Rabu, 26 November 2014

Unit ICU Haiwan

Biasa kita dengar ICU untuk manusia kan, harini saya nak cerita pasal ICU Haiwan. Dulu masa belajar kemudahan kami tak secanggih sekarang. Di University Veterinary Hospital (UVH),UPM terdapat unit ICU haiwan. Unit ICU adalah merupakan tempat dimana haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, burung atau reptilia mendapatkan rawatan.
Hospital veterinar juga ada menawarkan prosedur rawatan, layanan, wad dan bilik bedah sama seperti manusia. Selain dari ICU ada juga wad kuarantin, khidmat endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser dah sama macam manusia.



Ihsan Google

Ihsan Google- surgery

Ihsan Google -Small animal clinic

Ihsan Google-Large animal

Semasa saya belajar disana pernah mengendalikan kes kucing bermasalah tulang belakang. Setiap hari saya akan menjalankan terapi terhadap pesakit dimana ia akan berenang dalam air. Bila diingat semula seronok rasanya. Pengalaman itu saya tak kan dapat di tempat lain.


Sedikit maklumat mengenai UVH


- Ditubuhkan sejak 1975.
- Dinobatkan sebagai hospital veterinar terbesar di Malaysia dan memiliki peralatan tercanggih di Asia Tenggara.
- Premis barunya dilengkapi 11 bilik konsultasi termasuk rawatan kecemasan, bilik onkologi dan bilik oftalmologi.
- Wad Kucing boleh menampung 61 ekor haiwan kesayangan.
- Wad Anjing mampu menempatkan 22 anjing dalam satu masa.
- Wad ICU boleh memuatkan 15 pesakit kritikal.
- Wad Kuarantin mampu menempatkan 27 haiwan yang menghidap penyakit berjangkit.
- Terdapat enam bilik bedah dilengkapi peralatan terkini.
- Spesies haiwan besar boleh dirawat di bilik bedah khusus yang lebih luas.
- Kebanyakan haiwan besar seperti kuda, kambing, lembu dan khinzir dirawat di ladang ternakan.
- Selain rawatan, UVH turut menawarkan khidmat vaksinasi.
- Proses pengajaran dan pembelajaran di UVH disokong kepakaran perunding dan pegawai veterinar dari enam jabatan.
- Perkhidmatan ditawarkan termasuk pengesanan, rawatan penyakit, kesihatan kelompok, kawalan penyakit, ultra bunyi dan khidmat nasihat.
- Antara haiwan peliharaan yang biasa di bawa ke UVH ialah kucing, anjing, arnab, burung, reptilia dan haiwan eksotik.


Pada sesiapa yang mempunyai haiwan ternakan atau haiwan peliharaan boleh la berkunjung ke sini.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
Nak jadi Ahli?? 
Cara Jadi Ahli Shaklee

17 ulasan:

  1. Balasan
    1. Aaa betul nik pengalaman memang berhrga tak kan dapt diganti dgn yang lain..

      Padam
  2. Bukan manusia je yang perlukan rawatan tp haiwan pun sama kan.. pengalaman begini bukan semua orang dapat lalui... hanya yg terpilih je... betul x?


    Kerana Alfalfa Complex Shaklee.....Suamiku Kini BERUBAH!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Betul tu Tun...tapi ini kat fakulti baru saya pun tak merasa yg canggih ni tapi kerjanya sama jer...

      Padam
  3. Wah baru tahu...ingat just ada doktor haiwan je

    BalasPadam
  4. Seronok bagi mereka yang sukakan haiwan...tapi saya takut haiwan...huhu

    9 makanan pantas bakar lemak

    BalasPadam
  5. wahh, seronoknya.. pengalaman berharga tu.. terimagine bagaimana haiwan2 dilayan selepas dapatkan rawatan.. hihihi

    CARA ATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

    BalasPadam
  6. Wah.. Bestnya.. Mcm layan pesakit la kan.. Siap buat terapi kucing lagi.. Mmg pengalaman yg xdpt kat Tmpat lain tu..

    PRODUK UNTUK KURUS DENGAN BERKESAN!

    BalasPadam
  7. Bestkan doktor niny. kira selamatkan haiwan la kan.huda cuma tau "bedah" ayam n ikan je..hihiihiii

    JommSihatDanCantik -> ADAKAH ANDA JUGA BEGITU??

    BalasPadam
  8. Betul2 harap di Mukah at least ada klinik haiwan. Kesian kucing kat rumahmak ni, macam kena kkanser di.muka,luka bertahun2 tak sembuh2

    BalasPadam
  9. Terbaik.....best sangat pasti boleh belajar tentang perubatan haiwan ini...pengalaman yang betul-betul berharga.


    Kepentingan Lecithin Nyata Diperlukan Untuk Badan Anda

    BalasPadam
  10. Alahai, bestnya membantu haiwan. InsayAllah besar pahalanya kan.. Menjadi pengalaman berharga juga ni..

    Jemput singgah >> Tips Pikat Suami Sebelum Suami Cari Calon Isteri Lain

    BalasPadam
  11. Best. Tapi cabaran ttp ada kan.kalau kita dapat selamatkan haiwan yg bermasalah,sy dpt rasa pesakit dan doktor sama2 kongsi rasa seronok. Rasa puas sbb dpt bantu atasi haiwan yg berpenyakit atau memerlukan rawatan

    BalasPadam
  12. Dulu verangannya je nak jadi veterinar.. Tapi tak leh bau-bau alkohol..pening

    Aktiviti Merangsang Minda Anak

    BalasPadam
  13. wah best nye kalau dapat tengok... tapi takut.. hehehe... biasa tgk dekat you tube jek.. itu pon dah ngeri dah.

    BalasPadam