Isnin, 15 Disember 2014

Kopi Luwak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Semua pernah dengar pasal Kopi Luwak tak??





Saya pertama kali dengar dari suami, ingatkan ejaannya Kopi Luak tapi salah rupanya. Baru seminggu lepas suami tiba-tiba cakap dia pernah makan kopi luwak masa pergi bandung tahun lepas. Dia ada bagitau harga kopi tu kat saya..agak terkejut jugak dengar harga dia RM 50.00 secawan (itu pun sebab ada diskaun). 

Tapi saya  tetap tanya sampai 3 kali nak confirmkan harga yang saya dengar tu betul ker..sampai tahap saya cakap kat suami 50 rupiah ker??Ringgit Malaysia la dia kata...Pastu pernah jugak blogwalking seseorang ada tunjuk Kopi Luwak ni Harga RM90.00. jadi memang betul la harga kopi ni sangat mahal.


Kopi Luwak memang terkenal  dengan rasanya yang sangat sedap (suami kata rasanya biasa sahaja sebab dia bukan penggemar kopi). Bagi seorang peminat  kopi mereka boleh membezakan dan menilai mana jenis kopi yang mempunyai rasa yang sedap dimana berkualiti baik dan mana kurang berkualiti. Kopi Luwak merupakan jenis kopi asli Indonesia, yang pertama kalinya dikenali masa penjajahan Belanda.

Sejarah kopi luwak
Sejarah kopi Luwak sangat berkaitan penjajahan Belanda atau masa kolonial dahulu. Pada zaman dahulu Penjajah Belanda mengamalkan sistem  tanam paksa. Belanda memaksa pribumi untuk menanam rempah-ratus dan salah satunya ialah Kopi. Pada masa tersebut pribumi dilarang menjual, merasa, bahkan memetik biji kopi yang ditanam. Sehingga mereka berfikir cara untuk mereka nikmati kopi tersebut. Suatu hari mereka melihat Musang  memakan biji kopi, tetapi najis dari musang merupakan biji kopi asli, biji dan kulit masih tidak berubah dari yang asal.

Maka mereka (Petani) mengambil biji kopi (najis musang), di cuci bersih, lalu menumbuknya dan seterusnya di rendam dengan air panas. Kopi yang terhasil mempunyai rasa yang sangat luar biasa. Berita tersebut sampai kepada pengetahuan orang Belanda. Bermula dari situ ornag Belanda sangat sukakan kopi yang berasal dari najis musang. Harga kopi luwak sangat  mahal kerana proses pembuatannya yang tidak seperti kebiasaan. Kopi Luwak dikatakan sedap kerana Luwak (Musang) hanya memilih jenis biji yang mempunyai tahap kematangan sempurna serta berkualiti baik, maka dihasilkanlah kopi Luwak yang baik.
 


Ketika berada dalam dalam perut dan saluran usus musang itu selama satu setengah hari, enzim proteolytic akan meresap dan mencernakan protein yang terdapat biji kopi ini. Pencernaan protein ini akan menghuraikan rantai molekul-molekul protein dan menghasilkan beberapa asid amino yang baru.



Jadi perncernaan hanya berlaku dalam biji kopi, dan apabila biji kopi ini dikeluarkan melalui dubur bersama najis musang, biji kopi ini masih tidak berubah sifat fizikalnya. Penghuraian protein ini kepada asid amino yang lebih kecil akan menyebabkan kopi yang dihasilkan akan mengeluarkan aroma yang lebih wangi dan mengurangkan rasa pahit. (rujuk: Marcone, Massimo, Food Research International, Volume 37, Issue 9, pages 901-912, 2004)


Dalam kajian yang dihasilkan oleh Marcone (2004), juga mendapati bahawa kopi luwak ini selamat diminum. Kuman-kuman yang mungkin berada di usus dan dubur musang dan melekat pada biji kopi sangat sedikit. Oleh itu ia tidak membahayakan peminum kopi kerana kuman-kuman ini akan hilang setelah melalui proses pembersihan, dan panggangan dengan haba yang tinggi sebelum dibungkus dan dijual. Tidak banyak kajian yang menyokong manfaat kopi luwak ini. 

 
Kopi ini hanya bermanfaat kepada peminumnya hanya kerana mempunyai kandungan kafein sebagaimana kopi-kopi yang lain. Sebagai contoh, kopi berkafein bermanfaat untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit nyanyuk Alzheimer dan Parkinson. Kandungan antioksidan dalam kopi akan menghalang kerosakan sel-sel otak. Jadi peminum kopi akan mendapat manfaat dari bahan kafein yang terdapat pada biji kopi.


Lepas dah baca sejarah kopi luwak ni saya rasa tak lalu nak minum kopi luwak ni.Anda semua ada yang dah cuba?Macam mana rasa dia ok ker?Bila baca najis tu saya mula terfikir boleh makan ker kopi ni??Halal ker? 


Saya cuba cari tentang isu ni, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
 
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Pada yang pergi ke Indonesia nanti boleh la cuba kopi ni. Lepas tu jangan lupa untuk kongsikan disini.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
Facebook: Niny Fariza
Page: DR NF Supplement Shop
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
 Nak jadi Ahli??
Cara Jadi Ahli Shaklee

10 ulasan:

  1. Memang selalu juga dengar cerita tentang kupi Luwak ni tapi tak pernah cuba lagi. Kebetulan, ila sendiri bukan penggemar kopi. Tapi memang unik juga kopi ni hingga ramai yang jadi penggemarnya:-)
    Kisah Liat Bayar Hutang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kalau tahu mcam tu rupanya kopi ni saya mungkin tak minum walaupun saya penggemar kopi

      Padam
  2. Kopi luwak memang dikatakan sedap dan mahal. Ianya setanding dengan mutu dan keenakkan rasanya. Kalau anda bercadang nak kan kopi luwak yang original....datanglah melawat bali...disana surga kopi luwak untuk anda

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. sya pun tak pernah dengar sampai suami say sebut hari tu nabila.

      Padam
  4. Tak pernah tengok kopi nie apatah lagi minum. Rasa dia cemana ye..

    JommSihatDanCantik -> PERBEZAAN SUSU BAYI TAK CUKUP BULAN

    BalasPadam
  5. Alamak walau ramai kata mahal dan sedal tapi setelah tahu asalnya dari mana.. emm macam fikir 2-3kali juga sebelum minum. Hehe

    BalasPadam