Selasa, 23 Disember 2014

5 Sebab Vitamin Yang Diambil Tidak Berkesan

Assalamualaikum semua, pernah dengar atau pernah tak anda sendiri merungut kenape vitamin yang diambil tidak berkesan. Mesti anda rasa membazir makan vitamin sebab tak menjadi, dah la beli mahal. Masa tu mesti ada perasaan geram dan orang yang jual tu tipu. 

Tolong jangan fikir macam tu yer, jom baca 5 sebab kenapa vitamin yang kita ambil tak berkesan

FAKTOR 1: Tak suka minum air putih


Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.
 
Tahukah anda ?  
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan.
Saranan
Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari.

Saya sendiri jika hari sangat sibuk ditempat kerja memang lupa untuk minum air.

FAKTOR 2 : Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa

Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.

Dulu saya pun fikir macam tu sebab takut lupa nak ambil jadi sekali ambil semua sekali.

Tahukah anda? 
Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.

Saranan 
Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.

FAKTOR 3 : Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat
 


Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.

Tahukah anda? 
Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

Saranan  
Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.

FAKTOR 4: Pengambilan Kafein dalam diet harian
 
Kandungan kafein dalam minuman



Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.

Tahukah anda?
Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.

Saranan 
Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.

FAKTOR 5 : Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul




Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Namun, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan.

Tahukah anda? 
Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea.
Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E.
Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi antara kedua-duanya.

Saranan  
Adalah penting semasa anda membuat keputusan untuk membeli vitamin dan memastikan beberapa perkara berikut diambil kira,
  1. Vitamin HALAL
  2. Vitamin SEMULAJADI
  3. Vitamin mempunyai Sijil KKM yang sah atau logo hologram dari KKM pada botol yang anda beli
  4. Vitamin SELAMAT
  5. Dan paling penting, kita perlu mengamalkan vitamin secara konsisten selama 90 hari atau 3 bulan berturut-turut kerana sel kita memerlukan masa selama 90-120 hari untuk hidup dan serasi dengan darah kita
  6. Kesimpulannya, anda mesti memilih Perunding Vitamin Anda dengan bijak iaitu,
  7. Seorang Perunding SAH yang telah dilantik oleh SHAKLEE
  8. Seorang Perunding yang boleh MEMBIMBING anda untuk memilih Vitamin yang sesuai untuk anda
  9. Seorang Perunding yang akan memberi TIPS & JADUAL PENGAMBILAN  VITAMIN yang betul.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 

17 ulasan:

  1. Tq for the info. Sebaiknya sebelum n selepas beli vitamin tu kita as a buyer/consumer kena betul2 tahu n tanya betul2 dari pihak yg berkenaan. Kalau xberkesan, rugi ja..

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN PENGGALAK SUSU

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..dan ynag jual juga perlu bagtau detail tentang vitamin tu seblum customer start ambil

      Padam
  2. Bagus info ni
    Jadi bagi mreka yang yang amalkan tabiat di atas,sila lah ubah jadual anda dan cara hidup dan pengambilan air yang cukup.Jangan salahkan vitamin plak ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. air yang mencukupi memang penting dan ramai buat tak endah jer keperluan air kosng untuk badan..

      Padam
  3. Info yang sangat berguna. Jom amalkan cara pemakanan vitanin yang betul agar dapat hasil yang memuaskan.
    Permainan Kanak-Kanak Zaman Dahulu Yang Menyeronokkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tgh usaha untuk follow sebb suka ambik caffein..jadi tg cuba kurangkan..

      Padam
  4. Kene take note ni sebab ramai kalangan kita yg suka condemn tanpa tahu perkara sebenar di sebalik pengambilan vitamin yang sebetulnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sealu nak salahkan vitamin dan tukang jual vitamin..salah sendiri tak sedar..hihi

      Padam
  5. Balasan
    1. memang ramai yang macma tu tun..salh sendiri atk nampak salh orang ugak yang nampak..lumrah hidup

      Padam