Jumaat, 12 Disember 2014

Tips Memikat Suami

Sape tak sayang suami betul tak??

Gambar masa sanding 29.5.2008

Semua insan yang bergelar isteri mesti sayangkan suami masing-masing...
Bila dengar jer orang cakap suami keluar dengan perempuan lain mesti melenting (pandai-pandai jer Niny Fariza ni, kalau salah jangan marah yer)..

Jom belajar tips memikat suami



Perkahwinan adalah komitmen hubungan diantara suami dan isteri untuk seumur hidup. Namun begitu, pihak ketiga mungkin akan menyelit dalam hubungan anda denga si suami. Anda pasti akan rasa sedih dan sakit hati apabila mengetahui yang suami anda curang. Tetapi, jangan berputus asa dan serah si suami kepada orang ketiga itu dengan begitu sahaja.


Antara punca-punca suami beralih arah ialah:-


  • Isteri tidak menjaga penampilan diri
  • Isteri tidak menjaga keperluan suami
  • Isteri tidak pandai membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga
  • Isteri tidak tahu menguruskan hal ehwal rumahtangga
  • Isteri lebih banyak bersosial dengan teman-teman berbanding keluarga


Jadi, apakah cara-cara untuk memikat hati suami anda semula? Nampak remeh tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk menjaga keharmonian rumah tangga.



  • Menjaga kecantikkan diri luar dan dalam ~Kebanyakan isteri lebih gemar bersolek jika hendak keluar rumahberbanding ketika berada di rumah. Ini adalah salah. Anda seharusnya kelihatan cantik untuk suami sahaja seperti yang di tuntut di dalam agama Islam. Kecantikan bukanlah hanya pada luaran tetapi juga dalaman. Oleh itu, jagalah perilaku ketika bersama suami agar suami lebih senang ketika berada di samping kita. Mungkin anda terlalu sibuk menjaga anak-anak dan mengemas rumah sehingga lupa menjaga penampilan diri anda. Inilah masa yang sesuai untuk mereka diri anda semula. Serlahkan personaliti anda dengan penampilan baru. Ambil masa untuk dandan rambut dan berpakaian lawa. Jika anda seorang wanita berkerjaya, cuba luangkan masa untuk suami anda dan jangan hanya bekerja sahaja. Fikir semula bagaimana anda berdua jatuh cinta.Anda boleh cuba Set Kecantikan dari Shaklee

  • Kecilkan dan Rampingkan bentuk badan anda Tidak dinafikan, lelaki suka memandang wanita yang dahi lincin, seksi dan ramping. Tak salah, kerana itu nafsu lelaki. Kelemahan mereka itu, anda jadikan kekuatan diri anda. Untuk kurus dan ramping boleh cuba Set Kurus Shaklee.
  • Masak untuk suami anda. Kenapa mesti memasak? Pernahkah anda dengar yang cara untuk menambat hati seorang lelaki adalah melalui perutnya? Masak masakan yang digemari suami anda selalu. Jadikan ini sebagai cara untuk meluangkan masa bersama si suami dan mendengar masalah-masalah kerjanya. Apabila dia meilhat usaha anda, dia akan fikir semula perbuatan curangnya itu. Adakah berbaloi untuk dia tinggalkan isterinya demi wanita lain?
  • Melayan suami bagaikan raja ~Suami adalah ketua keluarga. Seharusnya isteri melayan suami seperti raja. Ringan-ringankanlah tulang membantu suami. Ambil peluang ketika bersamanya untuk merapatkan lagi hubungan anda berdua seperti membantunya memotong kuku, membersihkan telinga, badan dan sebagainya.
  • Meluangkan masa untuk suami ~Sesibuk mana pun seorang isteri, cubalah luangkan masa bersama suami anda. Hanya masa yang berkualiti sahaja sekiranya di manfaatkan dapat memberikan kesan yang positif kepada suami. Barulah suami rasa di hargai isteri. Merasakan bahawa dirinya adalah sebahagian dari hidup si isteri. Jika anda sebagai isteri hanya menumpukan kepada kerjaya semata-mata, tidak mustahil, rumahtangga akan semakin goyah.
  • Senantiasa berdoa meminta kepada Yang Maha Esa untuk suami sentiasa sayang kepada anda.

  • Apabila anda diminta dibuat sesuatu, elakkan sikap lambat-lambatkannya sebaliknya lakukan dengan serta merta dengan ikhlas dan tanpa banyak komen.
  • Walaupun perempuan terkenal dengan merajuk dan 1001 perangai, elakkan untuk biarkan suami berkecil hati atau merajuk/marah terlalu lama. Cepat-cepatlah memujuk. Letakkan jauh ego anda, demi dapatkan keluarga bahagia.
  • Ucapkanlah kata sayang dan romantic mesra anda kepada suami anda setiap hari. Amalkan untuk akhiri perbualan atau mesej anda dengan ucapan kata saying
  • Jangan kedekut untuk memberi pujian kepada suami seperti penampilannya, wajah, rambut, dan sebagainya
  • Sentiasa dalam keadaan kemas, wangi dan cantik meskipun hanya berada di dalam rumah. Elakkan diri berbau, kusut masai kerana beringat bahawa mereka suka perempuan yang kemas dan cantik sentiasa
  • Curi masa untuk berjemaah bersama suami anda. Mungkin semasa hujung minggu kerana dengan jadikannya amalan harian untuk merapatkan lagi hubungan anda dan suami
  • Walaupun anda juga penat seharian bekerja, curi juga masa anda untuk belai suami anda selepas mereka pulang dari kerja. Urutlah badan mereka, hidangkan air untuknya semoga segala penat lelah seharian bekerja mereka hilang dibelai anda
  • Sentiasa senyum dan bermuka manis di hadapan suami
  • Ringankan mulut untuk berpesan kepada suami. Atau erti kata lain untuk saling ingat-mengingati
  • Walaupun anda bukan seorang pakar memasak, tetapi cuba untuk belajar memasak masakan kegemaran suami
  • Tanamkan keprihatinan di dalam diri anda. Latih diri anda untuk bertanya tentang suami, bagaimana harinya dan sebagainya
  • Belajar lakukan sesuatu di luar jangkaan. Seperti kejutan mesra dengan tinggalkan note sebelum anda ke kerja untuk suami anda baca nanti
  • Pastikan rumah dalam keadaan bersih dan tersusun
  • Akur kepada suami. Jangan sesekali melawan. Jika ada yang menganggu fikiran anda, cuba untuk berbincang dan luahkan pendapat anda dengan nada yang tenang supaya tiada ketegangan berlaku

Kepada si isteri, ingat, jaga maruah diri dan juga banyak bersabar dalam perjalanan untuk memikat hati suami anda semula.



Apapun jom try Set Semarak Cinta semoga hubungan anda lebih bermakna.





Semoga hubungan kami kekal selamanya.. AMIN..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
 Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

13 ulasan:

  1. semoga hingga ke syurga.amiinn..banyak info boleh amalkan nie..

    JommSihatDanCantik -> LUAHAN HATI SEORANG BAYI

    BalasPadam
  2. Info yang membuka mata agar suami tak cari lain..selalunya kat rumah pakaian pun macam bibik je..seharian di rumah, melayan anak-anak, memasak,mengemas hmm, memang rupa bibik le..
    Lepas ni kena rajin!! Tak nak suami cari lain!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..dah macam jad lumrah hidup kan kat rumah tak kemas snagt pun..

      Padam
  3. set suami isteri memang perlu ada dirumah anda masing-masing, untuk menngeratkan lagi hubungan suami isteri.

    Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

    BalasPadam
  4. Info yang sangat bagus. Moga perkahwinan kita semua kekal hingga ke akhir hayat. Amin
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..semoga semua orang berbahagia dna kekal..

      Padam
  5. Utk suami mmg kene barkorban sikit..insyallah ada kebaikan utk hubungan suami isteri dan kekal bahagia dunia akhirat.nak lagi mantap,ambil set cinta shaklee utk lebih umpp

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengorbnan yang dilkaukan memng akan ada balasan yang baik menunggu..

      Padam