Selasa, 16 Disember 2014

Petua Selepas Bersalin

Petua selepas bersalin

Setiap orang mesti biasa dengan petua. Setiap individu mewarisi petua yang berbeza-beza mengikut petua keluarga masing-masing. Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.


Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.

Shaklee ada menawarkan SET BERPANTANG yang lengkap. Set ini saya gunakan semasa anak ketiga, badan rasa cergas. Sesiapa yang belum pasti nak ambil produk mana boleh cuba yang ini.


 Keterangan lanjut mengenai produk boleh klik SINI ya.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f512bcc142683f9185ea27c41855ed64
Resepi Masa Pantang
Set Menyusu

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??
Cara Jadi Ahli Shaklee

9 ulasan:

  1. tradisi dan moden digabungkan sekali semasa pantang....
    tapi kalo nak senang, ambil je set berpantang shaklee.

    ESP DAN GLA PENANGAN UNTUK KULIT CANTIK

    BalasPadam
  2. next baby nak berpantang dengan shaklee :) nyesal pula kenal shaklee lambat

    BalasPadam
  3. untuk dalaman memang amal shaklee kalau luaran memang kena la macam bertungku, berbengkung bagai..

    Testimoni Collagen Shaklee Buat Wanita Tidak Percaya

    BalasPadam
  4. Walaupun dah modern, saya tetap suka dengan cara berpantang lama. Cuma jamu je saya tak makan sebab baby jenis yang tak tahan panas. Sudah semestinya Set Berpantang Shaklee bakal jadi pilihan.
    6 Kebaikan ESP Yang Buat Hati Tertawan

    BalasPadam
  5. Huda masa dalam pantang dulu makan halia goreng ngan kunyit hidup. Tapi tak konsisten lah.Sebab xlalu..huhuu

    JommSihatDanCantik -> ASAL STRESS JERR MAKAN!

    BalasPadam
  6. Berpantang cara lama ataupun cara moden tetap sama...apa yang penting ingin dapatkan tubuh yang sentiasa sihat dan bertenaga...bertuahnya bagi mereka yang berpantang dengan produk shaklee.

    pengakuan eksklusif seorang wanita tersalah mengambil produk yang mengandungi bahan kimia

    BalasPadam
  7. Info yg bagus buat ibu2 muda yg br nak bergelar ibu...walau pun zaman dah moden berpantang cara lama ttp tidak dilupa.nice sharing

    Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin E

    BalasPadam
  8. saya amalkan kedua-duanya, tradisional dan moden seperti ambil set shaklee ni, tapi rasanya tak pernah lagi buat kesemua petua di atas kecuali minum air kunyit ehehe

    BalasPadam