pengajaran dan pembelajaran di UVH disokong kepakaran perunding dan pegawai veterinar dari enam jabatan.
- Perkhidmatan ditawarkan termasuk pengesanan, rawatan penyakit, kesihatan kelompok, kawalan penyakit, ultra bunyi dan khidmat nasihat.
- Antara haiwan peliharaan yang biasa di bawa ke UVH ialah kucing, anjing, arnab, burung, reptilia dan haiwan eksotik.


Pada sesiapa yang mempunyai haiwan ternakan atau haiwan peliharaan boleh la berkunjung ke sini.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee

Isnin, 17 November 2014

Pengalaman Pelajar Veterinar

Kenangan 12 tahun dulu memang pengalaman yang tidak akan saya lupakan. 5 tahun berada di Universiti Putra Malaysia (UPM), mengambil course Doktor perubatan Veterinar. Saya merupakan pelajar kemasukan 2002-2007, kenangan pahit dan manis saya di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM sehingga sekarang tidak akan dapat saya lupakan. 

Bangunan Fakulti yang saya belajar dulu.

Tahun Pertama adalah merupakan permulaan bagi semua pelajar di Universiti. Subjek yang diambil pada tahun pertama masih boleh diterima (pada pendapat saya). Tapi bila masuk tahun kedua (dah start subjek fakuti) satu cabaran belajar dibidang Veterinar kerana sangat banyak Spesis yang perlu dipelajari, dari segi anatomi, patologi dan penyakit. Ada segelintir yang menukar course kerana beranggapan susah untuk meneruskannya. Pernah juga terdetik dihati ingin menukar course (huhu sabor je lar). Sampai tahap pernah juga air mata mengalir (takut tak lulus sebenarnya) sebab rasa dah tak sanggup nak lalui semua tu. Atas nasihat kawan-kawan dan dorongan dari keluarga, saya cuba usahakan juga.

Bilamana masuk tahun ke 4 dan 5, kami dibahagikan kepada kumpulan yang kecil. Satu kumpulkan ada lebih kurang 6-7 orang sahaja. Kami akan bergilir-gilir dengan  kumpulan yang lain melalui latihan sama ada klinik,ward and ruminan. Ward lebih kepada menjaga haiwan yang akan melalui proses pembedahan sama ada minor atau major.  Klinik pula lebih kepada menjaga haiwan yang telah menjalani pembedahan. Ruminan pula lebih kepada lembu dan kambing sama ada kami keluar ke ladang atau merawat lembu didalam UPM sahaja.

Setiap pelajar Veterinar perlu melakukan pembentangan dua kali sepanjang tempoh pembelajaran. Satu pembentangan untuk small animal dan satu lagi large animal. Pembentangan itu biasanya akan disaksikan  oleh satu dewan yang dipenuhi oleh pensyarah dan pelajar sama ada senior ataupun junior. Tahun akhir adalah cabaran yang agak besar dimana kami perlu menyiapkan final year project dan perlu dibentangkan di dewan untuk penilaian markah. Disamping itu kami juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi ujian akhir yang dipanggil comprehensive. Comprehensive terbahagi kepada writing dan oral. Oral pula dibahagikan kepada paraclinical,preclinical dan clinical dan dihadiri oelh internal (pensyarah UPM)dan external examiner (pensyarah luar masa saya dulu dari jepun dan German kalau tak silap). 

Pada masa tunggu keputusan ALLAH sahaja yang tahu berdebarnya. Namun begitu Alhamdulillah segala jerih payah saya belajar Veterinar di UPM berbayar dengan kerja saya sekarang dan saya dapat membalas segala pengorbanan yang keluarga saya lakukan. Tahun 2007 saya habis belajar, 2008 say dah berjaya dapat kerja tetap yang saya kerja sekarang. Sekarang selain UPM, UMK juga menawarkan Doktor Perubatan Veterinar. Saya harap semua yang mengikuti bidang ini jangan cepat putus asa, dan pastikan anda minat haiwan semua spesis. Jangan minat kucing jer tau..:)

Bangunan Fakulti veterinar yang baru setelah saya habis belajar disana.


Setiap orang mesti ada kenangan pahit manis semasa belajar dulu. Apa pun kenangan itu mesti takkan kita lupakan.


Jumpa lagi di entry yang lain...