Jumaat, 28 November 2014

Toksin Dalam Hati



Bersihkan Toksin Dalam Hati

 

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman

Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.



Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Bahagian hati mempunyai sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.
Jadi, jom kita cuci semula hati kita dengan bahan-bahan mudah yang boleh diperolehi di dapur atau pun di pasar.

1. Air Lemon Suam

Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.

2. Bawang Putih

  Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati. Shaklee ada menawarkan GARLIC COMPLEX.

3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. Masa mula-mula perkenalkan makanan kepada Amaleen Qistina (anak saya nombor 3) buah Avocado adalah antara buah kegemaran dia. Rasanya sangat sedap tambah kalau buat Avocado Smoothies.

4. Cilantro / Coriander
 
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
 
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat. Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin. Masa dalam pantang biasanya mak akan sediakan air kunyit untuk saya..pernah cuba tak orang lain?? Shaklee ada tawarkan SET BERPANTANG.

Disamping bahan-bahan semulajadi ini, Shaklee juga ada menawarkan DTX complex juga dikenali sebagai Tonik hati. 

DTX complex bertindak dalam :-
  • Menolong memelihara aliran hempedu
  • Bahan-bahan botanical melindungi sel hati
  • Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee merupakan ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah?? 
 Nak jadi Ahli?? 

11 ulasan:

  1. Terima kasih atas info niny. Ingatkan bila sebut detoks kita hanya terfikir pada usus. Rupanya hati pun mainkan peranan yang penting

    BalasPadam
  2. kalo nak makan bawng putih kunyah macam tu memang tak la...nasib baik ada garlic...

    SEJUKKAN BADAN ANAK YANG DEMAM

    BalasPadam
  3. kalau toksin tak didetoks dari hati, boleh menyebabkan terjadinya batu karang di hempedu ke?

    NUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR

    BalasPadam
  4. Bahan-bahan sangat mudah didapati dan nak buat, cuma kesanggupan nak telan,cthnya bawang putih, nak kena makan mentah, tak tertelan rasanya eheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...ada saya boleh telan ada yang rasanya tak sanggup nk telan..

      Padam
  5. Dalam banyak2 ni..saya sanggup minum air lemon je..huhu..

    BalasPadam
  6. Mak selalu buatkan air kunyit waktu pantang...tapi kena picit hidung kalau nak minum

    Cara Bernafas Ketika Bersalin

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la saya pun minum air kunyit...

      Padam
  7. saya biasa buat air lemon suam dan sejuk... sedap...

    BalasPadam