Milk Booster
Susu ibu mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protein,
karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Malah, nutrien yang terkandung
dalam susu ibu dapat membantu melancarkan proses penghadaman bayi. Menyusukan
bayi pada awalnya adalah saat paling sukar buat ibu. Anda tidak akan berdepan
dengan sebarang masalah sekiranya berjaya melepasi tahap ini. Perkara yang
paling dibimbangi para ibu ialah kekurangan susu. Untuk pengetahuan ibu, susu
yang dihasilkan oleh payudara adalah mengikut keperluan bayi. Bayi yang baru
lahir mempunyai perut hanya sebesar guli. Jadi ibu tidak perlu bimbang susu
badan yang diberi tidak mencukupi. “Milkbooster” boleh didapati daripada
pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein,
karbohidrat, produk tenusu dan sebagainya. Di bawah ini disenaraikan makanan
atau minuman yang boleh diambil semasa tempoh proses penyusuan.
Antara makanan dan minumam yang dianggap sebagai "milkbooster" adalah:-
1.Lobak merah/putih
Lobak dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak terutamanya lobak putih. Caranya ialah dengan diparut dan diperah airnya lalu diminum. Rasanya tidak akan membuatkan anda tersenyum akan tetapi hasilnya mungkin memberangsangkan. Lobak merah pula boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam. Juga boleh dimakan mentah memandangkan rasanya lebih enak berbanding lobak putih. Sayur bayam hijau yang segar Sayur bayam hijau yang segar
2. Bayam
Sesetengah ibu tidak mengambil bayam di dalam pemakanan
harian kerana terpengaruh dengan pesan orang tua-tua yang mengatakan bayam
adalah makanan “sejuk” yang boleh memudaratkan badan ibu yang baru lepas
bersalin dan juga dikhuatiri menyebabkan bayi kembung perut. Walaubagaimanapun,
bayam punya khasiat tersendiri sebagai “milkbooster”. Cubalah dalam kuantiti
yang sedikit terlebih dahulu dan lihat kesannya. Basuh bersih-bersih dulu
sebelum masak Basuh bersih-bersih
dulu sebelum masak
3. Sawi
Sayur sawi terkenal dengan kepahitannya. Namun begitu, jika
mengetahui khasiatnya, anda pasti akan melupakan rasa pahit itu. Selain
mengandungi vitamin, sawi juga dipercayai boleh memperbanyakkan susu badan. Ibu
yang sedang hamil juga digalakkan untuk makan sawi dengan lebih kerap untuk
membantu mengatasi masalah sembelit. Cubalah resepi yang pelbagai untuk sayur
sawi ini agar ia menjadi kegemaran seisi keluarga. Barli yang direbus Barli yang direbus
4. Barli
Banyak kegunaan barli dalam kehidupan seharian kita. Barli
dipercayai dapat membantu menyejukkan badan. Oleh yang demikian, kita
disarankan untuk minum air barli sekiranya demam. Tambahan pula, barli juga
boleh membantu dalam penghasilan susu badan. Rebus barli sehingga kembang dan
minum airnya setelah suam. Boleh juga ditambah sedikit gula untuk mengurangkan
rasa payau.
5. Durian
Tidak ramai yang mengetahui keajaiban buah durian di dalam
penghasilan susu ibu. Benar. Sesetengah ibu dikurniakan susu badan yang
melimpah ruah apabila makan buah durian atau makan makanan yang berasaskan buah
durian. Walaubagaimanapun, elakkan dari makan terlalu banyak buah durian kerana
durian bersifat panas dan akan membuatkan suhu badan anda meningkat.
6. Anggur hitam
Anggur juga jarang diambil sebagai “milkbooster”. Namun,
sesetengah ibu menyusu mengakui bahawa anggur hitam mampu menambah susu badan
mereka. Kepada yang belum mencuba, silakan. Mungkin anggur hitam berjaya
membantu penghasilan susu badan anda. Anda juga boleh mencuba kismis hitam
kerana ia dikeringkan dari buah anggur hitam juga.
7. Oat
Bijirin ini adalah antara yang popular di kalangan ibu
menyusu sebagai penggalak susu badan. Selain menjadi “milkbooster”, oat juga
turut membantu dalam penjagaan diet para ibu kerana ianya mengenyangkan dan
melawas sistem pembuangan. Oat boleh disudukan bersama air milo atau susu.
Kini, oat juga boleh didapati dalam bentuk biskut dan dipek supaya mudah dibawa
ke mana-mana. Jadi, ibu-ibu yang sibuk tidka perlu bimbang lagi. Beli sahaja di
pasar raya dan bawa beberapa paket di dalam tas tangan anda sebagai kudapan
harian.
8. Horlicks
Selain oat, minuman horlicks juga dikenali ramai. Malah,
rasanya juga sedap dan mengenyangkan. Akan tetapi, harganya sedikit mahal
berbanding minuman kesihatan yang lain. Horlicks boleh didapati di kedai-kedai
mahupun pasar raya. Ia dijual dalam bentuk serbuk dan dipek ke dalam botol atau
paket. Terdapat juga pek horlicks berserta bijirin yang dijual di pasaran.
Selain dibeli dalam bentuk serbuk, sesetengah kedai makan turut menyediakan air
horlicks di dalam menu minuman mereka.
9. Keju
Pasti penggemar keju akan teruja mengetahui hal ini. Keju
adalah salah satu hasil tenusu yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Ambillah
keju di dalam sarapan anda bersama sandwich. Anda juga boleh memasak makanan berasaskan
keju seperti lasagna, makaroni bakar berkeju, membuat kek keju, dan sebagainya.
Kini, banyak pencuci mulut dan pembuka selera turut berasaskan keju. Keju
memang menyelerakan tetapi awas! Keju mengandungi kadar lemak yang tinggi.
“Milkbooster” yang terakhir ialah makanan sunnah. Setiap
rumah disarankan mempunyai makanan sunnah. Ia bukan sahaja sebagai penambah
susu badan malah mengandungi khasiat yang pelbagai untuk seisi rumah tida kira
usia dan jantina. Ibu hamil dan ibu menyusu sangat digalakkan untuk mengambil
makanan sunnah ini. Tiga makanan sunnah yang biasa kita dengar ialah buah
kurma, habbatussauda dan madu. Buah kurma boleh dimakan begitu saja atau
dikisar bersama kacang badam dan susu untuk menambah susu badan. Terdapat juga
jus kurma di pasaran yang telah diproses daripada buah kurma. Habbatussauda
atau jintan hitam juga terkenal dengan khasiatnya. Ia boleh dimasukkan ke dalam
minuman atau dimakan begitu saja. Manakala madu boleh diambil satu sudu sehari
dan dibancuh ke dalam air suam lalu diminum sebaik-baiknya semasa perut kosong.
Amalkanlah memakan makanan sunnah ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
Kesimpulan
Perlu diingat bahawa “milkbooster” adalah bergantung kepada badan masing-masing. Sesetengah sumber makanan sangat membantu dalam penghasilan susu badan seseorang manakala yang lainnya tidak ataupun hanya membantu sedikit.
Apa yang penting ialah berusahalah mencari “milkbooster” anda dan ambillah secara konsisten. Pengambilan yang konsisten akan membantu mengekalkan kualiti dan kuantiti susu ibu yang dihasilkan. Walaubagaimanapun, jangan mengabaikan untuk minum air yang banyak setiap hari di samping pengambilan “milkbooster”.
Shaklee ada menawarkan "milk booster"