Sabtu, 22 November 2014

Kek Pecan

Lewat petang semalam sempat borak dengan staff, tiba-tiba dia tersebut pasal Kek Pecan. Aduhai dengan jakunya saya tanya kek apa tu??
Pastu dia jawab kek ni glamor sekarang Doktor..kek kacang..jadi kawan kat sebelah terus google pasal Kek Pecan..


Pecan=walnut

Rupa-rupanya Pecan = Walnut. Harga kek ni boleh tahan jugak..RM85.00 sebiji..Tengok pada gambar kek tu memang menyelerakan. Saya pulak jenis tak pandai buat kek jadinya bila dah teringin makan kena la beli...


Saya nak juga kongsikan resepi kek tu kat sini (sumber Azlitamasammanis)..

PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING



HAZELNUT SPONGE CAKE

275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam

Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C

Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu
Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati

Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.

Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.


KACANG KARAMEL

1 cawan kacang Pecan
1/2 cawan kacang Hazelnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu

Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
Biarkan ia sejuk dan mengeras.



Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.
Ketepikan.


CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING

340 gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan  whipping cream / heavy cream / thick cream
1/2 sudu kecil garam
580 gm cream cheese ~ dilembutkan
1/2 cawan gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu
Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil
Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
Kemudian masukkan gula perang
Masak hingga gula melarut
Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream
Kacau hingga ia licin dan berkilat
Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.

Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla.
Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit

BUTTERSCOTCH SAUSE

2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream

Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan


Ambil sekeping daripada kek yang telah kita potong tadi.
Letakkan atas lapik kek
Kemudian letakkan Butterscotch Sourse
Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.


Kemudian ambil, Kacang Karamel yang telah kita cincang-cincang tadi.
Taburkan atas permukaan kek kita itu.
Jangan letak banyak sangat tau, nanti susah nak potong kek pulak!
Letak sekadar rata sahaja.


Selepas tu, dengan menggunakan piping bag yang kita telah isikan Cream Cheese Butterscotch Frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita.
Ratakan.


Ambil sekeping lagi kek, lapisan kek yang ke 2
Sapukan dengan butterscotch source
Kemudian telangkupkan atas krim tadi.
Ini bermakna, lapisan kek yang kedua diletakkan butterscotch pada kedua-dua belah.




Gambar ni cara nak gubah kek ni.

Lepas dah tengok cara buat kek ni..memang patut harganya mahal..aduhai susah sesangat nak buat dan barangnya pun banyak nak kena guna..tapi apa yang penting ia nampak sangat sedap.

Selamat mencuba pada yang suka buat kek.
 
Kredit untuk Azlitamasammanis

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh