Rabu, 10 Disember 2014

Resepi Air Detox



Sebelum ni saya dah kongsikan pasal AIR DETOX jadi kali saya nak kongsikan pula resepi-resepi yang boleh digunakan untuk buat AIR DETOX ni.

Resipi dan kegunaan AIR DETOX

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.

Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.


Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman



Ia juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan



Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita.Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan. AIR DETOX ni insyaAllah dapat membantu proses diet dengan lebih cepat.


Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati.

Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. AIR DETOX dari limau nipis, oren dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.


Air Detox untuk kempiskan perut.

Resipi ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. AIR DETOX dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.

Pada sesiapa yang rasa boleh minum air macam ni boleh la cuba. Saya rasa macam tak boleh nak telan air macam ni. Jadi saya lebih suka makan SET DETOX SHAKLEE.

AIR DETOX 
MAKANAN DETOX




Sumber Resepi Hasyanaurah
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 

20 ulasan:

  1. Dah beli lemon utk buat air detox ni... tak sabar nak cuba...hihihi

    BalasPadam
  2. Air detox ni bagus untuk buang toksin. Tapi itulah, kadang-kadang takde masa untuk membuatnya.Weekend nanti nak cuba!
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 tu memang rasa nka buat tapi tak terbuat jer...

      Padam
  3. Air detox halia..pernah cuba sekali,walaupun payah nak telan tapi habis juga segelas besar gara-gara nak kempiskan perut.. Hihi
    Tapi sekarang telan Shaklee je


    Lecithin vs OmegaGuard

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau untuk kebaikan suasah sikit pun takpe...

      Padam
  4. Suami dah banyak kali cakap bila lah nak buat air limau ni...tapi saya selalu je lupa...nak kena buat juga ni.

    panduan dan tips mudah hamil bersama set kesuburan shaklee

    BalasPadam
  5. Tak pernah berkesempatan buat lagi air detox nie..

    JommSihatDanCantik -> TIPS: KASUT SESUAI BUAT IBU HAMIL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari masa..macam sya jugak belum pernah buat..

      Padam
  6. Sy suka campuran lemon dan limau nipis utk detox..2x dalam seminggu sy akan amalkan air detox.rasa segar je badan

    BalasPadam
  7. cuma pastikan buah dan daun tu dibersihkan betul-betul terlebih dahulu untuk mengelakkan kita terminum pesticide pula..cuci dengan basic-H2 ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2..sya setuju..kang dapat lak sakit lain..

      Padam
  8. Klau letak limau nipis sja..sbb xckup bahan..mnjdi x?..

    BalasPadam
  9. assalam..sy nk tnya tea hijau tu x ksah ke jnama pa pun ke??

    BalasPadam