Isnin, 29 Disember 2014

Makanan Laut Cerdaskan Anak.

Fakta pemakanan membuktikan bahawa makanan laut kaya dengan khasiat yang diperlukan untuk pertumbahan dan perkembangan sihat dan cerdas anak. Kandungan proteinnya yang tinggi sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka. Fakta paling menarik apabila dikatakan, dengan makan makanan laut ia boleh meningkatkan kecerdasan anak.
Makanan laut mengandungi protein sebanyak 15%, lemak 15% dan vitamin mineral 5%, ia juga terkenal mengandungi Omega 6, Omega 9 dan asid amino essensial yang boleh membantu perkembangan optima seorang anak.

Makanan yang termasuk dalam kategori makanan laut adalah ikan, udang, sotong, rumpai laut dan ketam.  Makanan laut juga baik untuk membantu sistem pencernaan anak. Oleh itu ibu disarankan memperkenalkan makanan laut kepada anak sejak awal lagi. Kandungan protein yang tinggi dalam makanan laut digunakan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan anak.
Tidak hairanlah jika anak yang gemar makan makanan laut sejak usia kanak-kanak akan memiliki ketinggian badan lebih optima berbanding anak yang tidak makan makanan laut. Makanan laut juga membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan protein yang dimiliki mudah dihadam.
Selain kandungan protein yang tinggi, makanan laut juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan jantung. Menurut fakta pemakanan, kandungan lemak tidak tepu yang ada dalam makanan laut tinggi dan boleh mencegah masalah jantung koroner.
Selain daripada itu, fakta menarik yang mesti diketahui iaitu makanan laut mengandungi taurin yang juga terdapat dalam susu ibu. Taurin diperlukan bayi untuk pertumbuhan sarafnya dan mencerdaskan minda. Kandungan taurin yang tinggi boleh diperoleh daripada kerang dan ketam.  Makanan laut membantu pembentukan otot dan menjaga keseimbangan metabolilsme badan.

Bagi kanak-kanak Shaklee ada menawarkan set untuk kanak-kanak:



  1. Omega Guard
  2. Mealshake
  3. Lecithin
  4. Vitamin C Chewable   




Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang alahan dengan makanan laut boleh cuba produk ini.Kandungan nutrisi yang cukup untuk perkembangan anak anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli??