Rabu, 19 November 2014

Khasiat Terung Susu



Harini saya berkesempatan menjengah perpustakaan di tempat kerja. Sebenarnya pergi nak fotostat sijil untuk pembaharuan Annual Practice Certificate (APC) saya sebagai Veterinawan (bahasa kampung panggil doktor haiwan). 

Bila dah siap fotostat duduk sekejap kat situ konon nak baca surat khabar, tapi mata melilau kearah majalah hati terdetik dah lama tak baca majalah Mingguan Wanita. Tanya kakitangan yang ada kat situ ada tak majalah yang baru, katanya ada orang dah pinjam. Jadi saya terus capai secara random dapat yang Januari 2014. Terus buka satu-satu mukasurat majalah tersebut, tiba-tiba mata terpandang tajuk “Terung Susu Membantu Mengawal Kencing Manis”. Menarik tajuk yang diutarakan. Saya sendiri tak pernah tahu ada buah yang dipanggil terung susu, terung biasa tu jer yang saya tahu dan makan. Jadi malamnya saya "google" untuk tahu lebih sikit pasal terung susu, dapat sedikit maklumat tambahan..jom sama-sama tambah ilmu.




Terung susu adalah merupakan tumbuhan yang biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk dan warna buahnya yang menarik.Ianya boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki dan merupakan tumbuhan tropika.

Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih.

Ia merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.






Nama Tempatan
Terung susu kambing

Nama Saintifik
Solanum

Spesis
S. mammosum

    Kegunaan

    • Dalam perubatan tradisional melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi, kencing manis/diabetes, buasir dan barah buah dada.
    • Untuk penyakit darah tinggi, bahagian yang digunakan ialah buahnya.
    • Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.
    Shaklee turut menawarkan produk yang boleh membantu mengawal darah tinggi, kencing manis,buasir dan sel-sel abnormal.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut hubugi saya:







    29 ulasan:

    1. Comelnya terung susu dalam gambar tu. kalau ade depan mata macam sayang pula nak makan... hihihi... Tq atas info nya...

      Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

      BalasPadam
      Balasan
      1. Itu comel sangat..mcm mainan budak pun ada rupa jugak...:)

        Padam
    2. Ros suka makan terung..buat pajeri perghh sedap..tapi xtahu pulak ada terung susu..hehe..comel je..wah bgus untuk darah tinggi ye..nanti bolej sembang2 dengan mak pasal terung ni..tq for info

      Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

      BalasPadam
      Balasan
      1. Biasa tgk terung goreng tau masak kari...pajeri belum try lagi..

        Padam
    3. Aah comel.. serious tak pernah tengok. Banyak khasiatnya. Terima kasih share info :)

      BalasPadam
    4. Pernah tengok kat pasar..tapi tak tau pulak ni terung susu..

      BalasPadam
    5. Tak pernah tgk lg terung susu ni. Mcm syg plak nk makan. Huhu. Comel je bentuk dia..

      Tips & Info >>> PNEUMOKOKAL ancam kanak-kanak

      BalasPadam
    6. Tak pernah tengok jenis terung susu ni.selalu tengok terung biasa saja..khasit terung susu ni banyak betul.

      BalasPadam
    7. serius tak pernah tengok ngan dengar nama terung susu...nasib penulis tulis pasal ia..at least bertambah ilmu pasal terung susu ni

      bahayanya HB rendah

      BalasPadam
    8. Comelnya terung susu ni...tak pernah tengok pulak ada terung yang rupanya macam ni...banyak betul khasiat terung ni.

      BalasPadam
    9. Selama ni cuma kenal terung biasa dan terung pipit je. Tapi memang comel terung susu ni, macam permainan pun ye ~
      Jom Dapatkan Hadiah Comel Ini

      BalasPadam
    10. X pernah nampak pula terung ni.comel je.bnayak pula kebaikkannya.tqsm for sharing
      resepi hati ayam goreng kicap

      BalasPadam
    11. comel betul terung susu nie...tak pernah tengok. Hurmm..sebut pasal terung, terbayang kari terung..nyum3..sedapnye

      NAK CANTIK, NAK SIHAT MEH BACA SINI

      BalasPadam
    12. Tak pernah dengar nama terung nie. Tapi sekali tengok cute jugak ye. Subhanallah.Cantik colour dia.

      JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

      BalasPadam
    13. Rasa pernah tengok dulu-dulu terung ni, tapi tak tahu plak nama terung susu..comel sangat

      BalasPadam
    14. Terung susu pon ada erq..x pernah tahu selama ni..hehe

      BalasPadam
    15. Saya tak makan terung.. tapi nantj nak suruh mak cuba lah..

      BalasPadam
    16. Sy oun xpenah tgk jenis terung macam ni..tp terung biasa kalo buat sambal cili padi mmg bestt..terangkat

      SAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR

      BalasPadam
    17. Owh.. Ini ke terung susu.. Tak pernah tau namanya.. terung purple tau la.. Hehe..Byk.Khasiatnya eh.. Blh tanam sbelah rumah ni.. Tapi lg sng ambil vitamin Shaklee.. hehe..Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

      BalasPadam
    18. First time dengar nama terung susu ni.. First baca tajuk ingtkan teruk masak susu..haha nampak sungguh memang tak tau pasal pokok ni sebelum ni.. Bagus info ni.. Banyak khasiat plk tu yer..

      Jemput singgah>> Tips Atasi Stretchmark Sebelum Suami 'Buka Mulut' Tak Licin Seperti Dulu

      BalasPadam
    19. Baru kali ini tahu yang buah jenis ini namanya terung susu..dulu tahu bentuk nya sahaja tapi tak tahu nama...terima kasih atas informasinya.

      bahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja

      BalasPadam
    20. Comel nyer...heheee....xprnh jmp lgi nie.blh lh cuba cari nnti...

      BalasPadam
    21. pertama kali dengar dan pertama kali tengok terung susu ni.. comel je terung susu ni..

      BalasPadam