Jumaat, 13 Mac 2015

Kari Kepala Ikan Salmon

Sebut saje kari kepala ikan salmon mesti ramai yang rasa pelik. Tak ramai yang buat kepala ikan salmon sebagai kari betul tak. Tapi suami saya suka sangat kari kepala ikan salmon ni sebab dia kata lemak yang terdpat pada kepala ikan salmon tu sedap. Pada yang tak pernah cuba boeh la cuba. Biasanya kami memang beli kepala jer untuk buat kari dan kalau beli yang slice isi ikan pulak saya lebih suka goreg kunyit jer. Anak-anak saya memang suka makna ikan goreng kuniyt ni..siap ratah lagi.

Jom tengok resepi Kari kepala ikan salmon.

Ihsan Google


Bahan-bahan
  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 kepala ikan salmon – bersaiz besar (sekitar 600gm) dibelah dan dibersihkan.
  • 1 bungkus rempah kari ikan (kalau yang suka kari lebih boleh tambah lagi ikut citarasa sendiri)
  • 8-10 biji kacang bendi (kadang tu kalau takde tak masukkan pun)
  • 1 tangkai daun kari (ikut stok juga-kalau ada baru masukkan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air dan minyak untuk menumis
  • susu cair atau santan (suami lebih suka susu).

Cara Penyediaan


  1. Bancuhkan serbuk kari bersama air(sampai nampak likat sikit)
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih. Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah/serbuk kari yang dibancuh tadi dan kacau rata sehingga terbit minyak.
  4. Tambahkan santan/susu mengikut kadar kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih (jika terlalu pekat boleh tambah air).
  5. Kemudian  masukkan kacang bendi dan garam secukup rasa dan kemudian masukkan kepala ikan tadi.
  6. Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.
  7. Siap dan hidangkan.
 
Ihsan blog khairulabdullah
Sesiapa yang belum cuba boleh la cuba resepi ni. Best juga ikan Salmon buat masakan kari.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli??